GIGIHNYA KAMI DEMI MAKAN BERDULANG NASI BRIYANI
Assalamualaikum. lama juga aku tak menaip di diari online ku ini akuainkausiapa. Entahlah , untuk Ramadhan kali ini sebenarnya aku nak lebih banyak tak nak sibukkan sangat hal duniawi. Aku nak kurangkan nafsu makan berlebih-lebihan. Sebab tu aku kalau ada masa memang lebih banyak memasak di rumah. Pergi bazar pun rasanya sangat kurang pada tahun ni. Cuci mata aje ada lah. Membelinya dah tak macam dulu. Puasa ini sebenarnya banyak melatih diri aku bukan hanya nak beribadah sahaja , tapi lebih kepada mendisiplinkan diri.
Kadangnya seram bila ingat balik dedulu tabiat pemakanan aku dan keluarga aku. Dengar azan je terus belasah murtabak laju-laju sampai azan belum habis dah melantak roti john atau pun kebab pula. Habis je azan dah masuk menu yang lain. SERAAAAMMMM.. Berpuasa tapi perangai aku dasyat kemain weyh dulu-dulu la. Sekarang , insyallah nak buang terus ler. Sekarang , bila tiba waku berbuka puasa , aku lebih banyak makan dalam keadaaan santai. Aku dah tak nak ler 'sumbat selagi boleh'. Mampus meletop perut ni nanti.
Alhamdulilah , semalam kami sempat berjumpa. Agak mencabar juga perjalanan kami nak ke The Straits Kopitiam tu. Maklumlah , kami ni dari Johor Bahru nak sampai ke Ulu Tiram sana haaa. Memula aku dengan kak Sunah pergi ke bandar sebab nak ambil hadiah hadiah raya. Lepas tu , ambil fara dan kami terus shoot ke sana.
The Straits Kopitiam ni ade makanan ape je?! <<<Jom Baca
Aku ditugaskan sebagai penghibur lawak hambar yang duduk disebelah kak sunah yang tengah memandu. Hahaha. Aku check waze sesiap mana yang waze rekomen jalan suruh lalu. Masuk highway pasir gudang mak oi melimpah kereta woi. Tapi , aku dah tengok banyak je keretanya belum tahap kaler merah lagi. Tengok estimate masa 6:30 petang akan sampai. Tup tup sampai awal beberapa minit. Alhamdulilah.
Aku heran juga kenapa sis lin tak sampai lagi sebab dia dari pasir gudang. Hahaha. Rupa-rupanya dia gatal dok lalu jalan luar which is jalan yang kami lalu tu. Memang ler jalan tu tengah melimpah ruah kereta motor lori semuanya. Tapi bergerak la cumanya biasa ler banyak kenderaan. Gedebak gedebuk tiba lah waktu berbuka puasa.
Demi sedulang nasi briyani , alhamdulilah kami berjumpa juga. Kenyang betul rasanya! Lepas solat tu kitorang sebulat suara menyinggah pula ke McD. Sebabnya Mcd tu betul-betul depan mata je haa. Mencekik kami sorang satu durian mc flurry ais krim tu. Balik rumah semua sedawa bau durian! Hahahaha.
Terima kasih semua diatas perjumpaan sebelum raya ni! Semoga raya kita semua nanti disambut dengan kegembiraan dan kebahagiaan.
PSTTT: Sebenarnya....banyak betul cerita-cerita ramadhan aku tak tulis dekat sini. Tolong seru mood menulis aku ni balik yer kawan-kawan semua!
Ooo ayat last tu kan...mesh sini Sis ko azankan kat telinga hahahahaha...
BalasPadamPelik kenapa gambo aku sekeping je kat sini ermmmmm....
Mana gambar awak yang cantik tuuuuuu
BalasPadamWah besarnya dulang nasi briyani tu..mkn dulang sama2 tu sunnah
BalasPadam