PENEMAN UNTUK SEMALAM
Aku dah lama tak luangkan masa dengan The NF Generation. Nak dijadikan cerita , semalam mama dan baba diorang nak ke KL ada urusan. Jadinya , diorang ni kan masih bersekolah. Nak ponteng tanpa alasan yang kukuh , tak lepas sebabnya sekolah kluster ler kata kan. Sekolah siapa letew (sekolah rendah aku letew) πJadinya, mama diorang mintak aku teman tidur dengan Fahrina dan Farisya untuk semalam. Aku pun okay je la sebab tak ade pergi mana-mana pun. Tapi, yang aku tahu diorang ni memang jenis kanak-kanak battery cepat low! π Jenis tidur awal la. Aku risau jugak lambat aku check in rumah diorang sebabnya aku pergi kenduri arwah jiran yang baru meninggal.
Balik je dari kenduri tu, aku cepat cepat masukkan laptop dalam beg, dan bawak baju tshirt untuk esoknya. Niat memang nak hantar diorang pergi sekolah sebabnya sekolah rendah ni depan je rumah kitorang. Jalan kaki dah sampai.
Oh, sebelum check in rumah diorang aku mandi dan solat isyak sesiap. Baru je nak turun tangga, tetiba dengar si kecik Farisya dah bagi salam “Assalamualaikum “ππ. Tu dah bagi signal letew kak ain diorang lambat check in.
Masuk-masuk je ke rumah diorang, diorang masih lagi tengah menyiapkan kerja sekolah. Well, sekolah kluster katanya homework memang bersepah. Hahaha. Aku nampak si Risya dok tengah menggunting dan tampal. Aku tanya dia apa benda ni? . Oh , ni kerja sekolah Rina. Hahahahaha. Hashtag #kerjasekolahkaukerjasekolahakujugak π€£ Sebabnya kerja sekolah Rina masih tak siap-siap lagi. Tapi, Risya ni hanya tolong gunting dan tampal jelah. Bahagian yang kena tulis si Rina yang siapkan.
Diorang ni memang betul-betul sehati sejiwa. Kerja sekolah pun kena pakat-pakat nak siapkan. Aku pun tak faham kenapa nak kena bagi homework banyak-banyak. Dan bab gunting tampal tuh, alahai. Macam dah tak relevan langsung. Sorry, bukan mahu mengkritik, tapi si budak Rina sendiri cakap “Rina pun tak tahu sebenarnya apa yang Rina buat ni.. Rina salin je balik” Kah! Macam membazir kertas je! Sorry aku emo sangat orang membazir kertas Sebab kena tebang banyak pokok! π±
kerja sekolah gunting dan tampal! |
Kira-kira jam 1 ke 2 pagi ke si kecik Risya ngigau ke apa, dia berjalan hahahaha pastu tidur balik. Si Rina memang tidur kemain lasak. Kaki dia banyak kali juga terajang akuπππ Tapi aku tak kesah pun.
>>>Siapa the NF Generation nie?Jom baca..
Diorang ni dari segi time management, aku bagi full marks! Diorang sangat punctual. Aku memang suka. Si kecik Risya jam 5 pagi dah bangun. Aku sedar-sedar gitu, aku cakap “Risya dah bangun?”. Pastu guling sana guling sini. Pukul 6 juga baru diorang start mandi. Aku dengar je dari jauh diorang ni sambil mandi menyempat berbual-bual. Pastu pakai baju dan solat subuh. Aku ke bilik air diorang “Tadi kak Ain ngecek sket tau ubat gigi Darlie Kids π€£” Sedap kemain perisa strawberry. Hahahha.
Dah siap semuanya terus la ke sekolah, sambil jalan kaki pun masih sempat berbual. Sebenarnya, budak-budak ni nak kita orang yang lebih dewasa dengar apa cerita diorang. Aku pun layan jelah. Dah sampai dekat sekolah “Kak Ain salam”π Alahai, tacink pulak rasa. Bye kak Ain! ππ
Hmmm. Tak tahu kenapa rasa tacink, okay sambung lepas diorang balik sekolah tadi. Its time for makan tengah hari. Aku masak nasi dari rumah aku sesiap sebab tak sempat nak singgah rumah diorang. Pastu aku panaskan lauk yang mama diorang masak. Aku tanya diorang “nak kak Ain gorengkan telur?” Diorang jawab nak! “Nak telur mata ke telur dadar?”. Telur dadar!
Bila di meja makan!!!! Ini memang cara aku. Aku jenis suka berborak time makan berkumpul
macam gitu. Diorang bersungguh ler cerita macam-macam. Si Risya “Rina.. kaki kau kan banyak kali terkena dekat kak Ain tau”. Rina menjawab “Sorry kak Ain.. Rina memang tidur lasak lagi-lagi kalau tempat luas”ππ
Lepas habis makan diorang bersiap untuk ke sekolah agama. Perbualan terhenti dan tamatlah kisah aku sebagai peneman untuk semalam bagi anak jiran ku ini.
pstt: sorry lama tak update blog.
hi ain, salam kenal
BalasPadamalahai, akk yg baca pun tacink, Ain kalua dapat calon suami yg adik ramai, mesti adik2 dorg suka Ain, hehehe.
BalasPadamhehehe...jadi babysitter semalam ler jawap nya ni. hihi
BalasPadamBagusnya suka berbual di meja makan. ada anak2 confirm jadi mak yang caringggg ")
BalasPadamNi kalau ko berumahtangga, bagus ni kalau dapat anak ramai hehehehe....
BalasPadamππΊππΊ terima kasih cik Ain ~ mama rina n risya.
BalasPadameh eh mama rina n risya da datang ucap mekasih lerrr
BalasPadam