SEDAPNYA!! BERAPA MANGKUK BOAT NOODLE AKU MAKAN NI?!

boat noodle nakon thai

SEDAPNYA!! BERAPA MANGKUK BOAT NOODLE AKU MAKAN NI?!

Selalunya kalau korang ke boat noodle berapa banyak mangkuk boleh perhabis? Hahaha. Aku ni takdelah hantu sangat tapi aku suka konsep makanan style macam gini. Kenapa?Sebabnya aku ni suka jenis makan sikit-sikit tapi boleh rasa macam-macam. So , khamis lepas aku melencong ke Desaru jalan jalan cari angin tepi laut. Katanya! Hahaha.

Sebelum tu aku tahu yang ade Aroi Thai dekat Tunamaya Desaru ni , aku ingatkan dia dalam resort tu rupa-rupanya dia betul-betul tepi jalan. Maksudnya memang senang sangat nak cari. Oh ya , dulu namanya Aroi Thai , tapi sekarang dah berubah brand nya. Namanya telah direbrand menjadi Nakon Thai.

Adakah menunya pun berubah? Rasanya pun berubah ke? Tidak! Masih sama je. By the way , sebelum-sebelum ni aku pernah share Aroi Thai ni. Cumanya itu cawangannya di Trove JB. Sepetang bersidang bersama geng katak <<<baca dekat sini yer awak awak sekalian....

Bezanya masa aku pi mencekik sebelum ni , TAK HABIS MAKAN SEBAB TERLAMPAU KENYANG SEMUA JADI ULAR SAWA MENYANDAR!! Hahaha. Kali ni , dah cakap makan kena bagi habis. Pantang aku orang makan tak habis!
hot pot nakon thai
Nakon Thai Royal Seafood Hot Pot
boat noodle nakon thai
3 sekawan aiskrim!
Sebelum ni , aku rasa set seafood hot pot tu biasa-biasa je tau . Tapi , kali ni dia dah tukar nama sikit. Nakon Thai Royal Seafood Hot Pot ni sedap giler.. Mungkin sebab kitorang tak order bermangkuk-mangkuk banyak sangat , sebabnya memang fokus nak mencekik hot pot ni.

Apa yang bestnya? Rasa kuah tomyam nya makin pekat makin ler rasa sedap. Aku suka set ni , sebab kita makan rebut-rebut. Hahaha. Makan berjemaah! I lioke!! . Kombinasi sayur-sayur walaupun taugeh pun aku rasa sedap betul meratah bila di combine dengan kuah tomyam tu.

Oh ya , AISKRIM DIA SEDAP GAIS!!! Terpaling aku suka ialah MANGGO AISKRIM. Eee, sampaikan masa nak photoshoot dekat luar pun aku sempat bawak mangkuk tu sambil mencekik aiskrim nya.
boat noodle nakon thai
So , datang ke Desaru jangan lupa untuk singgah ke Nakon Thai yang terletak di Tunamaya Desaru!AWAKMAKANAPE??

MARATHON MOVIE SERENTAK DALAM SEHARI

mbo cinemas

MARATHON MOVIE SERENTAK DALAM SEHARI

Pada hari Ahad yang lepas , aku memang bercadang nak marathon movie. Sebenarnya nak marathon hari Sabtu , tapi disebabkan kepenatan yang amat sangat terus ditunda ke hari esok. Hehehe. Apakah movie yang aku tonton?

Terlebih dahulu kenapa aku ni beria dan bersungguh sangat nak menonton movie? Sebenarnya kan aku dapat 6 tiket free dari MBO . Aku dapat semasa pembukaan MBO di Aeon Bandar Dato Onn . Boleh baca okay! <<<<

So , apalagi! Marathon ler kan perhabiskan tiket nya.
mbo cinemas
Movie first yang aku tengok ialah Toy Story 4. Abang aku ler yang paksa aku nengok siri kartun ni. Nasib ler aku dah layan dari nombor satu sampai tiga. Jadinya tak ada lah tak faham jalan ceritanya. So far aku bagi 10/10 pada aku! Sebabnya kan ini sesuai untuk kanak-kanak. Kenapa aku bagi full? Sebab jalan ceritanya memang awesome! Kihkihkih..

Seterusnya ialah Chucky!! Movie yang paling aku suka sejak dari kecil. Hahaha. Deduku siap beli vcd ori okay semata-mata nak tengok. Aku dah mula start meluat dengan Chucky masa dia dah mula kawen and dapat anak , which is aku rasa dah start mengarut. Paling aku menyampah yang curse of chucky and cult of chucky! So , aku langsung tak meletakkan high expectation untuk Child's Play 2019 ini. Berapa aku bagi? 7/10 mungkin. Kenapa?

Nanti ler aku cerita okay!.
By the way , masa nak redeem tiket untuk beli tiket chucky tu , dia tanya umur 18 tahun ke atas kan? Kah! Muka aku nampak macam bawah umur ke. Hahaha. 

Lastly, terima kasih MBO.. Hehehe.