Kak Ain Tak Nak Hantar Saya Pergi Sekolah Ke ?

jalan kaki ke sekolah


Assalamualaikum . Semalam dalam pukul 9 malam ain keluar rumah dan pergi buang sampah . Nak dijadikan cerita teman kecilku si Farisya ni pun dekat luar rumah tengah pujuk kucing nya si Tiger untuk masuk ke dalam rumah . Maklumlah , kucing tu kan teman dia tidur . HAHAHA . 

Tetiba dia tegur ain , dan secara spontan je dia terus cakap " Kak Ain tak nak hantar saya pergi sekolah ke esok pagi ? " . Sambung nya lagi , "Saya sekolah agama dua hari je seminggu ..sekolah kebangsaan je setiap hari" . Lepas je dengar ayat dia macam gitu terus Kak Ain dia ni menjawab " Insyallah , kalau kak Ain boleh bangun awal pagi .. Kak Ain asyik tidur lewat dan bangun subuh pun boleh tahan lambat yer" . HAHAHA ,

Alhamdulilah , pagi ini Ain bangun awal . Jam 6:47 pagi dah terpacak luar rumah . BAHAHAHHA . Betul - betul awal haa bersiap. Sampaikan Farisya cakap "laah awal betul " HAHAHAHA. Sebenarnya ain semenjak dua menjak ni dah start susah nak tidur semula . Tu yang asyik bangun lewat je . Tapi Allah tu Maha Baik . Dia hantarkan hambaNya untuk menolong diri ini .

Disebabkan nak hantar teman kecil ke sekolah je pun dah jadi sebab ain boleh bangun awal . Padahal semalam susah juga nak tidur . Sistem tidur ain semenjak dua tiga minggu ni agak terganggu . Selalu doa pada Allah , "jangan la datang lagi insomnia ni .. susah tau ..jadi burung hantu ni"

Bila dapat bangun awal dan hantar Farisya ke sekolah , dah tentu nya ain akan morning walk selepas itu . By the way , ain hantar risya ni ke sekolah jalan kaki sebab sekolah kebangsaan ni memang dekat sangat dengan rumah . Jadinya selepas hantar Risya ke sekolah , secara automatik nya ain memang akan morning walk . Maka nya terjadilah morning walk tadi selama 20 minit pusing sekitar kawasan yang berdekatan .

Setelah hampir dua ke tiga minggu juga ni tinggalkan morning walk , akhirnya ain buat semula . Mungkin lepas ni waktu tidur pun akan kembali normal . Insyallah ~