SEBENARNYA...AKU TENGAH INSOMNIA!!

SEBENARNYA...AKU TENGAH INSOMNIA!!


SEBENARNYA...AKU TENGAH INSOMNIA!!

Aku ade confession yang nak di beritahu! Yes , sebenarnya aku tengah dalam situasi insomnia. Korang tahu tak insomnia ni penyakit apa?

Google :
Insomnia is a sleep disorder that is characterized by difficulty falling and/or staying asleep. People with insomnia have one or more of the following symptoms: Difficulty falling asleep. Waking up often during the night and having trouble going back to sleep.

Meaning to say , aku sekarang kembali menjadi burung hantu. 

ITS NOT THAT GOOD!!! KEPALA TING TONG JE WAKTU PAGI. Lemau sangat. Aku akan boleh aktif selepas pukul 12 tengah hari .

Aku tanya juga , kenapa penyakit ni datang balik? Sebabnya , sebelum ni aku memang dah kerap gila insomnia. Lagi-lagi lepas arwah ibu aku meninggal. Dan dia berterusan... sampailah aku ubah my daily lifestyle.

Dengan cara apa? EXERCISE!

Yes , gais! Aku rasa sebab aku dah start balik exercise ni tu yang datang balik penyakit ni. Badan aku macam terkejut mungkin Hahaha. Plus , aku memang dah lama stop minum benda-benda berkafin seperti Nescafe dan Kopi.

Fyi , gais.. dulu aku ni ketagih nescafe kaw kaw punya! Start matrik dulu sampai sambung degree. Habis je belajar , aku buang semua tu. Sampai sekarang , aku memang tak boleh langsung sentuh benda tu.

BANYAK FIKIR???

Iya , ni pun penyumbang faktor terbesar juga yang akan menyebabkan Insomnia. Aku akui lately ni aku banyak berfikir sangat. Tapi , fikir perkara yang berkualiti je la. Benda yang remeh temeh je aku memang dah tolak tepi.

BEST KE INSOMNIA NI?

Gila apa best , orang dah syok tido kau masih lagi berjaga. Apa yang aku akan buat waktu tengah malam tu? YOUTUBE! Aku akan tengok video-video content entertainment , video motivasi seperti Gary vee ,or MOVIE TIME! Hahaha. Aku sekarang pula gila tengok PILIPINO TAGALOG MOVIE. Hahaha. alaa , yang geng -geng Pangako Sayo tuh... 

Lagi apa yang aku buat? Time tu aku banyak scroll twitter sampai aku mengantuk . Kadang idea banyak datang time . So , aku akan save dalam notes supaya takut besok pagi bangun dah terlupa. Hahaha.

JANGAN TIDO WAKTU PETANG!

Iya gais , aku memang dah cuba. Sebab tu aku memang penuh kan masa aku sampai aku tak ada langsung masa nak tertidur pada waktu pagi. Ini pun boeh juga buat , jangan banyak nap time. Sebab ni pun kadangnya punca kita susah nak tidur.

Apa lagi.....
Aku cuma boleh cakap , aku bersyukur sangat sebab aku selalu doa yang aku boleh ada kudrat untuk bangun solat subuh. Aku rasa life aku tak best bila aku tertinggal solat subuh. Solat subuh tu kan ibarat permulaan dalam kehidupan kita kan. AKU CAKAP NI BUKAN SEBAB AKU BAIK , AKU TAK BAIK PUN. Tapi , dulu-dulu bila datang insomnia ni aku selalu terlepas subuh, takkan nak bagi alasan yang sama dengan ALLAH kan?

*Tips boleh bangun subuh ialah set alarm AWAL , TENGAH , AKHIR WAKTU. Aku set alarm pukul 6:08am , 6:22am , 6:45am . Aku tahu bukan senang kau nak pujuk badan kau bangun lagi-lagi baru nak start tidur kan. Tapi , cara ni je aku boleh berjaga. Normally pukul 6:22am tu aku dah pun terjaga.

Kenapa aku set alarm minit dan saat nya bukan 30? Jawapannya SUKA HATI AKU LA. Otak kita ni licik woi..dia akan ingat benda yang senang. Ala ,, 10 minit lerr...15 minit lagi lerr...Aku ingat lagi , kawan aku pernah tanya kenapa aku set alarm macam gitu. Hahaha. Bila set alarm macam gitu je caranya yang aku boleh bangun on time.

Semoga insomnia ni pergi dari hidup aku....Korang pernah kena insomnia? Boleh share macam mana nak atasi. Hahaha.

8 ulasan:

  1. akak penah insomia jugak.. sampai minta doc ubat.. tp mula2 tu takut nak makan.. simpan je ubat tu.. next time bila datang lagi insomia tu, baru akak berani makan.. tp tu pun lambat berkesan.. lepas beberapa jam makan baru boleh tido... tu pun tido kejap je dlm 2/3 jam..
    Akak jenis kalau terlampau penat lagi susah nak tido.. stress betul kan..

    BalasPadam
  2. Kajian menunjukkan, orang yang tidak boleh tidur ni adalah terlalu penat dan terlalu banyak benda dia fikir. Ataupun lapar..
    Ada sesuatu yang di simpan yang tidak di luah ..cubalah lepaskan semua, mesti boleh tidur ..

    BalasPadam
  3. akak takut la kena, kalau baru satu malam tak boleh tido pun boleh huru hara hidup akak sebab bila tak boleh tido terus jadi penakut, hahaha

    BalasPadam
  4. yes..akak pun sampai sekarang kena mcm tu.Kadang pukul 2 pagi pun mata masih taknak tido.Padahal masuk tido pukul 10 malam.Jenuh la tutup mata ni, tetap jugak tak boleh..bila lambat tidur, macam² fikir..

    BalasPadam
  5. poker online dengan pelayanan CS yang baik dan ramah hanya di AJOQQ :D
    ayo di kunjungi agen AJOQQ :D

    BalasPadam
  6. petua untuk mudah tidur...

    ingatkan kejayaaan siang hari dan jangan ingat masalah atau apa-apa tugas untuk keesokannya harinya

    BalasPadam
  7. bagus tips nak bangun solat subuh tu..akak ni pun kadang2 liat nak bangun....eh kadang2 ke...dah tahap nazak dah ni...kene tido dengan ain kot baru bole bangun subuh..hahahaha

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.