Sebab Kenapa Aku Start Semula Morning Walk

Assalamualaikum . I start again doing that morning walk ! Peh tak ingat bila last tinggal buat benda tu . Rasanya hujung hujung bulan mac gitu. Bila start puasa habis semua aktiviti tu . Lagi pula semenjak kes covid makin meningkat dan start PKP semua , jadi tak berani nak keluar merata sangat . 

Tapi , pagi ni i start again morning walk! Benda yang paling aku suka gila buat . Walaupun pagi pagi muka memang sumpah tak boleh blah , muka memang susah gila nak senyum , tapi start juga! Walaupun hari ni tak boleh solat , tapi ain set juga alarm pukul 6:45 pagi . Peh , tak boleh juga bangun . Penyudahnya pukul 7:20 pagi keluar rumah . Pukul 7 lebih baru ada tenaga bangun . 

Tahu tak kenapa ain paksa semula buat benda gini ?. 

Sebab ain dah start semula insomnia , penyakit susah nak tidur . Dah start sikit malam malam overthinking . Dah start weh ! Pulak tu muka dah naik sikit jerawat , badan makin lesu dan tak bermaya . Argh ! Tak nak rasa tu . Sebab nanti bila sistem tidur tak betul , habis tak produktif weh rasa . Sumpah bukan senang nak hilangkan insomnia tu . 

Semalam pun susah juga nak start tidur . Terpusing sana terpusing sini . Bukak tutup aircond je dah 2 kali . Sebab bulan Ramadhan sistem tidur kita kan tak sama dengan bulan lain . Ni nak dapat semula momentum bangun and morning walk susah sangat . Alhamdulilah ! Ain can do it ! 

Buat morning walk sekitar kawasan rumah je dalam 20 minit itupun dah rasa kaki bergegar lemak . Hahaha . Tak apa , start slow ! Daripada tak buat langsung . Bukan itu sahaja , aku buat juga skipping dalam 10 minit gitu . Sambil berbual dengan jiran sebelah .

Jelos nya tengok akak jiran sebelah anak dah 4 tapi maintain berat 50 lebih gitu . Aku ni bila la nak turun berat badan . Nak sangat rasa kurus . Dah lama sangat jadi perempuan gemuk . *insyallah ! Ain boleh juga kurus !!!!!

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Selamat hari raya!

    Jom join Giveaway Raya 2021 - Duit Raya by Bola Katok.

    https://bolakatok.blogspot.com/2021/05/giveaway-raya-2021-duit-raya-by-bola.html

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.