Sarapan Pagi Di Tapah Corner Johor Bahru

Sarapan Pagi Di Tapah Corner Johor Bahru | Assalamualaikum , salam Jumaat yang penuh berkat . Semoga kita sentiasa dalam lindungannya . Seperti biasa , hari Jumaat merupakan hari cuti hampir setiap penduduk di negeri Johor . Special nya Johor ni , ada yang bercuti jumaat dan sabtu ada pula yang bercuti pada sabtu dan ahad . Kita tak boleh nak acah acah sangat la kan orang tu cuti sama dengan kita ke tak ehk . HAHAHA . Nak tak nak , hari Sabtu la selalu nya dipenuhi manusia kalau ke tempat tempat awam . Selesai joging pagi ini bersama teman kecilku , seperti biasa nanti dia akan ajak Kak Ain dia ni untuk teman sarapan bersama .


Jujurnya , ain rasa segan dan malu yela , jiran ain baik sangat dengan ain . Boleh dikatakan keluar makan ni memang selalu la di belanja nya . Jadinya , pagi tu kita pun terpusing - pusing la mencari port untuk bersarapan . Oh iya , kebiasaannya kedai makan pun banyak juga yang tutup pada hari jumaat di sini . Cadanganya nak makan dekat warung di tepi jalan Taman Sri Bahagia sederet KFC Pizza Hut Damansara Aliff tu tapi apakan daya , TUTUP . 


Pusing punya pusing , know know already in Larkin ! Terus kan bergerak straight don't belok belok dan lepastu  jiran cakap kita makan dekat Tapah Corner la gitu . Ini merupakan kali kedua rasanya ain pergi makan disini . Tapah Corner ni betul betul tepi jalan . Senang nak cari la kedai nya . Meriah juga bersarapan disini .

makan sedap johor bahru


Lately ni mood makan lontong kering menjadi jadi ya , sampaikan dah berapa kali eh asyik order lontong kering . Ain order la lontong kering dengan air limau suam . Jiran ain kemain order mee hoon singapore gitew ! Boss kecik makan kombinasi mee hoon dan spageti serta ayam peha madu seketul .  Mama boss kecik up lagi satu makanan side dish tauhu cicah dengan sambal kacang .

food hunting johor bahru

lontong kering tapah corner johor bahru

mee hoon singapore johor bahru

mee hoon spagethi ayam madu


Macam ain cakap lah , jiran ain kan baik sangat , siap tanya nak bungkus makanan apa untuk abang ain serta beli sekali mangga RM 5 . (ada budak datang meja ke meja menjual) . Alahai baiknya kan 😿Oh iya , nak bagitahu juga mungkin ada yang nak bersarapan pagi bubur nasi kan . Ada juga tau bubur nasi dan bubur lambuk . Pelbagai jenis makanan la disini . Roti canai , lontong , soto dan macam macam ada . 

tempat makan sedap johor bahru


*Actually tekak teringin roti sardin tapi tak perasan pula ada roti canai , alahai time tu pula dah order lontong kering . 


So , if korang nak ke Tapah Corner ain dropkan alamat yer . Selamat ber food hunting ! 


Tapah Corner 

1, Jalan Ketam, Taman Suria, 81100 Johor Bahru, Johor

019-728 1395

Waktu Operasi : 8 pagi - 4 petang 


Tempat makan sedap di Johor Bahru :