ISTANBUL OTTOMAN TURKISH : RESTORAN MAKANAN TURKI DI JOHOR BAHRU
Terletak di Horizon Hills , restoran makanan Turki ni menyediakan pelbagai menu sehingga kenyang bak ular sawa. Hahaha. Itu pengalaman aku ketika mencuba makanan disini. Aku selalu sangat menonton filem Istanbul Aku Datang , yang Lisa Surihani berlakon tu. Sampai teringin sangat nak kesana. Tapi , bila berpeluang merasa dulu makanan yang ada disana , wow! mungkin lepas ni boleh la lepas ke sana ye. Hahhaa.ni lah kedainya |
kitorang makan-makan disini |
Kedainya kecil sahaja , tapi 'selera' makanannya bukan main besar woi. Mungkin portion makanan orang sana memang banyak. Apa yang aku suka disini? Aku ni jenis suka makan roti dan cicah cicah dengan pelbagai kuah. Aku belanja gambar je lah korang apa yang aku makan okay. Nanti kalau tak tahu nak order yang mana tunjuk je gambar ni dekat waiter. Kan senang! Lagipun menunya dah la susah nak sebut woi . HAHAHHA.
By the way , jangan datang sini sorang berdua gais, datanglah ramai-ramai jadinya tak ada lah terpaksa nak kena habiskan makanan tu. Daripada appetizer , ke main course dan sampai ke dessert inilah yang aku kongsikan untuk korang semua yer! Ingat , tunjuk je gambar-gambar di sini , settle!
semua ni yang aku cakap cicah-cicap dan dihidangkan bersama homemade roti |
Fasulya (traditional bean ) , Mangal Salata(charcoal grilles vegetables) , Saksuka(mixed vegetables ,oven baked in olive oil) , Muhammara (flavorful red pepper dip , topped with pomegranate molasses) |
Kurban Corba (Lamb Soup) |
Balik Bugulama(traditional oven baked in tava fish) |
Istanbul Ozel Karisik Izgara (Traditional Mixed Grill Platter) |
Sultan Pilav (kena order 2 jam sebelum okay) |
pelbagai desserts |
kunefe (desserts) |
Istanbul Ottoman Turkish Cuisine
7, Jalan Hijauan 3 Horizon Hills
(no pork no lard)
Isnin tutup
Lunch : 12pm-3pm
Dinner : 6pm-11pm
Call : 07-5095484
Whatsapp : 016-7615824
aaaa lapor nengok semuanyaaaaa
BalasPadamtak pernah makan.haha. mampu tengok je.
BalasPadam