Peminat Lontong Kering

Peminat Lontong Kering | Assalamualaikum , berikutan daripada posting ain yang bersarapan pagi di Tapah Corner , terdetik pula di hati ini nak menceritakan tentang aku yang merupakan peminat lontong . Bukan sahaja , lontong yang berkuah tapi lontong kering pun aku minat . Senang cakap its so hard to decide . hahahaha .


Tapi , kebelakangan ini ain keputusan banyak cenderung kepada lontong kering ! Lontong kering berjaya menjadi juara carta hampir dua minggu juga ni . HAHAHA . Puncanya jiran sebelah selalu ajak sarapan pagi . Ain pula jenis suka order makanan yang dah ada set lengkap tau . Contoh macam set lengkap seperti lontong , soto , nasi lemak , nasi ambeng , nasi ayam , laksa johor dan sebagainya . 


Jadinya , yang terlintas di mulut ni setiap kali teman sarapan pagi is lontong kering . Kenapa ianya dipanggil lontong kering ehk ? Sebab tak berkuah ke. Tapi kalau dah di gaul dengan sambal , sayur semua tu tak la kering sangat kan . HEHEHE . 


Ain sertakan gambar terkini sebagai bukti lontong kering berjaya menjuarai carta dua minggu berturut - turut . Gambar pertama makan di Medan Selera Taman Cempaka Johor Bahru . Manakala , gambar yang kedua di Warung Ambang Persona Dcherry (berdepan dengan jalan besar) dan yang last sekali di Tapah Corner .


lontong kering medan selera taman cempaka johor bahru

lontong kering warung pokok cherry johor bahru

lontong kering tapah corner johor bahru




Antara ketiga tiga tempat , yang paling sedap mengikut tekak ialah yang pertama kalinya . Peh ! Memang tak rugi rasa . Ain rasa kenapa sedap sebabnya medan selera tu memang jual lauk pauk untuk makan tengah hari . Kebiasaanya kalau lauk pauk pun memang sedap dan ramai yang datang makan serta bungkus , maka tak hairan la lontong kering pun boleh rasa sedap . Abang ain bungkus nasi ayam pun katanya sedap . 


Apa istimewanya lontong kering ? Dia macam makan nasi ambeng tau . Pelbagai rasa lengkap dalam satu hidangan . Ada rasa pedas sambal , rasa manis serunding , siap ada sayur , dan mungkin ada juga yang letak pilihan ayam masak merah atau ayam rendang . Lengkap! Dan kenyang apabila menikmatinya . 


Untuk resepi penuh  , boleh juga jadikan rujukan disini . 


Kesimpulannya , siapa kat sini memang peminat lontong ? Lontong mana yang menjadi pujaan hati ? Hahaha . yang berkuah ke yang kering ? Eh ada juga tau lontong goreng ... aaa ghisau , banyak rupanya adik beradik lontong ni kan . 


Baca juga artikel yang berkaitan :