Aku Masak Sendiri Lontong ! Siapa suka makan lontong ? Kita Geng !

Assalamualaikum . semenjak PKP Raya ni , boleh dikatakan tak kira pun kan dah berapa syawal . Hahaha . Tapi Alhamdulilah , hari ni dah hari ketiga ain berpuasa . Nak terus seminggu puasa sampai ke hari Ahad nanti . Insyallah . Harap tiada apa apa halangan . 

Siapa peminat lontong baik mengaku sekarang ! Hahaha . Makan lontong ni memang kegemaran ain . Ya ampun , craving juga la sebenarnya walaupun dah merasa masa hari raya . Tapi bukan hasil air tangan sendiri tetapi jiran yang bagi . Alhamdulilah hari ini , terbuat hasil air tangan sendiri . Sendiri masak , sendiri puasa mana boleh rasa kan.  Tapi semenjak selalu memasak jadi dah boleh agak nak letak garam dan gula berapa banyak . 
Mula mula sekali siapkan benda yang kena rebus iaitu ketupat nasi jenama Nona , masuk sekali terus telur . Senang sekali guna air rebusan . Hahaha . Ni kalau mak mak tengok aku memasak , main hentam gitu je . Geleng kepala. Hahaha . *Takpe , bakal mak mertua , menantu mu ini janji masak ! Kah! Selepas itu ain siapkan sambal tumis pula. Ada setengah orang pakai sambal kacang (yang macam kuah sate ) tapi tiada bahan nya tuan tuan dan puan puan .

Sambal tumis ni ain neves juga nak buat sebab masakan berasaskan sambal paling mendebarkan . Silap masak sakit perut ! Hahaha . Tapi alhamdulilah masak ikut bahan yang ada sahaja . Alhamdulilah tak pedas sangat! Just nice rasanya . Lepastu masa memasak kuah lodeh pula . Pun sama ikut bahan apa yang hado saja ! Kali ni gangster sikit letak fishball Hahahaha! Lupa pula letak sengkuang! Tak beli ! 
Janji nampak bentuk seperti lontong pun dah okay la kan . Cukup menyelerakan . Tak sangka Nur Farahain boleh memasak lontong . Hehehe . Dari berbuka membawak ke sahur nanti . Senang ! Tak kuasa nak memasak banyak kali . Tapi beza juga kan berpuasa bukan pada bulan puasa ... Rasa dia macam jauh lagi penat . Padahal dah pasang niat ! Mungkin sebab nampak orang lain makan kot . Hehehe. 

Kalau nak tengok lebih banyak makanan , boleh klik sini awak makan ape 

10 comments:

  1. Lontong fav! Raya ketiga saya masak Lontong!

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. hehehehee. . jgn lupa masak takutt teringin je nanti 🤪

      Delete
  3. Oh, baru tahu masuk fishball dikira gengster, hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha selalu kan letak tauhu tempe... kita letak fishball 🤭🤣🤣🤣

      Delete
  4. Wow.. campur telur ngn ketupat tu, nampak nice... can try... I pun x pernah masak lontong.. nak try la.. mashehhhh infoo.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. jenis nak masak cepat nona .. ain memang akan rebus sekali jalan.hahahahhahhaba.

      Delete
  5. Alahai lontong. Sedap. Yes kami sekeluaga penggemar lontong. Kalau kat kampung, berkumpul ramai-ramai memang ini menu mesti masak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. uishhhh makan ramai ramai lagi seronok rasa kan 😍

      Delete

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.