Mudah Je Shopping Di Tesco Lotus Sebab Ada Kaunter Self Service

Assalamualaikum . sekarang ni semua dah sedia maklum yang Tesco dah bertukar nama kepada Lotus . Tapi , sistem nya dan setiap outlet masih je sama . Ain antara pengguna barangan yang kerap berbelanja di Tesco . My favourite Tesco ialah di Bukit Indah Johor Bahru . Kenapa ? Satunya sebab tu la yang paling dekat dengan rumah . 

Alasan kukuh seterusnya ialah kerana ada Tesco member card . Walaupun dah bertukar jenama tapi tetap masih boleh collect point dan gunakan kad keahlian tu . Alasan kukuh seterusnya ialah kerana Tesco disini mempunyai kemudahan self service . Apa tu?. Ianya kemudahan untuk scan dan bayar sendiri . Lagi laju kalau barang tak banyak , tak ada masalah sistem . 
So far sepanjang menggunakan khidmat ni , laju je cuma kadang kadang ada la beberapa isu macam mungkin kita letak barang tak betul , mesin tak boleh detect barang tu , lain lain mungkin sewaktu nak bayar guna kan kad kadang kadang pun ada isu . Tapi isu ni jarang la berlaku . Bukan itu sahaja , pekerja yang ditugaskan untuk menjaga kaunter tu pun kebanyakkannya peramah dan bagus . Sebab ni mungkin ain suka berbelanja di sini .

Bila ke kaunter scan and pay ni , rasa seronok sebab kita boleh berangan macam cashier . Hehehe . Time tu la sibuk nak scan dan waktu nak bayar tu, ain suka tengok mesin dia smooth je telan duit . Hahaha . Duit syiling pun diterima . Sistem nya bagus . Ada sesetengah mesin membayar mana boleh terima duit syiling . Kat situ dah nampak canggih jugak sistem mesin bayar di Tesco ni .
Korang selalu ke berbelanja di Tesco ? Kalau selalu jangan lupa tau scan member card boleh collect point . 

Untuk maklumat lanjut korang boleh pergi ke laman web rasmi Tesco di tesco.com.my

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. kita pun selalu shopping tesco, tapi kulim punya branch self-service kiosk blum ada, so lanie guna apps scan & pay je. senang jgk, brg masuk troli kita scan terus..pastu byq kat kaunter trus jer..xpyah nk keluarkan brg scan dekat cashier..

    BalasPadam
    Balasan
    1. wowwwww... yg ni lagi laju kan... scan and pay ...

      Padam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.