Jahat nya kau ...kejadian monyet masuk rumah aku!

Kronologi kes bermula pada 22 may 2021 . Waktu tu Ain tengah duduk depan komputer sambil layan drama korea . Ain memang jenis suka bukak tingkap dan pintu supaya bau rumah tak terkepam . Angin masuk sedap je rasa rumah . Pada kejadian tengah melayan korea tu , nampak di celah celah pagar ada ekor panjang melintas . Dalam hati , ni bukan ekor kucing . Woi . Ni macam binatang lain . Beranikan diri keluar . MONYET !!!!! 

Masa tu ada jiran sebelah tengah bertukang kat luar , cakap la ada monyet tu tengah selongkar tong sampah rumah ain . Astaga ! Lepastu dia selongkar tong sampah jiran sebelah . Lapar lagi tak dapat apa yang dia nak , dia manjat pokok pisang jiran depan rumah tu . Eh , mungkin pisang nya tak sedap sebab masih belum jadi . Dia meloncat ke tempat lain. Tak takut lagi kejadian ni .
Pada 23 May 2021 . Dia masuk rumah ain !!!! Masa ni ain dekat atas , abang ain yang nampak dia yang halau . Mula mula monyet tu macam nak serang sekali abang ain macam buat nak pukul dia , dia terus cabut lari melompat . Dia terus ke rumah belakang . Jiran belakang ada rekod "monkey in my house" . Siap di "filterkan " di ig story kan kejadian tu . Yela budak budak . Sekali dia dah serang , tahu takut kan. Sedih masa ni sebab habis berkecah dapur . Dia pecahkan banyak telur mentah yang masih di tray . Sedih sebab dah la baru beli. Nak kena bersihkan ruang dapur lagi . Telur mentah ni jatuh busuk dia kemain tak boleh bawak bincang .

Buat report , suruh ayah ain forward pada jiran dan ain inform sekali pada kejiranan wanita . *Dihati rasa sedih sedikit , sebab boleh dilawak lawak kan benda macam gini. Takpe la , belum kena kat rumah sendiri . Nanti dah jadi apa apa baru tahu nak ambil serius .
Hari ini  , dia masuk lagi sekali ke rumah ain . Kali ni pintu tingkap memang tak bukak . Tapi masa kejadian tu ain baru bukak tingkap sikit je ,sebab nak masak kan nasi goreng untuk abang Ain . Dia masuk ikut tingkap . Pun sama dia pecahkan telur dalam tray . Kali ni , ain yang nampak . Macam nak pengsan rasa , terus ain jerit . Abang ain waktu tu tengah tidur tengah hari sekejap dekat ruang tamu . Betul betul terkejut weh . sumpah ! tak lawak langsung benda ni weh . 
Lepas abang ain dah stand by kayu , dia lari keluar semula ikut tingkap dan ke rumah belakang . Sempat abang ain baling batu , dia naik ke pokok belakang rumah jiran tu .Ya Allah , dugaan apakah yang sedang berlaku ini . Cuma terkilan sebab pihak atasan lambat ambil tindakan . Menganggap benda ini remeh ke ?. Padahal jiran yang jalan di sebelah belakang pun ada yang bagi gambar ternampak di sebelah pagi . 
Rupanya pagi ni monyet tu duduk depan rumah ain , pastu jiran yang dekat siap kejar dia lepastu dia lari . Kenapa dia aim rumah aku ?. Rumah yang tak ada stok makanan mewah langsung pun . Kering kontang ada lah dapur aku tu . Dalam hati ni rasa kenapa eh jadi macam gini . Macam nak pengsan tau tadi bila ain nampak sendiri dia dekat dapur .

*Selagi tak dapat tangkap selagi tu tak nak buka tingkap , tadi masa masak untuk berbuka pun mintak abang ain teman kan dekat dapur . Takut sangat ! 

Cepat lah kena tangkap wahai monyet ! Tapi yang ain nampak di depan tu macam kera , yang nampak ni monyet . Ke sebenarnya ade kawan kawan dia yang lain? . Takut nya ! Moga esok terus la selesai kes ni. 😭😔

Post a Comment

3 Comments

  1. Ya Allah, macam mana monyet tu boleh singgah kat kawasan perjiranan pula? kenapa pihak berkuasa lambat ek. Hurm walaupun seekor tapi bahaya. Mana tahu ada kwn kwn dia pula. Hope cepatlah pihak berkuasa ambil tindakan.

    Huda pernah hadapi situasi ni masa kat KPM. Tapi monyet tu tak sempat masuk bilik, dia marah kot bila huda cepat cepat tutup sliding door. hahaha padan muka dia. Tapi bilik - bilik lain, kalau hadap hutan, memang kena ceroboh. Eh panjang pula comment aku, kbye hahhahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaahahahaha ni komen ke tengah tulis blog ?. hahahahahhaha 🤣🤣🤣🤣🤣🤣 eeeee cepatt lahhhh kena angkut 🙊 monyet ni

      Delete
  2. Kwsn rumah aku pun adaaa.. dah dua kali piring Astro tu diusiknyaa.. geram betul.. kena call Astro betulkan byk kali tau. hmmmm.. tapi skrg dah kurang melawat .. tak tahu kenapa.. dah ada krg report kot...

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.