Peminat Lontong Kering | Assalamualaikum , berikutan daripada posting ain yang bersarapan pagi di Tapah Corner , terdetik pula di hati ini nak menceritakan tentang aku yang merupakan peminat lontong . Bukan sahaja , lontong yang berkuah tapi lontong kering pun aku minat . Senang cakap its so hard to decide . hahahaha .
Tapi , kebelakangan ini ain keputusan banyak cenderung kepada lontong kering ! Lontong kering berjaya menjadi juara carta hampir dua minggu juga ni . HAHAHA . Puncanya jiran sebelah selalu ajak sarapan pagi . Ain pula jenis suka order makanan yang dah ada set lengkap tau . Contoh macam set lengkap seperti lontong , soto , nasi lemak , nasi ambeng , nasi ayam , laksa johor dan sebagainya .
Jadinya , yang terlintas di mulut ni setiap kali teman sarapan pagi is lontong kering . Kenapa ianya dipanggil lontong kering ehk ? Sebab tak berkuah ke. Tapi kalau dah di gaul dengan sambal , sayur semua tu tak la kering sangat kan . HEHEHE .
Ain sertakan gambar terkini sebagai bukti lontong kering berjaya menjuarai carta dua minggu berturut - turut . Gambar pertama makan di Medan Selera Taman Cempaka Johor Bahru . Manakala , gambar yang kedua di Warung Ambang Persona Dcherry (berdepan dengan jalan besar) dan yang last sekali di Tapah Corner .
Apa istimewanya lontong kering ? Dia macam makan nasi ambeng tau . Pelbagai rasa lengkap dalam satu hidangan . Ada rasa pedas sambal , rasa manis serunding , siap ada sayur , dan mungkin ada juga yang letak pilihan ayam masak merah atau ayam rendang . Lengkap! Dan kenyang apabila menikmatinya .
Untuk resepi penuh , boleh juga jadikan rujukan disini .
Kesimpulannya , siapa kat sini memang peminat lontong ? Lontong mana yang menjadi pujaan hati ? Hahaha . yang berkuah ke yang kering ? Eh ada juga tau lontong goreng ... aaa ghisau , banyak rupanya adik beradik lontong ni kan .
Baca juga artikel yang berkaitan :