Blogger Bukan Percuma ! WOW ! Boleh tahan dasyat yer tajuk dia! Hari ini ain tengok podcast Borak Sini Habis Sini dari Youtube Channel Budiey . Tergerak hati nak tengok video ini sebab ternampak perkataan blogger .
Sangat bagus untuk tajuk podcast kali ini terutama sekali kepada blogger . Jujurnya , ini lah yang seringkali berlaku kepada para blogger di Malaysia .
Bila menjadikan platform sebagai periuk nasi ataupun income tambahan yang mana melibatkan isu duit jangan la di buat main . Ain mengaku sangat banyak so call dipanggil 'media invitation ' 'media review' yang ain terima .
Dah la hantar ayat bukan main manis , lepastu tak bayar tak ada payment langsung. Isu ni memang dah kerap kali di bangkitkan .
Sangat berpuas hati mendengar podcast ini ! Podcast ini di hostkan oleh Budiey sendiri dan menjemput tetamunya iaitu bloggger sendiri dari penaberkala.com . Penaberkala ni ain follow juga di instagram. Tak sangka pula bila di podcast , apa yang diperkatakan sangat lah knowledgeable dan point nya sangat bernas.
Antara 10 point yang dikongsi kan ialah :
- Jangan ingat yang selalu nampak banyak pergi event tu berbayar , sekali tengok dalam akaun bank tak gempak mana pun . Betul ! Ain mengaku ini terjadi kepada ain sendiri yang dahulunya main rembat dan sebat je semua event sedangkan tak berbayar langsung pun . Kawan -kawan nampak kita ni gah hakikatnya tak ada pun duit yang masuk selepas kita pergi event review tersebut.
- Untuk stay relevan dalam industri , kita kena get evolve . Follow the technology dan kita tak boleh berada pada takuk yang sama . AGREEE! with this point . Bayangkan dulu ain sendiri tak pandai edit video , sekarang dah pandai . Bayangkan dulu ain tak pandai posing posing untuk ootd , sebab bekerja dalam industri yang memerlukan 'gambar cantik ' posing pun kena la lain dari yang lain jadi secara tak langsung ain sendiri kena belajar cara berpakaian yang sesuai dengan ain . Kawan kawan selalu kata ain ni vogue kemain , tapi tu la..semua tu untuk kerja je . Kalau in a real life jumpa ain tengah beli nasi ayam , berselipar dan bertshirt je weh .
- Kalau ramai followers , rugi rasanya kalau tak convert into money! Wow this point memang ain super agree . Dah ramai sebenarnya kita nampak dekat social media yang tunjukkan bakat masing - masing in fact ain sendiri suka layan live band atau busker di Tiktok live . Selalu tengok persembahan mesti depan mata atau di tv , tapi sekarang dah berubah . Jadinya , sayang kalau ada pengikut (followers) tapi tak generate more money .
- Tahu kita punya niche . Kalau kita mahir pada satu satu benda tu , kita kena showcase . Actually kan yang pasal niche ni pun ain masih lagi betul betul nak go into the deep . Once kalau kita dah dapat tackle the right niche , komfom audience memang akan berkumpul jelah dekat platform yang kita dah tonjolkan content kita tu.
- Kosisten . Benda ni yang paling teramat susah sangat nak buat . Tapi sekali kita dah dapat tune dan rentak untuk kita kosisten persembahkan content kita , insyallah akan boom punya nanti .
- PR (Public Relations) bagi goodies je ! WOW*Tergelak bila dengar Budiey sebut yang ni . Haah , aku mengaku ..dulu aku macam gini la! Pada kita dah rasa macam terpaling dihargai sangat hakikatnya kita dipergunakan . Sebenarnya PR boleh je berikan token kepada blogger tapi tulah..
- Dalam dunia ni tak de benda free , nak masuk toilet pun kena bayar! -ini lah yang diperkatakan oleh blogger penaberkala.
- Cuba letak prinsip dan cuba letakkan harga kepada diri kita . Jangan aniaya diri kita sangat! Setiap hasil yang kita buat itu perlukan effort dan masa
- Try belajar untuk say NO !Yang ni pun semenjak ain dah berani say no , ain akan tolak ataupun ignore je mana mana invitation atau review yang tak bagi benefit dan hargai value dan effort kita . Cakap jela tak boleh ataupun diam and dont participate it .
- Jadi a well known person bukan nya popular .