SIAPA 'YOUR CRUSH' NI???

crush

SIAPA 'YOUR CRUSH' NI???

AMARAN : Kalau rasa menyampah dengan kisah crush aku , sila tahankan diri anda dari tidak muntah.

Aku terjumpa satu kuiz ni daripada instagram sepupu aku.. so aku pun tengok lah kuiz tu tapi aku memang tak ade sebab nak buat kuiz tu just suka suka jerrrr sekadar hiburan semata mata yerr..thenn aku pun create lah kuiz tu dan aku pun hantar lah kuiz tu dekat anak jiran aku aliyah dan asyira.

Secara berlumba lumba dorang ni menjawab kuiz tu haaa daripada situ lah aku boleh tahu sejauh mane je anak-anak jiran aku kenal aku. so lepas aliyah dengan asyira jawab dorang pon mengada-ngada lah ikut buat kuiz tu dan aku lah tukang jawab nyerr..HAHAHA  

Selepas tu si aliyah dengan asyira ni pon stalker lah carta markah aku and siapa je yang jawab kuiz aku..si syira lah yang cakap dekat aliyah"weyh cube kau tengok kuiz kak ain..kak ain ade crush sebab terang lagi bersuluh your crush dekat situ

Baca kisah aku : Senyuman lelaki itu

"si aliyah pulak terpikir lelaki herlokkk tuu hehehehe..aliya pikir tak kan si herlokk tu kann hahaha... kemudian esok aku jumpe si aliyah dan asyira nie yang kiteorg mukbang nasi lemak shellout tu ingat kann...hahahaha
akuainkausiapa
Nampak tu yang si syira screenshot tu.

Si asyira ni menyempat tanye aku "kak ain ade crush ehh"??? aku pun terdiam and gelakk besarr..pastu aku suruh dorang mengaku antara korang berdua sape yang buat...dorang siap bersumpah dan mengaku kauuu yang dorang tak bersalah and tak buat..

Jadi , siapa YOUR CRUSH tu? Sila munculkan diri anda , jangan risau aku tak makan orang. Kalau herlokkk aku terima ..kalau tak herlokkk aku friendzone. HAHAHAHA.

Tapi , sejujurnya aku tak percaya yang aku ada crush sebab aku sedar yang aku tak cantik dan perangai boleh tahan gila-gila. Hmmm..

Siapa YOUR CRUSH NI? Lebih baik mengaku cepat! dahla dapat markah 7/20. HAHAHAHHAHAHA.

MUKBANG NASI LEMAK SHELLOUT BERSAMA ANAK JIRAN

nasi lemak

MUKBANG NASI LEMAK SHELLOUT BERSAMA ANAK JIRAN

Korang dah baca kisah photoshoot belakang rumah dengan anak jiran? Iyer , ini lah kisah sebelumnya. Kisahnya diorang ni tergedik gedik dok whatsapp "sedapnya nasi lemak" , makanya aku pun terfikir apa kata aku masakkan nasi lemak budak sekolah untuk diorang.

Kenapa aku panggil nasi lemak budak sekolah? Kerana sambalnya tidak begitu pedas serta tiada timun serta kacang dan ikan bilis. Hanya ada ayam goreng yang dicincang kecik kecik serta telur rebus. Untuk menaikkan lagi rasa nasi lemak itu , aku bawa sekali dengan daun pisang.

Tapi kebiasaannya aku  memang alaskan daun pisang dan diletakkan di atas pinggan tapi kali ini aku tak sempat nak potong. Aku bawak terus daun pisangnya dan semua nasi lemak tu aku letak dalam tupperware. Kelam kabut aku jadinya sebab aku kalau masak memang tak suka tengok telefon ataupun diganggu. Budak-budak ni , faham-faham jelah macam mana kan. Aku bawak bekal makanan tu sebijik macam nak pergi berkelah. HAHAHHA.


Sampai je dekat rumah Asyira , aku cakap la jom makan pakai daun pisang. Si syira ni pun cakap 'buat cara shellout la".. Haa, maka jadi lah sebegitu rupanya. "Selamat aku tak payah basuh pinggan". Kuang asam betul si kecik Asyira ni. HAHAHHA.

Korang layan lah video kitorang ni. Jangan lupa untuk follow instagram @duniaorangmuda dan subscribe Youtube  Dunia Orang Muda okay!