Picnic Di Pantai Desaru Johor

sheisfarahain di pantai desaru

Assalamualaikum . Tercapai hasrat dan impian ain untuk berpicnic . Kenapa ? Ianya kerana pengaruh dari drama Korea Hometown Cha Cha yer . HAHAHA . Tak la , gurau je ! Hakikatnya , memang dah lama nak sangat berkelah . Rupanya Allah berikan rezeki tu untuk merasai nya apabila geng - geng JDT Blogger dapat staycation di Amansari Hotel Desaru

Jadinya , seawal pagi lagi ain dah bertolak dari Johor Bahru . Ain pergi bersama Huda dan Abang Ain . Kami bertiga memulakan perjalanan dari Johor Bahru sampai la ke exit tol Bandar Penawar . Masa tu rasa konfius nak pergi pantai mana satu . Sebab nya , dekat Desaru ni memang banyak tempat yang menarik . Bukan itu sahaja , jarak diantara setiap tempat tak jauh sangat . Jadinya masa di traffic light kitorang terus je mengikut ke signboard Tanjung Balau . Bila dah sampai terasa  hampa rupanya masih ditutup sebab masih banyak lagi kerja -kerja pembinaan . 


jambatan sungai johor


desaru kota tinggi

Ain teringat kali terakhir ain ke Tanjung Balau pada tahun 2019 sebelum covid melanda itu pun ketika itu dah mula start kerja - kerja pembinaan . Tapi ni dah penghujung tahun 2021 pun masih lagi tak dapat ke Tanjung Balau . Jadinya kitorang pun terus lah decide untuk bertukar tempat , memandangkan huda dulu memang belajar di Bandar Penawar sudah semestinya dia pro tentang selok belok jalan disitu . Kitorang pun terus lah ke Pantai Desaru .

Pantai Desaru yang kitorang pergi ni memang pantai yang dibuka untuk orang awam . Nak masuk ke sini kena bayar parking juga ye ! Lepas dah parking tu , kemain yer excited kita semua bila nampak pantai ! Cantik sangat !

Benarlah orang cakap , pantai Desaru ni cantik . Bukan itu sahaja , Desaru ini memang dah jadi tempat wajib percutian orang Johor dan juga rakyat Malaysia . Pantai Desaru ini sangat sesuai untuk bermandi -manda . Sampai je , kitorang cari port untuk 'parking' heheheh , nak landing dekat mana .Nama pun nak picnic kan , ain bawa siap -siap jajan dan nasi goreng serta sandwich telur . Settle ! Makanan yang mudah untuk dibawa sewaktu berkelah . Nampak juga ada yang ber bbq ! Tapi , kitorang hanya picnic sekejap je sebab lepastu kitorang terus check in ke Hotel Amansari Desaru .

berkelah di pantai desaru

di tepi pantai desaru

Dalam hati ini rasa nak je terus mandi , tapi dah pakai baju cantik cantik kot jadinya ain terus celup celup kaki jela . Dapat celup celup kaki pun dah rasa happy sangat ! This is what i want ! Picnic simple , pantai dan angin sepoi sepoi bahasa . Perfect and completed for myself !

Nak bagitahu juga pada korang yang nak ke Pantai Desaru ni , datang awal terutama pada musim cuti sekolah ,public holiday dan hujung minggu kerana memang akan ramai . Kitorang yang datang awal pagi pun dah boleh nampak banyak kenderaan yang dah lama sampai sebelum kitorang . 

ombak di pantai desaru

pantai desaru

Pantai Desaru ini dekat mana ? Kalau google maps dan waze terus je jumpa ! Senang sangat ! Ingat yer , kalau nak ke pantai sila jaga kebersihan dan jangan buang smapah merata- rata . Bukan itu sahaja , jaga juga keselamatan masing - masing yer .