98/366 : Exercise Ikut Ejaan Nama Sendiri




Assalamualaikum dan hello kepada semua . Alhamdulilah , tadi petang hujan juga dekat Johor Bahru ini memandangkan pagi sampai ke tengah hari sangatlah teramat panas . Sampai pening kepala aku jadinya . Hahaha . Terima Kasih ALLAH Kau kurniakan rahmat mu hujan kepada kami semua . Aku jadi agak tersentuh hati bila orang mengeluh bila hujan turun . Sedangkan hujan itu kan pemberian rahmat daripada ALLAH kepada hamba hambanya . Sejuk sedikit bila hujan turun . Alhamdulilah . Jadi , untuk hari ini aku nak cerita tentang :

  • Exercise Ikut Ejaan Nama Sendiri
Memandangkan hari ini aku off workout sebab aku ganti puasa , hehehe . So hari rest day lah dari sebarang aktiviti membakar lelemak parasit . Untuk proses menguruskan berat badan aku ini aku banyak pelbagaikan aktiviti cardio aku . Yelah , kalau buat yang sama je mesti badan jadi biasa je tak ada perubahan . So ,beberapa hari lepas , aku mencuba lah exercise ini dengan mengeja nama sendiri . Bayangkan nama aku NUR FARAHAIN . Fuh , kalau nama ayah aku pengsan dua hari aku terus. Hahaha . Ingat , buat ikut urutan ejaan tau . Macam ada pengulangan A ke , korang kena ikut urutan . Sebelum itu , warm up jangan lupa tau ! . Warm up itu sangat penting dan dah habis exercise cool down pun kena buat juga . Jangan miss out dua perkara ini untuk mengelakkan sebarang injured. Bukan itu sahaja , kalau keadaan fizikal kau dan kau ada masalh kesihatan yang terlampau dasyat jangan mulakan aktiviti yang extreme dahulu . Cubalah jalan dekat taman selama 20 minit dulu ke ,  naik turun tangga so that badan korang biasa . Tapi , pada korang yang dah bosan dengan treadmill itu bolehlah mencuba exercise ikut ejaan nama sendiri . So ,yang nama 3 4 gerabak tuh selamat berjuang . hahahhaa . 

Cukuplah entri untuk hari ini . Aku ada benda nak buat . Assalamualaikum :)