AKU PERGI FANS SCREENING EJEN ALI MUSIM 3

 
fans ejen ali

AKU PERGI FANS SCREENING EJEN ALI MUSIM 3


Halu halu halu , lama juga yer tak up kisah anak jiran . Nak dijadikan cerita , pada 2 julai 2022 , Ain dapat invitation ke GSC Cinemas di Paradigm Mall Johor Bahru . Invitation tersebut bagi menonton fans screening Ejen Ali musim 3. Haa , nama pun siri Ejen Ali kan , sudah semestinya ain angkut sekali anak anak jiran untuk menonton bersama .

The last time , kitorang pernah hang out waktu tu menonton Ejen Ali the movie . Boleh baca kisah ain bersama anak jiran di sini : Menonton Ejen Ali bersama anak jiran ! .

tiket fans screening ejen ali


Tayangan untuk fans screening bermula jam 3 petang . Fuh ! Time tu pula hari sabtu dengan penuh nya manusia di Paradigm Mall sampaikan kena parking roof top yer . Betapa ramainya. Tapi , hilang rasa penat mencari parking tu bila masuk ke hall yang rata ratanya ramai kanak - kanak . 

Betapa excited nya kanak - kanak nak tengok siri Ejen Ali untuk musim ketiga ni . Anak jiran ain pun excited yer . Diorang memang subscribe Disney+ Hot star tu ye. Kak Ain macam blur blur kejap yer , sebab tak berapa nak mengikut sangat kisah si Ejen Ali ni .

ejen ali musim 3

fans screening ejen ali musim 3



Sewaktu tayangan sedang berlangsung , anak jiran tu punya la fokus yer dan siap bisik bisik dekat kak ain diorang ni supaya kak ain tak la blur dengan watak watak baru yang muncul . Habis je tayangan ada sesi soal jawab . Siapa dapat jawab , menang hadiah . 

Hall 2 di GSC Cinemas tu kembali meriah sewaktu Q&A session tersebut . Tak nak terlepas peluang , anak jiran pun excited nak menang hadiah . Akhirnya , dapat juga jawab yer ! Yahuu dapat juga bawa balik hadiah . Bukan itu sahaja , tiket fans screening tu siap nak simpan buat kenangan yer katanya . 

ejen ali di pawagam

peminat ejen ali di johor bahru

peminat ejen ali

patung ejen ali


Boleh tengok vlog yang abang ain buat di youtube bawah ini .



Oh iya , kepada semua Ejen ejen dan peminat setia Ejen Ali , Jangan lupa untuk strim dan subscribe di Disnesy+ Hotstar

Untuk rujukan , boleh la klik pada link ini okay :