OOTD Aku Berwarna Hijau

simple ootd sheisfarahain

OOTD Aku Berwarna Hijau | Seringkali kita melihat orang berkata tentang ootd , meletakkan hashtag #ootd dan ramai yang sanggup mengambil gambar sehingga beratus take hanya untuk sekeping ootd yang mahu diupload di Instagram . 

OOTD atau nama penuhnya outfit of the day yang bermaksud : an internet abbreviation for outfit of the day, refers to what someone's wearing on a particular day, usually in the context of fashion blogging. It can also mean a particularly fashionable outfit, or the photoshoot involved in taking an ootd photo for a social network.

Meh ain tolong jelaskan dengan bahasa mudah , ootd ni maksudnya pakaian yang di pakai pada hari tersebut , dan biasanya bergambar dan di upload di social media . Hang pakai tudung warna apa , pakai baju jenis apa sebagai contoh dress ke , tshirt ke , blouse ke , atau kemeja dan seluar pula pakai yang jeans ke , slack ke atau pakai skirt . Haa , tak cukup juga kadang tu siap bagitahu lagi handbeg jenama apa , kasut jenis dan brand apa serta aksesori pun ada juga yang akan beritahu . Kebanyakkannya memang sejenis yang akan atur terlebih dahulu pakaian dan aksesori supaya nanti bila dah pakai dan menggayakannya tak la nampak macam mangsa fesyen . 

Jadi untuk posting ain kalini ialah tentang ootd ain yang berwarna hijau . Warna hijau sering dikaitkan dengan warna yang membawa unsur ketenangan . Warna hijau mempunyai banyak kategori ada yang warna hijau lembut , hijau terang , hijau pokok pisang la dan yang last sekali ni paling tak boleh blah MAK KAU HIJAU . HAHAHAHA. Antara contoh warna hijau yang popular ialah : mint green , emerald green , olive green , green apple , army green dan lain lain . Tambahan pula ,  semakin hari jika dilihat fesyen di Malaysia mula menerima warna hijau sebagai warna tema untuk sesebuah majlis . Contohnya , koleksi baju hari raya yang sedondon dipakai satu keluarga malah ada juga yang berani menggayakannya ketika hari perkahwinan .

ootd wanita bertudung


Kenapa ain berani mencuba ootd berwarna hijau ?

  • sebab ain dah mula rasa bosan dengan warna kegemaran kebanyakkan wanita iaitu warna pink . hehehe
  • mahu mencuba mix and match koleksi pakaian yang ada di dalam almari.
  • tudung dan baju itu merupakan pemberian kawan ain jadinya ain cuba suai padankan.

Penerangan mengenai ootd ain berdasarkan gambar 

  • tudung : warna hijau terang dan plain 
  • baju : warna tak berapa nak terang dan ada corak , jadinya kalau boleh jangan pakai tudung yang ada corak lagi (akan nampak serabut)
  • seluar : warna putih  (menaikkan lagi seri warna hijau tu )

Tambahan tips : Kepada yang suka make up , pemilihan lipstick serta eye shadow sangat penting supaya nanti muka kita tak nampak pelik dengan ootd yang digayakan. Jangan la pi bubuh eye shadow warna hijau pulak , habis nanti betul betul jadi mak kau hijau . HAHAHA . 

ootd hijau



Pada pandangan ain , boleh je untuk kita berfesyen cumanya tetap lah berlandaskan kepada pepatah 'ukur baju di badan sendiri ' ; Berbuat sesuatu atau bertindak atau berbelanja mengikut kemampuan diri sendiri. Untuk nampak awesome ootd kita ni kan , kena yakin la pada diri sendiri ! Paling penting , bergaya dan berfesyen untuk diri sendiri  dan bukannya sibuk sebab nak minta orang memuji kita . 

Love Yourself !💖