GAZOLINE , KAFE ESPORTS DI JOHOR
Esports kini telah menjadi salah satu tumpuan utama terutama sekali golongan muda. Aku ni pula memang adik beradik semua lelaki sudah pasti kesukaan lelaki aku akan secara tidak langsung akan tahu , walaupun sekadar tahu tahu gitu aje. Dah nama pun hari hari dengar game Mobile Legends , PUBG , FIFA dan sebagainya. Bukan itu sahaja , selalu nya juga aku akan menemani abang aku untuk ke event serta tournament esports. Jadinya , konsep kedai Gazoline ini memang aku dah boleh imagine macam mana crowd yang akan datang.
Bertemakan warna biru , jika kita melangkahkan kaki masuk ke kafe ini sahaja sudah dapat merasai feeling feeling berada di event dan tournament esports. Bukan itu sahaja , kita boleh rasa juga perasaan seorang gamers! Kenapa? Di kafe ni setiap tempat duduk memang tersedia lengkap tempat untuk charge telefon serta USB. Seperti yang kita sedia tahu , gamers nowadays memang main game dengan menggunakan telefon jadinya mereka memerlukan sokongan seperti tempat mengecaj ini. Bukan satu dua okay , tapi di setiap tempat duduk memang ada disediakan.
Seterusnya , terdapat juga ruang untuk bermain Play Station (PS). Sewaktu aku ke sana , kelihatan gamers bermain game FIFA. Disitu disediakan 4 set jadinya takpayah lah nak berebut rebut yer. Hehehe. Dah namanya pun kafe kan ,sudah semestinya ramai yang nak tahu tentang makanan dan minuman yang disediakan.
Gazoline ini menghidangkan pelbagai makanan dan minuman ringan seperti set burger serta ala carte seperti nugget , nacho dan ayam . Antara minuman yang disediakan ialah seperti ice blended , pelbagai variasi kopi serta energy fizzes. Sesuai la dengan gamers yang jenis santai dan simple. Mereka sukakan konsep yang cepat dan senang untuk mereka dapatkan. Yelah , kang kalau lambat makanan tu nak siap , habis kalah nanti waktu main game. Hsahaha
GAZOLINE
ESG e-sport group
23&25 , Jalan Kota 2/3 ,
Taman Cahaya, Kota Puteri,
Masai , Johor
Facebook : https://www.facebook.com/GAZOLINEMY/
Instagram : https://www.instagram.com/gazoline.my/