Memaparkan catatan dengan label resepi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label resepi. Papar semua catatan

Ayam Goreng Tanpa Minyak

Ayam Goreng Tanpa Minyak | Ayam goreng merupakan makanan yang paling popular dan menjadi kegemaran rakyat Malaysia . Ayam goreng adalah hidangan yang memang digemari ramai. Cara masakannya juga ada pelbagai, antaranya ada yang menggunakan rempah , ada juga yang digoreng begitu sahaja. Tidak hairanlah ianya mencuri hati ramai.

ayam goreng


Ain ternampak perkongsian dari Twitter coachismailayu yang berkongsikan tentang resepi mudah ayam goreng tanpa minyak :

  • menggunakan tepung whole grain
  • dimasak menggunakan air fryer 
twitter ayam goreng tanpa minyak


Sesuai la untuk yang tengah diet , mengurangkan minyak dalam masakan dan malas terkena percikan minyak panas . Hehehe . Selamat Mencuba !

Terasa sakit hati bila terkena ayam meletup ketika menggoreng ? ini cara atasinya 

Nak cuba resepi yang lain ? 




Masak Ayam Goreng Berempah Guna Airfryer


Nampak macam ayam goreng berempah kan.. 

Tapi cara masak nya berbeza . 

✅Beli rempah ayam dekat Mydin . (dekat kawasan bahagian timbang) 
✅Perap 
✅Masak pakai airfryer 
✅Letak minyak setitik dua je sebab tak nak melekat .

✅Adjust lah ikut temperature airfryer masing masing .

SIMPLE.

Tipu la kita tak terliur tengok ayam goreng kan . Tapi , yang membezakan masakan itu berkualiti atau tidak bergantung kepada cara kita memasak . Ain yakin ramai je yang dah ada airfryer kat rumah tapi simpan buat perhiasan kan . Apa kata guna dan cuba resepi ni.

Ada banyak lagi koleksi resepi .. Klik sini okay .

Tak Perlu Beli , Ini Cara Mudah Buat Air Lemon Asam Boi Sedap Menyegarkan !


Selalu kalau di luar , orang jual air balang mesti letak banyak ais . Sedut dua tiga kali je dah habis . Satu cawan sampai harga RM 3- 4 . Mahal kan . Apa kata , buat je dirumah . Resepi nya mudah tak guna resepi yang cerewet .

Bahan -bahan :
Lemon
Air gas Aiskrim Soda / Sprite 
Asam Boi 
Daun Pudina

Cara nya masuk kan aja kesemua bahan tu. Tapi lemon tu perah la dulu baru keluar rasa masam - masam . 

Dekat bawah ni ada juga video cara nak buat . Senang je ! Boleh rujuk video ini okay . Selamat mencuba . 



Cara Buat Ubi Goreng Sesuai Dimakan Untuk Minum Petang


Assalamualaikum . Kebetulan jiran bagi ubi , cadangnya ain nak rebus dan makan dengan sambal je . Jadi Ubi rebus . Tapi abang ain nak sangat ubi goreng . Penat nak nunggu goreng tu ha .

Cara - cara nak sediakan ubi goreng
1- Rebus dulu ubi sehingga nampak lembut 
2- Ubi disejukkan dan dipotong kecil kecil 
3- Salut dengan tepung goreng serbaguna (beli aja tepung mengikut kesukaan masing masing)
4- Panaskan minyak . Minyak panas memang sedap kalau nak menggoreng . Adunan tepung tadi letak sikit minyak panas tu . 
5- Goreng macam biasa
6- Hidangkan panas panaa bersama dengan sambal kicap 

Siap ! Menu simple simple je ! 


Masak Soto Nasi Resepi Sendiri .. Mudah Je !


Assalamualaikum . ketupat Nona masih belum dibuka lagi tempoh hari . Ingatkan nak masak untuk raya tapi sebab jumlah ketupat nasi terlampau banyak sumbangan jiran dan kawan kawan , jadinya kita tak rebuslah . Hanya buat mee soto je ! Hehehe . 

Jadi nya hari ni terjadi la soto nasi . Taugeh je yang tak ada di dapur . Mana bahan yang ada kita rembat je . Simple ! Dengan menggunakan tagline , tak cukup bahan takpe , janji masak .. Begitulah cara seketul Farahain memasak .

Disebabkan nak kurangkan pengambilan minyak , lemak , garam dan gula . Ain buat resepi sendiri . Cara sangat mudah . Letak dan rebus ayam . Lepastu campur kan rempah soto (yang ni ain beli dekat Mydin) Korang cari je dekat bahagian rempah yang beli timbang gitu , pastu letak la . Agak agak je . Tunggu sehingga ayam siap rebus . 

Lepastu angkat ayam dan asingkan . Kuah soto tu pula letak kan sedikit garam . Ketupat nasi direbus . Siap potong belah dua atau belah empat . Makan sekali dengan sambal kicap. 

Siap! Hiaskan bersama dengan daun sup dan bawang goreng ! Ya Ampun . lepas ni Soto Nasi dah senang dah masak . Tak payah struggle nak menumis minyak bagai . 

*ikut selera masing-masing la. Macam ain ni memang suka tak cukup bahan takpe , janji masak ! Kihkihkihhh .

Dessert Penyejuk Tekak Di kala Hari Raya PKP

Assalamualaikum . sebenarnya berniat nak buat dessert ni waktu raya pertama . Tapi , banyak sangat makanan . Jadi untuk tak nak membazir , kita buat satu hari satu hari . Tak ada la semua nak bantai bedal satu hari . Tu yang nanti sakit perut . 

Jadi untuk hari raya PKP ketiga semalam , abang ain buat desseett penyejuk tekak ni . Bahan -bahan nya mudah je . Beli dekat kedai Ninso . Kedai berhantu tu . Hehehe . 
Antara bahan yang digunakan sumi jelly , nata de coco , jelly puding , susu sejat . Abang ain kalau bab - bab buat minuman memang serah kepada dia . Sebab dulu time belajar dia pernah meniaga air dan donut JCO . Jadinya , kalau dulu - dulu tetamu datang pun memang dia yang tukang buat air . Kurang la sikit beban kat rumah ni . Kihkihkihhh . 
Ala dessert penyejuk tekak ni makan sambil tengok drama . Hahaha . Ala , buat untuk diri sendiri je . Bukan untuk tetamu . Berani nak datang . Semalam ada budak budak bagi salam datang nak beraya . Ain jerit kan je " Halu pulis .. ada budak ni datang nak beraya " . Tak berani dia nak bagi salam rumah kita . 🤪

Oh , sebelum ni ain ada juga kongsi resepi aneka puding mudah dan sedap . Boleh lah buat penyejuk tekak dikala PKP . Tak la panas hati je duduk rumah kann. Kihkihkihhh .

Resepi Cornflakes Creamy dan Milky , Anak mesti suka !

 Resepi Cornflakes Creamy dan Milky , Anak mesti suka !

Credit : Fatimah Hafizan
Bahan - bahan : 
  • Cornflakes 275g
  • Susu pekat 4/5 sudu (ikut kemanisan masing-masing)
  • Gula perang 4 sudu
  • Buttercup/Pure butter 170g (just nice) kalau nak rasa lembab lagi boleh lebihkan butter.
Resepi Cornflakes Creamy dan Milky akuainkausiapa

Resepi Cornflakes Creamy dan Milky akuainkausiapa

Step 1
Campurkan semua bahan (kecuali cornflakes)

Resepi Cornflakes Creamy dan Milky akuainkausiapa

Step 2
Masak sehingga semua bahan cair dan jadi bebuih (api jangan kuat)

Resepi Cornflakes Creamy dan Milky akuainkausiapa

Step 3
Letak cornflakes dalam campuran yang bebuih tadi..(gaul-gaulkan)

Resepi Cornflakes Creamy dan Milky akuainkausiapa

Step 4
Tutup api dan gaul sebati

Resepi Cornflakes Creamy dan Milky akuainkausiapa

Step 5
Gaul sebati

Resepi Cornflakes Creamy dan Milky akuainkausiapa

Step 6
Susun dalam papercup dan bakar 150' 10 minit

Resepi Homemade Ferrero Rocher

Resepi Homemade Ferrero Rocher coklat badam

Resepi Homemade Ferrero Rocher

kredit resepi :  Intan Najwa Othman Facebook

Resepi Homemade Ferrero Rocher coklat badam 
  • Badam cincang dibakar atau disangai untuk bagi masak dan rangup. Ada jual kat kedai jual barang kek.. kuantiti agak-agak ikut naluri je..
  • Oh, tempoh bakar tu pun ikut sedap tangan nak pulas button oven je. Baca bismillah, insyaAllah tak hangus. Tapi realistik la.. jangan korang set suhu 200 selama sejam pastu tawakal je. Kang takut jd lada hitam pulak..
Resepi Homemade Ferrero Rocher coklat badam

  • Cairkan coklat masakan mengunakan jenama beryls milk coin.. kuantiti agak-agak jugak.. rasa sedap hati kira on la tu! Kalau tak cukup kirim la kat tok laki suruh beli. Tapi make sure bagitahu detail jenisnya. Takut salah beli kang hilang terus mood 
Resepi Homemade Ferrero Rocher coklat badam

  • Badam yang dah bakar atau sangai tadi biarkan sejuk kejap. Biasanya sementara nak siap cairkan coklat tu badam dah cool down.. dah tak marah-marah sebab dah sejuk.. Dah ok, terus rapatkan silaturahim dorang dalam 1 bekas. Gaul bagi mesra dan sejahtera..
  • Badam tu mesti bagi sejuk dulu sebab takut tak jadi ranggup lepas gaul dengan coklat..

Resepi Homemade Ferrero Rocher coklat badam

  • Pastu masukkan dalam paper cup comel- comel tu. Kalau nak bubuh dalam tupperware sedebuk terus pun boleh. Boleh la feeling makan mcm ceduk aiskrim bekas tu ha.. 
  • Oh ya, nak bagi korang tak gaduh dengan anak sebab makan comot abis kotor sofa, korang simpan jap dalam peti. 10 minit cukup.. pastu keluarkan boleh la menikmatinya..
  • LEPAS 5-10 MINIT KELUARKAN DARI PETI, SIMPAN DALAM BEKAS KEDAP UDARA. JANGAN RISAU, COKLAT TU TAKKAN CAIR KALAU DAH KERAS. Melainkan korang letak kat tempat panas la..
  • Jangan lupa diri sebab makan ni biasa tak ingat dunia. Tengok - tengok tinggal sarung je.. eh, dah habis..

Resepi Ayam Goreng Seringgit


AYAM GORENG SERINGGIT

Bahan-bahan perap:
Ayam seekor potong 24
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 inci halia
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil lada putih
1 sudu besar serbuk kari
Garam
Serbuk perasa adabi

Bahan-bahan tepung salut ayam:
1 cawan tepung bestari pedas
2 cawan tepung gandum jenama ros
1 sudu tepung ubi/tepung beras

Cara-cara:
1. Kisar bawang putih, bawang besar dan halia.
2. Perap ayam dengan bahan-bahan perap.
3. Sediakan bekas untuk gaul ayam. Masukkan sedikit tepung. Kemudian masukkan ayam 5-6 ketul. Sendukkan tepung salut ke atas ayam. Gaul ayam sehingga sebati.
4. Goreng ayam dengan minyak sederhana panas. Goreng ayam dengan minyak yang banyak sehingga ayam tenggelam.
5. Tutup periuk semasa ayam digoreng. Agak-agak dah hampir masak, buka penutup supaya ayam rangup diluar, lembut di dalam.

Kredit : Murni Rahmat

Aneka Resepi Puding Mudah Dan Sedap

 Aneka Resepi Puding Mudah Dan Sedap : Tekak ni bila musim kejap panas kejap sejuk mesti craving dessert . Tapi nak beli dessert kadangnya malas nak keluar rumah , apakata cuba resepi mudah ni. Ain nampak ada orang share dekat Facebook ni , Ain pun share sini lah sebagai rujukan kita bersama . Tanpa membuang masa lagi , ayuh scroll sampai habis .


agar agar laici

Resepi Agar Agar Laici

bahan -bahan :
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan air
  • 4 sudu besar serbuk agar-agar (kalau guna agar-agar tali pandai-pandai la yer)
  • 3 atau 4 sudu besar gula
  • 1/2 cawan air laici dan isinya sekali
cara memasak : 
  1. Masak air bersama susu cair sampai mendidih
  2. Masukkan serbuk agar-agar gula dan kacau sampai hancur
  3. Masukkan air laici
  4. Tuang dalam loyang , agak-agak dah suam baru masukkan isi laici
  5. Tunggu sampai keras baru potong
  6. Masuk dalam peti
credit : Zaimah Zakaria‎ #mahn

puding cocktail


Resepi Puding Coktail

Bahan-bahan:
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan susu pekat
  • 4 cawan air
  • 2 pek serbuk agar-agar
  • 1 tin koktail
  • 1 tin buah peach potong
Cara-cara membuatnya :
  1. Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar dalam periuk , kacau dengan api perlahan.
  2. Selepas dah hancur semua masukkan susu cair dan pekat.
  3. Biar melegak kemudian masukkan pula buah buahan dalam tin.
  4. Tunggu melegak kemudian tutup api dan terus masukkan dalam bekas untuk dikeraskan, selamat mencuba dan buat ya.
puding trifle


Resepi Puding Triffle

Bahan-bahan:
  • 1 biji kek gulung | dipotong beberapa bahagian setebal 2 cm
  • 250 gm kastad
  • 500 gm gula
  • 1000 ml air
  • 250 ml susu cair
  • Sedikit garam
  • 1 tin buah-buahan campuran
Bahan puding:
  • 10 gm agar-agar
  • 500 ml air
  • Sedikit garam
  • 2 sudu makan gula
  • Sedikit pewarna merah
Cara-cara:
  1. Potong kek dan susun dalam bekas kaca memanjang. Tuang sedikit sirap dari tin buah-buahan campuran agar kek lebih cantik. Ketepikan.
  2. Masukkan kastad, gula, dan susu cair dalam satu bekas. Kacau sehingga sebati dan tidak berketul. Masukkan pula air dan sedikit garam. Kacau rata.
  3. Masak adunan kastad di atas api sederhana. Kacau selalu sehingga pekat.
  4. Tuang kastad di atas kek tadi.
  5. Tabur buah-buahan campuran tanpa sirap. Sejukkan dalam peti sejuk selama 10 minit.
  6. Sementara menunggu sejuk, masak agar-agar sehingga hancur dan mendidih. Masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa.
  7. Masukkan pewarna merah. Kacau rata dan tutup api.
  8. Akhir sekali tuangkan adunan di atas puding kastad tadi agar kelihatan cantik berlapis. Sejukkan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
puding milo


Resepi Puding Trifle

Bahan-bahan
  • 20gram serbuk agar2
  • 1.5 litre air
  • 1 cwn gula
  • 1 tin susu cair
  • 1 1/2 cwn Milo
Cara membuat : 
  1. Masak agar-agar dan air hingga larut.
  2. Masukkan gula kacau hingga larut.
  3. Masukkan susu cair kacau sebati hingga mendidih.
  4. Bahagikan 2 bahagian, 1 bahagian campur milo,1 lagi biarkan kosong.
  5. Untuk melapis. Sapu acuan dengan sedikit minyak. Tuang lapisan milo dan sejukkan sakejap.
  6.  Dah mengeras tuang pula lapisan putih. 
  7. Ulang sampai habis sejukkan
credit : Shen Nursani

puding roti marble milo

RESEPI PUDING ROTI MARBLE MILO

Bahan-bahan:
  • 4 keping roti
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170 ml susu cair
  • 10 gram serbuk agar-agar atau sepeket
  • 1/2 cawan gula - boleh kurangkan
  • 2 sudu besar butter atau marjerin (cairkan)
  • 3 1/2 cawan air
  • Satu penutup esen vanilla
  • 2 sudu besar Milo dan 1 sudu kecil serbuk koko (bancuh jadikan pes supaya tak berketul-ketul)

Cara-cara:
  1. Didihkan 3 cawan air, serbuk agar-agar dan gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti, telur, susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cawan). Masukkan esen vanilla blend lagi. Kemudian masukkan dalam periuk agar-agar yang sudah didih tadi.
  3. Masukkan butter atau marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi dan matikan api.
  4. Bahagi kepada 2. Satu adunan biarkan warna asal dan satu adunan masukkan bancuhan pes milo dan koko tadi.
  5. Ambil sesenduk warna plain dan tuang di tengah-tengah loyang. Kemudian ambil sesenduk warna coklat, tuang di atas warna plain tadi. 
  6. Biarkan puding gerak sendiri ke tepi , tak payah ratakan atau kacau. Ulang semula kaler plain dan buat hingga habis. 
  7. Ketika melapis atau me'marble'kan hendaklah dengan cepat sebab puding atau agar-agar ni mudah sejuk atau membeku.
  8. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang- kurangnya sejam.
*Nota : Kemanisan puding sila adjust ikut selera masing-masing. Bagi yang kurang gemar berlemak, kurangkan sukatan susu pekat.

puding karamel roti


Resepi Puding Karamel Roti

Bahan-bahan:
  • 3 sudu besar gula (dijadikan karamel)
  • 3 biji telur (saya guna gred AA) – dipukul lembut dan ditapis
  • 7 keping roti gardenia – dicarik-carik
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu besar tepung jagung (optional)

Cara-cara:
  1. Masukkan 3 sudu besar gula ke dalam loyang. Panaskan loyang dengan api perlahan. Senget-sengetkan untuk meratakan gula ke permukaan loyang. Tutup api bila gula dah mencair semuanya. Ketepikan.
  2. Panaskan kukusan.
  3. Masukkan susu cair, susu pekat manis dan roti ke dalam blender. Blend halus.
  4. Masukkan telur dan esen vanilla ke dalam bahan blend tadi. Blend sebentar.
  5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Saya ambil 2 cawan dan campurkan dengan 1 sudu besar serbuk koko. Kacau sebati dan tapis.
  6. Masukkan adunan coklat ke dalam acuan karamel. Kukus 15 minit.
  7. Setelah 15 minit, cakar sedikit permukaan adunan coklat menggunakan garfu dan curahkan adunan selebihnya ke atas adunan coklat. Kukus lagi lebih kurang 30 minit dengan api sederhana.
  8. Sejukkan terlebih dahulu baru terbalikkan


puding roti

Resepi Puding Roti

Bahan-bahan :
  • Sepeket agar-agar tali (18g)
  • 4 keping roti gardenia
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 tin susu cair
  • 3 1/2 cawan air
  • Sesudu butter (optional)
  • Sedikit esen vanila

Cara - cara memasak:
  1. Blend susu cair, telur, roti dan esen vanila. Roti tu tak payah buang yang tepi. Semua pakai ye , tak membazir
  2. Basuh agar - agar dan masak smpai larut. (Guna air 3 cawan setengah tu)
  3. Dah larut agar-agar baru masukan gula dan susu pekat.
  4. Masukkan bahan-bahan yang diblend tadi , masukan butter.
  5. Masak smpai gelegak sikit, tutup api.
  6. Bahagikan 2 bahagian. Satu original dan satu dicampur sirap merah.
  7. Sendukan dalam loyang secara selang seli untuk dapat corak belang-belang.
  8. Dah sejuk masukan dalam peti ais. Boleh dihidang terus atau sejukkan.
** untuk warna, boleh je letak warna ikut suka masing-masing..nak letak warna pelangi pun tak apa..ikut kreativiti masing-masing ye..

** kalau nak buat banyak, gandakan bahan-bahan

credit : Engku Norhidayu‎ #mahn

agar agar roti milo

Resepi Agar Agar Roti Milo

Bahan-bahan:
  • 24 gram agar-agar
  • 1 tin susu cair
  • 4 ½ cawan air
  • 5 keping roti
  • 1 sudu planta
  • Milo
  • Gula secukup rasa

Cara Membuatnya:

  1. Roti dicarikkan dan dikisar bersama susu cair sehingga halus. Ketepikan.
  2. Masak agar-agar bersama 4 ½ cawan air sehingga hancur.
  3. Kemudian, masukkan gula secukup rasa.
  4. Tuangkan adunan roti yang dikisar ke dalam agar-agar tadi.
  5. Kacau perlahan dan masak dengan api sederhana sehingga mendidih.
  6. Masukkan planta untuk mengilatkan agar-agar sambil kacau perlahan-lahan.
  7. Apabila telah mendidih, tutup api.
  8. Asingkan sedikit adunan dan masukkan milo. Kacau hingga sebati.
  9. Tuangkan adunan roti tadi ke dalam acuan secara berselang.
  10. Sejukkan di dalam peti sejuk dan bolehlah dihidang

puding cocktail kastard aiskrim vanila


Resepi Puding Cocktail Kastard Aiskrim Vanila

Bahan-bahannya:
  • 1 paket agar-agar strip (30 gram)
  • 6 cawan air
  • 1 ¾ cawan gula
  • 4 sudu besar ais-krim vanilla
  • 1 tin buah-buahan koktel (500 gram) – asingkan airnya untuk disatukan dengan bahan-bahan kisar

Bahan-bahan dikisar (menggunakan blender):
  • 1 tin susu sejat Carnation
  • Air buah-buahan koktel
  • 3 sudu besar tepung kastard
  • 1 biji telur
  • ¼ sudu kecil vanilla
  • -Satukan bahan-bahan di atas di dalam blender basah dan blend sehingga semua bahan sebati dan halus.
Cara-cara membuatnya:
  1. Basuh agar-agar strip dan rendam lebih kurang 5 minit. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama 6 cawan air dan masak sehingga agar-agar larut.
  2. Selepas agar-agar larut masukkan gula. Kacau dan masak sehingga gula larut.
  3. Kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi dan kacau sehingga adunan mendidih dan agak kental. Gunakan api yang sederhana dan kacau berterusan kerana ditakuti adunan akan hangit/rentung di dipermukaan periuk.
  4. Sejurus sebelum diangkat, campurkan ais-krim vanilla dan kacau lagi sehingga ais krim larut. Kemudian bolehlah ditutup api dan biarkan ia sejuk seketika (lebih kurang 5 minit).
  5. Sementara itu jika suka boleh susun dulu buah-buahan koktel di dalam acuan yang sesuai.
  6. Setelah itu tuangkan ½ adunan tadi perlahan-perlahan di dalam acuan. Kemudian tambahkan lagi buah-buahan koktel sehingga habis. Kemudian tuangkan baki adunan tadi sehingga habis.
  7. Sejukkan di dalam peti ais. Lebih elok jika disimpan semalamam. Sediakan waktu malam dan sejukkan semalaman. Esok dah boleh makan


puding gula hangus

Resepi Puding Gula Hangus

Bahan-bahan A (Karamel gula halus):
  • 3 sudu gula halus
  • 3 sudu air

Bahan-bahan B (Puding):
  • 1 tin susu pekat (400 ml)
  • 2 cawan air
  • 5 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2 sudu tepung jagung (boleh tambah utk keraskan)

Cara-cara membuat karamel gula halus:
  1. Cairkan gula dan air sampai pekat.
  2. Tuangkan ke dalam loyang

Cara-cara membuat puding:
  1. Pukul telur sehingga kembang bersama esen vanila.
  2. Masukkan kesemua bahan-bahan B yang lain dan kacau sehingga rata.
  3. Tuangkan kesemua bahan yang telah rata kedalam loyang yang telah berisi karamel gula hangus tadi.
  4. Kukus dan siap
  5. Lagi sedap dimakan kalau simpan dalam peti ais dulu
klik sini untuk lebih banyak Resepi okay

Resepi Mangga Asam Boi *Macam abang mangga tepi jalan jual*

Kes nya terjadi ni sebab jiran punya pokok mangga tengah berbuah . Kalau korang pernah baca Kak Tini Petik Buah Mangga , haa ni lah cerita nya bersambung . Hehehe . Dah penat -penat petik mesti la nak makan kan .. 

Sebenarnya ni batch kedua ain buat. Yang pertama tu ain lupa nak ambil gambar . Hahaha . Penat woi nak potong kulit mangga tu pastu nak kena potong kecil -kecil . Aaaa , bangun duduk bangun duduk juga banyak kali ain masa tu .
Resepi nya ni paling simple sangat ! 
✅ Mangga
✅Garam 
✅Gula 
✅Asam Boi

Cara -cara : 
✅ Mangga dibersihkan dan di potong kecil-kecil .
✅Masukkan asam boi , garam dan gula (ikut masing-masing nak banyak mana) *macam ain tak suka banyak gula .. bahaya ! hahaha .
✅Simpan dalam peti sejuk ! 
✅Nak rasa sebati , kacau rata atau simpan dalam bekas lepastu goncang -goncang sekuat hati nanti rasanya akan blend .
*semenjak kejadian dah pandai buat mangga asam boi ni sendiri , dah tak ada dah beli dekat abang traffic light . hehehe . Buat sendiri lagi puas hati . 

10 Resepi Sedap Daging * WAJIB CUBA*

resepi daging sedap
10 Resepi Sedap Daging

 Sambil - sambil scroll Facebook ternampak la semua resepi- resepi ini. Tak salahkan kongsi - kongsi di blog Ain ni . Senang nak cari nanti kalau nak masak . Dah masak nanti jangan lupa kongsi - kongsi resepi ni dengan kawan - kawan dan keluarga okay !

daging asam kuyit


Resepi Daging Asam Kunyit

Bahan - bahan :

  • 1/2 kilo daging...rebus hingga empuk (kalau tak nak rebus pun boleh..cuma masak tu lagi lama la yer)
  • 1 biji bawang besar hiris
  • 5 ulas bawang putih hiris
  • 1 inci halia hiris
  • 10 biji cili padi hiris (potong tengah jangan putus)
  • 1 kuntum bunga kantan (saya saja letak sebab saya suka makan bunga kantan tu)
  • 2 batang serai diketuk
  • 1/2 cawan air asam jawa sederhana cair
  • 1/4 sdb garam
  • 1 sdt gula
  • Sedikit bahan perasa jika suka
  • 1 sdb serbuk kunyit
  • 2 cawan air rebusan daging
  • 2 1/2 senduk minyak masak
  • Sedikit cili padi(utk hiasan)


Caranya

  1. Panaskan minyak
  2. masukkan serai bila serai dah perang masukkan bahan hiris
  3. tumis hingga naik bau . masukkan serbuk kunyit . 
  4. masukkan pula air asam jawa dan air rebusan daging.
  5. bila dah mendidih ganas masukkan daging , gula,garam dan serbuk perasa.
  6. biarkan kuah kering . masukkan cili padi dan bunga kantan..kacau sebati.
  7. sesuaikan rasa..siap utk dihidang.

Kredit resepi ini kpd mariana zainal #mahn


daging masak black pepper


Resepi Daging Black Pepper

Bahan -bahan:

  • Daging
  • Bawang putih 4ulas (tumbuk)
  • Bawang holland 2 biji
  • Serbuk kunyit 1 sudu kecik
  • Sos black pepper
  • Lada hitam 2 sudu (tumbuk)
  • Capsicum hijau 1biji
  • Tomato 2biji
  • Carrot (optional, tak nak letak pun tak apa)
  • Daun bawang (optional, tak nak letak pun tak apa)
  • Garam, gula, aji
  • Minyak masak


Cara Masak:

  1. Rebus daging sampai empuk. Bila air dah kering masukkan minyak masak, serbuk kunyit , kacau pastu masukkan bawang putih.
  2. Masukkan sos black pepper dan lada hitam yang ditumbuk tadi.
  3. Masukkan garam, gula,aji.
  4. Masukkan carrot,lada capsicum. agak - agak sayur dah lembut pastu masukkan pulak tomato, bawang Holland & daun bawang.
  5. Ok dah siap!

Kredit resepi ini kpd fatimah ibrahim


daging merah thai



Resepi Daging Merah Thai


Bahan - bahan : 
  • 1 paket daging ( rebus dulu + pewarna merah)
  • 2 sudu makan cili blander
  • 2 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan sos ikan
  • 1 biji bawang putih di tumbuk kasar
  • Sedikit pak aji. secubit gula

Bahan hiasan
  • 1 biji bawang besar potong
  • 1 tangkai cili merah besar
  • 3-4 tangkai cili padi
  • 1 tangkai daun sup
  • 1 tangkai daun ketumbar

Cara- cara masak
  1. Daging dipotong kecik atau nipis - nipis
  2. Tumis dulu bawang putih sampai naik bau
  3. Pastu masukan daging dan kacau sebati
  4. Kemudian masukan cili blander , cili sos ,sos tomato ,sos tiram ,sos ikan
  5. Kacau semua sampai naik bau
  6. Masukan sedikit gula dengan pakaji dan kacau lagi sampai sedikit kering
  7. Kemudian masukkan sedikit air
  8. Tabur bahan hiasan kacau sampai semua sebati...siap untuk dihidang !
Kredit resepi ini kepada adreana soffea


daging goreng kunyit

Resepi Daging Goreng Kunyit

Bahan - bahan :
  • daging lembu (batang pinang)
  • bawang putih diketuk
  • bawang besar dimayang
  • cili api potong kecik
Cara - cara : 
  1. Gaul daging bersama serbuk kunyit,garam dan sedikit serbuk perasa
  2. Tumis bawang kecik, bawang besar dan cili api sehingga naik bau
  3. Masukkan daging
  4. Goreng hingga air daging kering dan sedikit garing
  5. Kacau
  6. Dah siap..sempoi gila je kan!
Kredit resepi ini kepada Pn Shieykin Hassain


daging ketumbar


Daging Goreng Ketumbar

Bahan - bahan :
  • 400gram daging dihiris sederhana nipis
  • 5 biji bawang merah di tumbuk halus
  • 2 ulas bawang putih di tumbuk halus
  • 1 inci halia di tumbuk halus
  • 1 inci kunyit hidup di tumbuk halus
  • 2 biji cili masak ditumbuk halus
  • 3 batang serai dititik
  • sedikit sahaja air asam jawa (campur dengan bahan yang dah di tumbuk)
  • 2 sudu besar ketumbar (ditumbuk )
  • garam, gula (kalau suka rasa manis terpulang, boleh bubuh lebih sikit) dan serbuk perasa secukupnya

Bahan- bahan lain:

  • Sebiji bawang besar holland dihiris bulat
  • 9 biji cili api diketuk (kalau nak nampak menarik campur cili api hijau & cili api merah)

Cara-caranya:

  1. Gaulkan bahan yang dah di tumbuk bersama ketumbar dan air asam jawa rata-rata pada hirisan daging.
  2. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa. Agak-agaklah. Gaul lagi.
  3. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan daging tadi bersama serai yang dititik. Tutup kuali.
  4. Bila air daging telah kering tambahkan lagi air secukupnya. Masak dengan api perlahan hingga kuah pekat atau garing dengan api perlahan. Kacau sekejap-sekejap.
  5. Bila daging dah lembut masukkan bawang holland & cili api yang diketuk, kacau 1-2minit , dan bolehla tutup api & hidang kan.

***Hidangan ni tak terlalu berkuah juga tak terlalu kering.

Ada sesetengah orang bubuh jintan kasar & jintan halus yang ditumbuk sedikit. Pun boleh juga. Terpulang pada citarasa masing-masing ye. Nak ubah resepi ni ikut selera masing-masing pun boleh je.

daging air asam

Resipi Daging Air Asam

Bahan yang di blender
  • Tomato sebelah
  • Bawang merah besar sebelah
  • Lada kecil (ikut nak kepedasan)
  • Lada merah besar 1 biji
  • Air asam jawa 
  • Belacan (di bakar dulu baru sedap)
  • Garam dan gula

Cara-cara:

  1. Blender laa jangan lumat sangat.
  2. Siap boh laaa dalam mangkuk
  3. Hiris bawang besar merah tomato lada kecil
  4. Perah asam limau kasturi
  5. Pastu rasa laaa. dah ok ke tak
  6. Pastu kalau dah sedap.. boleh laaa di gaul sama daging yang telah di rebus.. Selamat mencuba.. .
Kongsi Resepi: kak ja

daging masak kurma


Resepi Daging Masak Kurma 

Bahan- bahan dan cara memasak :

  1. Blend bawang merah  , putih , halia , serai , cili api , kunyit hidup
  2. Rebus daging potong
  3. Tumis bahan blend..
  4. Masukkan serbuk kurma
  5. Masukkan daging asam keping
  6. Masak hingga garing. 
  7. Perasakan..siap!
Kredit Resepi : eda arina via mahn


daging dendeng


Resepi Daging Dendeng

Bahan -bahan :
  • 400 gram daging
  • 400 gram bawang besar (blend)
  • cili kering ikut nak pedas mana
  • sedikit air asam jawa
  • sedikit bancuhan belacan
  • garam
  • gula
  • kicap manis secukup rasa *saya tambahkan kicap pekat untuk warna

**daging dengan bawang sama banyak. nak buat kuantiti banyak mana boleh olah sendiri.

cara - cara : 
  1. Rebus daging hingga empuk
  2. Lepas tu hiris dan tumbuk
  3. Lepas tu goreng daging tadi sekejap atau separuh garing 
  4. Angkat dan ketepi kan
  5. Tumis bawang besar tadi sehingga garing dan kering.
  6. Masukkan cili kering dan tumis hingga naik minyak.
  7. Kemudian masukkan daging yang di goreng tadi air asam , belacan , garam , gula , kacau hingga agak kering dan siap

rendang daging



Resepi Rendang Daging

Bahan - bahan :
  • 2 kg daging
  • 6 biji bawang sederhana besar
  • 8 ulas bawang putih
  • Sebesar 2 jari halia
  • Sebesar 2 jari kunyit hidup
  • Sedikit lengkuas
  • 6 batang serai
  • Cili kering blend lebih kurang 2 senduk
  • Santan kotak 500ml
  • Kerisik
Cara-cara : 
  1. Bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, serai, kunyit hidup dan serai diblend.
  2. Masukkan dalam kuali bersama dengan cili kering blend. 
  3. Lepas tu daging. Kacau supaya bahan blend semua rata dengan daging
  4. Masukkan santan. Kacau lagi. 
  5. Masak rendang daging api jangan kuat dan sederhana je. 
  6. Bila dah hampir nak kering masuk kerisik dan daun kunyit hiris, daun limau purut, asam keping. 
  7. Jangan lupa garam, serbuk perasa dan sedikit gula. Opah guna gula melaka dan sedikit gula pasir.
credit : Norsiah Zakaria‎ #mahn

daging masak hitam


Resepi Daging Masak Hitam 

Bahan - bahan :

Bahan menumis A
  • Kulit kayu manis (1-2 batang)
  • Buah Pelaga ( 1-4 biji)
  • Bunga Lawang (1-3 biji)
  • Serai ( 2 batang diketuk)
  • Daun Kari ( ikut suka)
Bahan Menumis ( BLENDER)
  • Bawang Putih ( 4 ulas)
  • Bawang Besar ( 2 ulas)
  • Halia ( sebesar ibu jari)
  • Serai ( 2 batang)
Cara - cara : 
  1. Blender bahan - bahan di atas sampai lumat kemudian tumis dengan bahan bahan A sampai naik bau wangi.
  2. Seterusnya BLENDER sekali lagi bahan- bahan berikut: Cili Kering( agak-agak ya, kalau nak pedas boleh letak banyak) Bawang Besar ( 2 ulas lagi. Masak hitam ini lagi bawang besar banyak lagi sedap) Perencah Kari Daging ( jenama apa pon tak apa. Saya letak setengah je )
  3. Bila bahan yang ditumis tadi dah kering sedikit masukkan bahan bahan yang baru diblender tadi.
  4. Masak sampai pecah minyak.
  5. Sambil- sambil tu rebus daging. Air daging jangan dibuang ya.
  6. Dah pecah minyak masukkan : air daging  , daging . kicap kipas udang atau kipas mudim
  7. Last sekali masukkan : garam , gula , ajinomoto . perencah masakkan mengikut citarasa anda
  8. Perlahankan api biar masak sampai agak kering sedikit tutup api dan hidangkan 
Credit : Najwatul Farhana Md Fazli #mahn


DAH PERNAH RASA DAGING HARIMAU MENANGIS YANG VIRAL TU ? KALAU BELUM.. SILA ORDER SEKARANG !!!

30 Cadangan Resepi Menu Berbuka Puasa Dan Bersahur Selama Sebulan

 
30 Cadangan Resepi Menu Berbuka Puasa Dan Bersahur Selama Sebulan

30 Cadangan Resepi Menu Berbuka Puasa Dan Bersahur Selama Sebulan

HARI PERTAMA : KETAM MASAK LEMAK CILI API

ketam masak lemak cili padi
kredit gambar Facebook Shima


Bahan-bahan

  • 250g ketam (dibersihkan)
  • 7 biji cili hijau
  • 1½ cawan santan kelapa yang di parut
  • 1 keping asam gelugur
  •  ½ sudu kecil serbuk kunyit
  • ½ sudu besar garam secukup rasa
  •  ½ sudu kecil perasa


Cara-cara memasak

  1.  Masukkan ketam ke dalam periuk, masukkan serai, cili hijau, santan, asam keping, garam secukup rasa, perasa dan kunyit .
  2.  Masak selama 5-7 minit.
  3.  Siap, angkat dan hidangkan.


HARI KEDUA : AYAM SOS LEMON MADU

ayam masak lemon
kredit gambar Jom Masak


Bahan-bahan

  • dada ayam 500g (potong ikut suka)
  • tepung serbaguna (secukupnya)
  • telur sebiji (kacau)
  • madu 4 sudu besar
  • lemon 2 biji (ambil jus)


Cara-cara memasak

  1. Celupkan ayam dengan telur kemudian golek-golek atas tepung sehingga rata.
  2. Panaskan minyak, goreng hingga garing, angkat dan ketepikan.
  3. Untuk sos, campurkan madu dan jus lemon,kacau sebati dan masukkan ayam, gaul rata.
  4. Hias dengan hirisan lemon dan daun sup. Siap!


HARI KETIGA : PARI ASAM PEDAS

pari asam pedas
kredit Facebook MakNdak Uyul


Bahan-bahan

  • 6 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • ½ inci kunyit
(Semua bahan hendaklah ditumbuk)
  • 4 sudu besar cili boh (rendam cili kering, tos dan kisar)
  • ½ cawan air asam jawa
  • 3 cawan air
  • 250g ikan pari (dipotong kecil)
  • 2 tangkai daun kesum
  • sayur masin (jika suka)
  • bendi
  • 3 sudu minyak masak
  • garam, gula dan sedikit lada hitam


Cara-cara memasak

  1. Panaskan minyak di dalam periuk yang sederhana besar. Tumiskan bahan kisar hingga wangi.
  2. Masukkan cili boh, kacau dan biarkan hingga terbit minyak.
  3. Masukkan daun kesum. Masukkan pula air asam jawa dan kacau sebati.
  4. Masukkan ikan pari, sayur masin dan air. Biarkan mendidih dan kecilkan api.
  5. Masukkan garam, gula dan lada hitam.
  6. Masukkan bendir dan biarkan seketika sehingga bendir masak.


HARI KEEMPAT  : SOTONG SAMBAL TUMIS HALIA

sotong sambal tumis halia
kredit gambar Darnisha HQ


Bahan-bahan

  • sotong (direbus)
  • cili kering (direndam dan dimesin)
  • bawang merah, bawang putih dan halia (dimesin)
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan sedikit gula


Cara-cara memasak

  1. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dimesin tadi sehingga wangi.
  2. Masukkan cili dan tumiskan sehingga agak garing. Kemudian masukkan air asam jawa, garam dan sedikit gula.
  3. Biarkan seketika dan masukkan sotong. Kacau sehingga sebati dan biarkan untuk beberapa minit lagi.


HARI KELIMA  : SAMBAL CILI IKAN BILIS PETAI

sambal cili ikan bilis petai
kredit Senangnya masak


Bahan-bahan

  • ikan bilis 300g
  • petai 2 papan
  • bawang besar sebiji (dihiris)
  • bawang putih 3 ulas (ditumbuk)
  • cili merah sebiji (ditumbuk)
  • cili padi 20 biji (ditumbuk)
  • garam secukup rasa


Cara-cara memasak

  1. Goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
  2. Tumiskan bawang, dan bahan yang ditumbuk sehingga naik bau.
  3. Masukkan garam, gaul sebati.
  4. Masukkan ikan bilis dan petai, gaul rata. Siap!


HARI KEENAM  : AYAM PAPRIK

ayam masak paprik
kredit Koleksi Resepi Masakan Ayam


Bahan-bahan

  • 4 ketul ayam - dihiris kecil
  • 2 ulas bawang putih - dicincang halus
  • 1 biji bawang besar - dibelah dua dan dihiris bulat kasar
  • 1 biji cili merah - dihiris serong
  • 11 biji cili api - dipecah-pecahkan
  • 2 helai daun limau purut - disiat-siat
  • bunga kobis - dihiris kecil
  • 2 biji putik jagung - dihiris serong
  • 1/2 biji karot - dihiris serong
  • 2 biji kacang panjang - dipotong 1 inci
  • 2 sudu makan cili kering kisar
  • 2 sudu makan cili sos
  • 2 sudu makan tomato sos
  • 1 sudu makan sos tiram
  • garam
  • 1 cawan air


Cara-cara memasak

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan semua sos. Tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan isi ayam. Kacau rata hingga isi ayam layu.
  5. Masukkan air. Masak hingga mendidih.
  6. Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa. Kacau rata.
  7. Masukkan semua bahan hiris. Kacau rata. Masak hingga sayur empuk. (Kalau kuahnya pekat sangat, boleh tambah sedikit lagi air).
  8. Tutup api dan hidangkan.


*HARI KETUJUH 😘 TOM YAM THAI

tomyam thai


Bahan-bahan

  • 1 paket perencah tomyam
  • 4 biji tomato
  • 5-6 biji cili padi – ikut selera masing2
  • 3 batang serai – diketuk
  • 4 helai daun limau purut
  • 1 batang lobak merah, sedikit cendawan
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 biji bawang besar
  • 1 cm lengkuas
  • lauk – ayam/sotong/daging/ketam/udang
  • 2 sudu besar sos tiram – optional
  • 2 sudu besar sos cili dan sos tomato


Cara-cara memasak

  1. Kisar (2 ulas bawang merah + 1 batang serai + 1 1/2 biji tomato + 3 biji cili padi).
  2. Massukkan bahan kisar tadi dalam kuali dan 1 paket perencah tomyam. Tumiskan dan masukkan air secukupnya.
  3. Masukkan pula lobak merah.
  4. Setelah lobak merah empuk masukkan lebihan cili padi, serai yang telah diketuk, lengkuas yang dihiris, bawang besar, gula, garam. Kalau nak lagi sedap boleh tambah 2 sudu sos tiram, 2 sudu sos cili dan 2 sudu besar sos tomato.
  5. Bila dah mendidih boleh masukkan isi ayam, udang, sotong dan sebagainya.
  6. Kemudian masukkan tomato,cendawan dan daun limau purut.
  7. Siap untuk dihidang


HARI KELAPAN : SAMBAL TUMIS DAGING

sambal tumis daging
kredit Resepi Sambal


Bahan-bahan

  • daging
  • bawang putih, bawang kecil dan bawang besar (dihiris)
  • cili kering (direndam dan dimesin)
  • air asam jawa
  • sedikit gula dan garam


Cara-cara memasak

  1. Tumis bawang putih, bawang kecil dan bawang besar hingga wangi.
  2. Masukkan cili mesin dan kacau biar sebati.
  3. Masukkan gula, kacau.
  4. Masukkan daging dan air asam jawa. Kacau dan biarkan hingga agak garing.
  5. Masukkan garam dan kacau. Dengan api yang kecil biarkan hingga sambal garing dan terbit minyak.


HARI KESEMBILAN :  AYAM MASAK HALIA

ayam masak halia
kredit Resepi Aqilah 


Bahan-bahan

  • 500 gram ayam, potong kecil
  • 4 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 2 cm halia, dihiris halus memanjang
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 biji bawang besar, hiris nipis membulat
  • 1 biji cili merah, hiris nipis
  • 1 tangkai daun bawang, hiris panjang 2cm cm
  • 1 1/2 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
  • minyak masak, untuk goreng ayam
  • sedikit lada sulah atau lada hitam
  • sedikit garam dan kunyit
  • garam dan gula, secukup rasa


Cara-cara memasak

  1. Panaskan minyak. Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Ambil sedikit minyak dari baki gorengan ayam tadi anggaran 1/2 senduk dan tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau.
  3. Masukkan kembali ayam yang digoreng separuh masak tadi.
  4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair, dan sedikit taburan lada putih. Kacau seketika (jaga jangan sampai bawang putih hangus).
  5. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat. Tambah sedikit lagi air jika anda suka lebih kuah.
  6. Taburkan dengan cili merah dan bawang besar dan kacau selama 2-3 minit sebelum diangkat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  7. Angkat dan tabur dengan daun bawangdan. Hidangkan bersama nasi panas.


HARI KESEPULUH : SUP IKAN MERAH

sup ikan merah
kredit Hazliana Hazrah Al Ghifarry


Bahan-bahan

  • ikan merah
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • sedikit halia
  • kayu manis, bunga lawang dan pelaga
  • lada hitam biji - tumbuk
  • sup bunjut ikan Adabi


Cara-cara memasak

  1. Didihkan air secukupnya bersama sup bunjut ikan, bawang merah, bawang putih, halia yang dihiris, kayu manis, bunga lawang dan pelaga.
  2. Biarkan air menggelegak sebelum dimasukkan ikan.
  3. Akhirnya masukkan lada hitam dan garam secukupnya.
  4. Taburkan daun sup san bawang goreng. Tutup api dan sedia dihidangkan.


HARI KESEBELAS : SOTONG MASAK LEMAK PADANG

sotong masak lemak padang
kredit Resepi Kanda Dinda


Bahan-bahan

  • 1 kg sotong - cuci bersih dan potong
  • 3 biji bawang besar - belah 4
  • 2 biji tomato - belah 4
  • 2 batang serai - di titik
  • 3 biji ubi kentang - belah 4
  • 3 camca minyak untuk menumis
  • 500 ml santan
  • air secukupnya
  • garam secukup rasa


Bahan kisar

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci kunyit hidup
  • 2 inci halia
  • 5 tangkai cili merah


Cara-cara memasak

  1. Panaskan minyak
  2. Tumiskan bahan kisar hingga harum dan terbit minyak
  3. Kemudian masukkan bawang besar, serai, ubi kentang, tomato, sotong santan dan air
  4. Kacau biar sebati
  5. Kemudian renihkan dan sesekali di kacau supaya santan tidak pecah minyak.


HARI KEDUA BELAS : AYAM GORENG MADU

ayam goreng madu
kredit Syira Yot


*Tips: kalau nak gantikan madu dengan gula pun boleh, sekiranya tak ada stok madu kat rumah.


Bahan-bahan

  • ayam 8 ketul (direbus)
  • bawang merah 5 biji (dikisar)
  • bawang putih 6 ulas (dikisar)
  • halia 1 inch (dikisar)
  • kicap cair 1 sudu besar
  • kicap pekat 1 sudu besar
  • sos tiram 1 sudu besar
  • madu 1 sudu besar
  • minyak untuk menggoreng.


Cara-cara memasak

  1. Rebuskan ayam sehingga separuh masak.
  2. Campurkan bahan kisar, kicap cair, kicap pekat, sos tiram dan madu, bersama ayam,
  3. Gaul rata, perap ayam dalam peti ais selama 2 jam.
  4. Panaskan minyak, goreng ayam sehingga garing, tapi jangan terlalu lama sebab ayam sudah separuh masak.
  5. Siap! Sedia untuk dihidangkan. 


HARI KETIGA BELAS : TELUR MATA GORENG BAWANG DAN CILI

telur mata goreng bawang dan cili
kredit OH Bulan


Tips: Nak dapat telur mata yang gebu macam kat kedai tu, minyak kena banyak. Masa goreng telur, biarkan kuning telur sedikit cair.


Bahan-bahan

  • telur 3 biji
  • bawang besar sebiji (dihiris)
  • cili padi 8 biji (belah 2)
  • kicap secukupnya
  • garam secukupnya
  • minyak untuk menggoreng


Cara-cara memasak

  1. Panaskan minyak, goreng telur, angkat dan ketepikan.
  2. Tumis bawang besar dan cili padi sehinggasedikit layu, masukkan garam, gaul sebati.
  3. Tuangkan atas telur tadi dan tuangkan sedikit kicap. Siap!


HARI KEEMPAT BELAS : MASAK LEMAK CILI API SIPUT SEDUT

siput sedut masak lemak cili padi
kredit MamyEkin Manjung


Bahan-bahan

  • 1kg siput sedut
  • 5 ulas bawang merah - kisar halus
  • 3 ulas bawang putih - kisar halus
  • 2 inci kunyit hidup - kisar halus
  • 2 inci halia - kisar halus
  • 15 tangkai cipi padi - kisar halus
  • 2 batang serai - di titik
  • 500ml santan


Cara-cara memasak

  1. Siput sedut diberus hingga bersih.
  2. Rendam sebentar dalam air garam untuk membuang kotoran seperti pasir dan lumpur.
  3. Potong bahagian ekornya, cuci bersih dan toskan.
  4. Panaskan minyak, tumis bahan yang di kisar hingga harum.
  5. Masukkan santan, serai dan siput.
  6. Kacau perlahan atas api sederhana hingga masak
  7. Perasakan dengan garam, masak hingga kuah sedikit pekat. Sedia di hidangkan.


HARI KELIMA BELAS : SIAKAP STIM LIMAU NIPIS

siakap stim limau



Bahan-bahan

  • 1 ekor ikan siakap siap siang cuci bersih
  • 1 labu bawang merah/besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 batang serai
  • 5 biji cili padi
  • 1 biji limau nipis ambil jus nya
  • 1sudu sos tiram
  • sepokok daun ketumbar
  • setengah batang carrot
  • semangkuk bunga kobis
  • setengah biji Lada bengala
  • garam dan gula secukup rasa


Cara-cara memasak

  1. Guna kuali yang muat seekor ikan siakap diatas dapur. Masukkan ikan yang dah dicuci bersih.
  2. Potong dadu bawang merah, Bawang putih dan halia taburkan atas ikan.
  3. Hiris nipis serai dan tabur juga ke atas ikan dalam kuali.
  4. Hiris cili ketepikan.
  5. Potong carrot, bunga kubis dan lada bengala ikut bentuk disukai dan ketepikan.
  6. Curah air kedalam kuali sehingga hampir tengelam ikan. Hidupkan api dapur tahap sederhana. Tutup kuali. Biar air mendidih dan biar ikan hampir masak.
  7. Agak ikan hampir masak, kecilkan api. Masukan garam gula sos tiram, jus limau, sayuran dan daun ketumbar. Gaul kuahnya perlahan-lahan. Rasakan ikut hati dan siap


HARI KEENAM BELAS : UDANG KICAP PEDAS

udang kicap pedas
kredit Ariff Budiman Zainal Abidin


Bahan-bahan

  • 400 gram udang
  • 1 biji (kisar) bawang besar
  • 2 biji (kisar) bawang putih
  • 1/2 inci (kisar) halia
  • 3 sudu (saya dah blend siap2) cili kering
  • 1 biji cili merah
  • 4 sudu kicap pekat
  • 2 sudu sos tiram
  • 1 sudu gula
  • secukup rasa (jika perlu) garam
  • 1/4 cawan air


Cara-cara memasak

  1. Panaskan minyak kemudian masukkan bahan yang dikisar untuk ditumis - bawang besar, bawang putih dan halia.
  2. Masak hingga kekuningan kemudian masukkan cili kering yang telah di kisar. Tumis hingga naik minyak.
  3. Masukkan kicap pekat dan sos tiram. Tumis seketika kemudian masukkan udang.
  4. Masukkan air supaya ada kuah sedikit. Dan akhir skali masukkan cili merah. Jika perlu masukkan garam secukup rasa.
  5. Siap untuk dihidang.


HARI KETUJUH BELAS :  AYAM PERCIK BAKAR

ayam percik bakar
kredit Qaisara Qistina


Bahan-bahan

  • ayam
  • cili kering (suka pedas lebihkan)
  • bawang kecik
  • bawang putih
  • halia
  • lengkuas

(semua bahan-bahan diatas dikisar)

  • serai (titik)
  • 3 serangkai
  • santan
  • gula
  • garam kasar
  • asam keping


Cara-cara memasak

  1. Masukkan semua bahan dalam periuk/kuali kecuali gula.
  2. Bila ayam separuh masak,keluarkan ayam dan bakar..
  3. Kuah lebihan rebus ayam tadi campurkan lagi sedikit santan dan gula dalam 4 ke 5 sudu.
  4. Masak sampai pekat likat, sebatikan rasa masam masin sedikit, manis kena lebih.
  5. Siap untuk dihidang.


HARI KELAPAN BELAS : IKAN SELAR GORENG SAMBAL CILI API PETAI

ikan selar goreng sambal cili api petai


*Tips : Petai dimasukkan akhir sekali, supaya petai nampak segar dan tak layu.


Bahan-bahan

  • ikan selar 8 ekor
  • serbuk kunyit+sedikit garam
  • petai 2 papan
  • bawang besar sebiji (dihiris)
  • bawang putih 2 ulas (ditumbuk)
  • cili padi 15 biji (ditumbuk)
  • garam secukup rasa
  • minyak (untuk menggoreng+menumis)


Cara-cara memasak

  1. Lumurkan ikan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam, gaul sekata.
  2. Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing kemudian angkat dan ketepikan.
  3. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar hingga layu dan tumis bahan yang ditumbuk
  4. sehingga naik bau.
  5. Masukkan garam, kacau sebati, akhir sekali masukkan petai, gaul rata.
  6. Tuangkan bahan tumis bersama petai tadi atas ikan goreng, siap!


HARI KESEMBILAN BELAS : DAGING MASAK BLACK PEPPER

daging masak black pepper
kredit : Periuk Noxxa & Resepi


*Tips : Untuk mendapatkan daging yang lembut pastikan ianya tidak di masak terlalu lama di atas api yang besar.


Bahan-bahan

  • 500g daging (bahagian batang pinang)
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar sos tiram
  • kicap manis
  • 1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk kasar)
  • 2 tangkai cili merah (potong kasar)
  • bawang besar holland
  • 2 sudu kecil tepung jagung


Cara-cara memasak

  1. Panaskan 2 senduk minyak, goreng daging selama 3-4 minit. Angkat dan asingkan.
  2. Kurangkan sedikit minyak tadi kepada angggaran 1/2 senduk minyak, tumis bawang putih dan masukkan lada hitam.
  3. Masukkan kicap dan serbuk lada hitam, kacau sebentar dam masukkan daging.
  4. Masak menggunakan api besar dan kerapkan mengacau bahan dalam kuali.
  5. Kemuduan tambah bancuhan tepung jagung dan bawang besar. Apabila kuah menjadi pekat padam api dan hidangkan. Hiaskan dengan taburan daun bawang.


HARI KEDUA PULUH : SAMBAL TUMIS KERANG

sambal tumis kerang
kredit : Periuk Noxxa dan Respi


Bahan-bahan

  • 3-4 kg kerang - direbus dan ambil isinya
  • 3 ulas bawang putih - ditumbuk/kisar
  • 2 biji bawang besar - ditumbuk/kisar
  • 3 sudu(kurang atau lebih) cili yang telah dikisar
  • 2 biji bawang besar - dihiris
  • 1 cm (sedikit saja) belacan(jika suka) - kisar/tumbuk bersama bawang
  • 1 sudu besar air asam jawa
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak untuk menumis
  • sedikit air jika perlu.


Cara-cara memasak

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga masak dan pecah/terbit minyak.
  2. Masukkan kerang, hirisan bawang besar dan air asam jawa. Gaul rata.
  3. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Jika inginkan kuah, tambahkan air.
  4. Apabila kerang sudah sebati dengan sambal, bawang sudah masak bolehlah diangkat.


HARI KEDUA PULUH SATU : UDANG GORENG BUTTER TELUR MASIN

udang masak butter telur masin
kredit Pesan Bonda


Bahan-bahan

  • 500 gm udang
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • minyak
  • 3-5 sudu besar butter
  • 6 ulas bawang putih - dicincang
  • 15 biji cili padi - dihiris serong
  • 4 tangkai daun kari
  • 2 biji telur masin - direbus & hancur
  • 2 sudu kecil gula
  • 10 sudu besar susu cair/susu segar
  • 1 sudu kecil tepung jagung


Cara-cara memasak

  1. Telur masin rebus dibuang kulit dan dihancurkan. Ketepikan.
  2. Udang dibersihkan dan digaul dengan garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak dan goreng sekejap sehingga udang berubah warna. Angkat dan ketepikan (buangkan semua lebihan minyak).
  3. Panaskan kuali masukkan butter, tumis bawang putih, daun kari dan cili padi hingga wangi dan masukkan telur masin yang dihancurkan tadi.
  4. Kemudian masukkan susu segar dan gula. (tak perlu letak garam sebab dah ada rasa masin dari telur masin)
  5. Kacau rata dan masukkan udang. Kacau lagi. Masukkan bancuhan tepung jagung dengan air untuk memekatkan kuahnya. Masak seketika, kemudian bolehlah dihidangkan.


HARI KEDUA PULUH DUA  : KARI AYAM NYONYA

kari ayam nyonya
kredit Resepi Masakkan Menu Malaysia


Bahan-bahan

  • ayam 1/2 ekor
  • santan 1 bungkus kecil
  • bawang merah 6 ulas
  • bawang putih 4 ulas
  • serai 3 batang hiris
  • lengkuas 1 inci
  • halia 1 inci
  • kunyit hidup 1 inci
  • buah keras 4 biji
  • cili kering ikut pedas
  • cili masak 2
  • serbuk rempah daging 1 sudu besar


Cara-cara memasak

  1. Blend semua bahan kecuali ayam dan rempah.
  2. Seterusnya tumis dan masukkan rempah kari, daun kari.
  3. Kacau sehingga wangi dan masukkan ayam, santan, kentang dan daun limau purut.
  4. Siap untuk dihidangkan.


HARI KEDUA PULUH TIGA : SINGGANG SOTONG

singgang sotong
kredit Buku Resepi Cik Bunga April


Bahan-bahan

  • 10-13 ekor sotong
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 2-3 biji cili hijau
  • garam,gula dan pasti sedap knor secukup rasa


Cara-cara memasak

  1. Bersihkan sotong. Buang dakwat hitam dan isi perutnya. Masukkan dalam periuk.
  2. Hiris bawang merah + putih dan ketuk serai. Masukkan semuanya dalam periuk sotong. Masukkan juga cili hijau.
  3. Masukkan air. Jangan banyak sangat, agak-agak tenggelam sotong. Masak hingga menggelegak. Tambah garam, gula dan pasti sedap knorr secukup rasa.


HARI KEDUA PULUH EMPAT : SIAKAP 3 RASA

siakap tiga rasa
kredit Restoran Singgah D Klasik


Bahan-bahannya


Untuk Ikan:

  • 2 ekor ikan siakap
  • tepung jagung untuk dilumur pada ikan
  • serbuk Pasti Sedap Knoor
  • minyak untuk menggoreng ikan


Untuk Kuah:

  • 2 biji bawang besar - dipotong dadu
  • 6 biji bawang putih - dititik
  • 10 biji cili padi - dipotong kecil
  • 1 inci halia - dihiris halus
  • 1 biji tomato - dipotong dadu
  • 1/2 biji cili benggala - dipotong dadu
  •  kiub nanas - boleh beli yang siap ditinkan
  • 4 sudu besar sos tomato
  • 4 sudu besar sos cili thai
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 2 batang serai - dititik
  • beberapa helai daun limau purut
  • daun sup/daun bawang untuk hiasan
  • garam secukup rasa
  • ajinomoto secukup rasa
  • gula secukup rasa
  • minyak untuk menumis


Cara-cara memasak

  1. Ikan dibersihkan dan ditoskan
  2. Lumurkan ikan dengan serbuk pasti sedap knoor. Pastikan semua bahagian dilumur rata. Kemudian, lumurkan pula dengan tepung jagung. Lumur kedua-dua belah bahagian ikan termasuk bahagian dalam.
  3. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas barulah dimasukkan ikan tadi. Goreng terendam ikan tersebut. Setelah ikan garing, angkat dan ketepikan
  4. Panaskan minyak dalam kuali yang lain. Tumiskan cili padi, halia, serai, dan bawang putih.
  5. Setelah bawang agak layu, masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, sos ikan, dan 3 sudu jus nanas di dalam tin. Kacau sebentar.
  6. Masukkan bawang besar, tomato, nenas, dan cili benggala.
  7. Masukkan air sedikit. Tambahkan garam, gula dan ajinomoto.
  8. Biarkan kuah mereneh seketika. Setelah kuah agak pekat, angkat dan curahkan di atas ikan yang telah digoreng tadi. Taburkan daun sup/daun bawang.


HARI KEDUA PULUH LIMA : SUP TELUR

sup telur
Kredit Resepi Ibu


Bahan-bahan

  • 4 biji telur
  • 2 biji kentang (potong kecil)
  • 1 batang carrot (potong kecil)
  • 1 pokok sawi minyak ata kailan (potong pendek)
  • air secukupnya
  • minyak
  • garam


Bahan tumis (tumbuk kasar)

  • 3 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 s/k lada hitam


Cara-cara memasak

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
  2. Masukkan air secukupnya dan masukkan kentang dan carrot. Biarkan mendidih dan lembut.
  3. Masukkan telur masa air menggelegak.
  4. Bila dah nampak telur masak baru masukkan sawi dan tutup api.
  5. Hidangkan.


HARI KEDUA PULUH ENAM : DAGING GORENG BEREMPAH

daging goreng berempah
kredit : Resepi mudah dan sedap noxxa


Bahan-bahan

  • 250 g daging lembu (dipotong)
  • 1 labu bawang besar (saiz kecil)
  • 1/2 inci halia (dihiris)
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 sudu makan penuh serbuk kari
  • 1 biji tomato (potong 6)
  • daun bawang (dipotong)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil kicap manis
  • sedikit garam dan serbuk kunyit
  • sedikit minyak


Cara-cara memasak

  1. Daging yang telah digaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Masak dalam kuali untuk dikeringkan airnya.
  2. Jika daging belum empuk masukkan sedikit air lagi dan masak sehingga daging empuk.
  3. Jika daging telah lembut masukan sedikit minyak dan bahan-bahan yang telah dihiris tadi, goreng seketika.
  4. Masukkan serbuk kari, sos, kicap manis dan sedikit air. Kacau hingga kering sedikit.
  5. Sesuaikan rasa masukkan buah tomato dan daun bawang. Angkat dan hidangkan.


HARI KEDUA PULUH TUJUH  :  TELUR BUNGKUS

telur bungkus
kredit Ilham Resepi


Bahan-bahan

  • 2 keping isi ayam dipotong kecil-kecil
  • 1/2 biji bawang holland dicincang halus
  • 1 biji tomato dubuang biji dan didadu kecil
  • 1/2 batang daun saderi didadu kecil
  • 1/2 peket sayur campur (carrot, jagung, kacang peas)
  • 1 biji cili merah
  • 2 sudu sos tomato
  • 2 sudu sos cili
  • 1 sudu sos tiram
  • sedikit hirisan daun sup atau daun ketumbar
  • secubit garam jika perlu
  • minyak untuk menumis
  • 2 biji telur ayam


Cara-cara memasak

  1.  Panaskan minyak dan tumis bawang holland sehingga sedikit layu
  2. Masukkan hirisan dada ayam dan kacau seketika biarkan sehingga isi ayam masak
  3. Masukkan hirisan tomato, batang saderi ,cili merah serta sayur campur dan dikacau rata
  4. Perasakan dengan sos cili,sos tomato dan sos tiram dan kacau lagi.
  5. Taburkan secubit garam jika perlu
  6. Sebelum diangkat boleh la ditaburkan daun sup atau daun ketumbar.
  7. Dalam kuali berasingan, panaskan minyak dan seratakan keliling kuali
  8. Pukul telur ayam tadi dan goreng dalam kuali dengan kaedah melenggangkan kuali sehingga telur sekata
  9. Letak kan inti ditengah-tengah dan bungkuskan telur tersebut
  10. Biarkan telur garing seketika dan boleh lah diterbalik kan ke dalam pinggan.


HARI KEDUA PULUH LAPAN : IKAN PERCIK

ikan percik
kredit Mingguan Wanita


Bahan-bahan

  •  ikan kembung/bawal
  • santan pekat
  • 5 biji bawang merah
  • 1 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 batang serai
  • 1 keping asam keping
  • kunyit
  • garam
  • gula


Cara-cara memasak

  1. Lumurkan ikan dengan kunyit dan garam kemudian bakar dan asingkan
  2. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia dengan santan.
  3. Masakkan di dalam kuali/periuk
  4. Masukkan serai yang diketuk dan asm keping
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Biarkan kuah percik yang dimasak benar-benar pekat.
  7. Setelah masak curahkan ke atas ikan yang dibakar tadi.


HARI KEDUA PULUH SEMBILAN : GULAI DAGING KERISIK

gulai daging kerisik
Kredit : Soul Sweet Kitchen


Bahan-bahan

  • 450gm daging | hiris nipis
  • 3 biji kentang kecil | kupas kulitnya
  • 1 labu bawang besar | hiris
  • 3 ulas bawang merah | tumbuk
  • 2 ulas bawang putih | tumbuk
  • 1/4cm halia | dipotong panjang
  • air secukupnya
  • 1/2 cawan santan pekat
  • 2 sudu kerisik
  • 2 sudu besar minyak
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 3 sudu besar rempah kari daging
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 kelopak bunga lawang
  • 1 cm kulit kayu manis


Cara-cara memasak

  1. Sediakan periuk, satukan daging yang telah dibersihkan dengan rempah, bunga cengkih, bunga lawang, pelaga, kulit kayu manis, halia, bawang tumbuk dan air didihkan di atas dapur hingga empuk.
  2. Tuangkan santan serta sedikit lagi air, biarkan mendidih sekali lagi sebelum dimasukkan kentang.
  3. Apabila empuk masukkan kerisik, garam dan sedikit sahaja gula sekadar pelengkap rasa.
  4. Biarkan gulai masak sempurna, angkat periuk dan letakkan ke tepi.
  5. Panaskan minyak masak yang dicampur dengan minyak sapi dalam sebuah kuali kecil, goreng bawang besar hiris hingga kuning.
  6. Tuangkan minyak bersama bawang ke dalam gulai dan tutup periuk cepat-cepat agar aromanya tidak keluar.


HARI KETIGA PULUH : AYAM GORENG LEMON

ayam masak lemon
kredit Ilham Media


Bahan-bahan

  • 3 sudu minyak zaitun
  • 6 ketul peha ayam
  • garam & lada hitam
  • 1 biji bawang holand (dihiris kasar)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 6 biji kentang (dihiris halus)
  • 1 cawan air rebusan ayam
  • ½ epal cider
  • 2 sudu perahan lemon
  • beberapa batang rosemery
  • herba thyme


Bahan perhiasan

  • ½ hirisan keju parmesan
  • 6 – 10 hirisan lemon


Cara-cara memasak

  1. Panaskan minyak zaitun di dalam periuk (pan) dengan api yang sederhana.
  2. Perapkan ayam dengan garam dan lada hitam selama beberapa minit.
  3. Bakar ayam dalam periuk sehingga keperangan.
  4. Kemudian, asingkan ayam dan tambahkan sedikit minyak ke dalam periuk.
  5. Mula mengoreng bawang dan biarkan ia selama 1 minit.
  6. Campakkan bawang putih ke dalam periuk dan gaulkan selama 30 saat.
  7. Masukan kentang dan taburkan garam dan lada hitam kedalamnya.
  8. Selepas itu, masukan air rebusan ayam dan masukan sedikit epal cider di dalam periuk.
  9. Gaul sehingga rata dan campakkan beberapa batang daun rosemary.
  10. Biarkan sehingga mendidih dan masukan semula ayam yang telah di asingkan sebentar tadi.
  11. Tutup periuk dan biarkan ia dengan api sederhana sehingga ayam benar-benar masak dan kentang menjadi empuk.
  12. Alihkan penutup dan masukan air perahan lemon.
  13. Kacau sehingga rata dan taburkan keju parut dan hirisan lemon sebagai pelengkap hiasan sebelum dihidangkan.


Selamat Menjamu Selera.

klik sini untuk lebih banyak RESEPI