SERONOKNYA DAPAT MAKAN AIS KEPAL..SLRUPPP...KOPITIAM INI BUKAN BIASA-BIASA!!

Image may contain: one or more people

SERONOKNYA DAPAT MAKAN AIS KEPAL..SLRUPPP...KOPITIAM INI BUKAN BIASA-BIASA!!

Menggamit kenangan zaman kanak-kanak kita! Itu yang terlintas di fikiran aku sewaktu melangkah kaki masuk ke kopitiam ini. Melihat menu-menu yang disediakan mampu buat aku senyum kegembiraan. Kerana pada aku , tempat makan bukan hanya sekadar dapat menghilangkan rasa lapar , tetapi ianya juga dapat menyatukan rasa bahagia bersama keluarga dan yang tersayang. Kopitiam ini bukan lah kopitiam yang biasa-biasa kita tengok.
Image may contain: food
Image may contain: 2 people, including Nur Farahain, people eating, icecream, dessert and food
Kenapa? Jarang sekali aku melihat kopitiam menghidangkan ais kepal! Selalu orang datang semestinya mahu mengopi sahaja. Hahaha. Itu matlamat utama kebiasaan orang datang ke kopitiam. Tapi , kopitiam ini special betul. Menghidangkan ais kepal mampu menyejukkan tekak serta dapat memberikan kegembiraan kepada kanak-kanak. Ini secara tak langsung dapat menghilangkan rasa stress mak-mak kerana anak-anak tak nak minum 'air orang tua' . Hahaha. 

Yelah , air orang tua mana ada kanak-kanak suka. Mungkin ada , tapi jarang- jarang kita lihat kanak-kanak suka minum kopi. Tapi , cuba beri mereka dengan ais kepal yang berwarna-warni serta pelbagai rasa tu.. Komfom terus ceria memanjang.
Image may contain: 4 people, people smiling, food

Selain itu , untuk bulan Ramadhan ini juga terdapat beberapa menu yang disajikan antaranya ialah Nasi Ambeng! Ini menu kebanggaan orang Johor. Boleh dikatakan Nasi Ambeng ni memang menu wajib ada untuk orang Johor. Ditambah lagi dengan waktu berpuasa. Mak oi , time tu la ikan kering pun kita nampak sedap giler! Hahaha.

Kepelbagaian menu yang disajikan di The Straits Kopitiam ini mampu membuatkan pengujung yang datang kesini berpuas hati. Sebab itu aku katakan kopitiam ini bukan biasa-biasa! Terliur bukan melihat gambar-gambar makanan yang ada di sini?! Apa tunggu lagi , simpan entri ini dan kongsikan bersama kawan-kawan dan keluarga anda. Jadikan The Straits Kopitiam ini sebagai pilihan tempat makan and bila berada di Ulu Tiram Johor. Opps, khabarnya ada lagi tempat yang akan dibuka. Senang cerita , ingat kopitiam bukan biasa -biasa , ingatlah itu The Straits Kopitiam!
Image may contain: 2 people, including Nur Farahain, people smiling, people eating, people sitting and food
Image may contain: people sitting and food

Boleh layari social media The Straits Kopitiam untuk maklumat lanjut :

TERSENTUH HATI SELEPAS MELIHAT VIDEO INI , LUAHAN TERBUKA UNTUK ANDA YANG BEKERJA!

Image may contain: one or more people, people sitting and people sleeping

TERSENTUH HATI SELEPAS MELIHAT VIDEO INI , LUAHAN TERBUKA UNTUK ANDA YANG BEKERJA!

Pagi ini hari yang memenatkan untuk aku. Semalam seharian aku penuh dengan event pagi sampai ke malam sampaikan aku malas gila nak angkat kepala pagi ini. Sampai semalam aku sendiri tak sedar pukul berapa aku tertidur. Begitu dasyat sekali aku yang kepenatan. Bila kepenatan dah mula menguasai diri , mula lah semuanya jadi MALAS! Semuanya jadi MERIMASKAN dan paling aku tak suka bila datang satu perasaan ini. Perasaan nak GIVE UP dari semua yang aku sedang kerjakan. 

Pagi ini juga aku hampir tarik diri dari melaksanakan beberapa job sebab aku PENAT sangat! Tapi , bila dapat kata-kata semangat dari Sis Lin , "buat lah Ain pelan -pelan ..." Aku terus rasa nak menitik air mata , aku ni memang cepat give up kan. Tapi bila dapat kata-kata semangat dari orang yang percaya aku boleh , terus aku siapkan!.

Hati ini masih lagi berat nak siapkan kerja disebabkan oleh hari ini HARI PEKERJA! Gila apa orang syok-syok bercuti aku dok sibuk depan laptop menyelesaikan kerja-kerja. Gila sangat! Sampailah aku terjumpa satu video ini. Video ini memgubah terus mood aku yang sememangnya kelaut sungguh! Aku rasa aku ni MANUSIA TAK BERSYUKUR! 

Dahla aku ni TAK CACAT , kaki tangan semua cukup tapi LEMAK sangat, bila kerja yang susah-susah terus malas dan rasa cepat give up! Ish , tak boleh jadi ni... Ain kau nak berjaya kan...kau tengok video ni..kau ingat sehari kalau dia give up , dia boleh ke capai apa yang dia ada sekarang? TAK KAN. 


Ini antara petikan dalam video yang benar- benar menyentuh hati ini :
Aku melihat ramai yg malas untuk ubah hidup sendiri  , ramai yg suke bg bermacam alasan bile bekerja, ramai yg cepat giveup bile ade cabaran !! Ramai cube memilih untuk kerja senang , taknak susah , lebih memilih kehidupan susah tanpa usaha dengan kuat , sanggup berhenti kerja dan mengangur bertahun2 atas dasar ego boleh bergerak sendiri dan sanggup melihat keluarga dan org sekeliling susah, Paling terkesan nak bg duit mak dan ayah, family pun tak mampu ... Aku sedih !!! Terdetik keinginan aku untuk bantu mereka ...  Jadi aku bangkit!!! Aku cuba buktikan pada masyarakat the best kehidupan adalah atas dasar bersyukur .. bersyukur dengan nikmat yg allah beri dan jangan sia2 kan , aku bangkit untuk beri manfaat pada org lain . Aku nak satu dunia nampak hanya 3 jari dan satu akal aku dpt melihat kegembiraan , senyuman ramai org2 disekeliling aku ..  Kini aku sedar .. untuk berjaya dlm kehidupan , pekerjaan , mahupun bisnes bukan mudah . Tetapi atas keinginan yg kuat , kasih syg yg hebat , keberanian yg tinggi , suka berlajar dan improve diri , dan juga seorang yg berkomitmen tinggi membawa aku ketahap sekarang .. Dan semua value yg ade dlm diri aku akan aku bawakan kedalam semua team aku dan masyarakat untuk mereka bangkit , bersemangat , dan berjaya !!! Akhir kata ... kalau aku ada 3 jari dan akal mampu membina kehidupan sendiri dan kebahagiaan org sekeliling .. anda ade berapa jari untuk ubah kehidupan?? Usia semakin meningkat, jangan tunggu lagi.. kite je mampu ubah diri kita!! khairulnizamofficial
  
Image may contain: 2 people, people eating and people sitting

Akhir kata dari aku , "SELAMAT HARI PEKERJA , KEHIDUPAN ADALAH DENGAN ATAS DASAR BERSYUKUR"