Susahnya nak kurus !!

Susahnya nak kurus !! 

Okay gais . topik 52 Hari ni ialah tentang "working on my fitness" . Aaaaaa... semalam kan aku pegi timbang berat aku . Rupanya aku masih stuck dekat 70+ kg . AAAA SEDIH .. Selama ni tak selalu timbang sebabnya dekat rumah tak ade . Tapi menurun la .

The last time aku timbang 75 plus , pastu 73 kg lebih , and semalam angka menunjukkan 72.8 KG . Aku SEDIH . TAPI , Aku belajar sesuatu .. Which is kalau nak sesuatu , aku kena work hard gila-gila . Insyallah , my target untuk sebulan ni atleast dapat pecah angka 7 tu pun dah okay . Tak sabar nak timbang and nampak angka 69 plus kg . Nampak 69 PON DAH START BERSYUKUR... 

Jujurnya , aku memang penakut nak timbang berat , sebab aku tahu ianya akan buat aku rasa kecewa . TAPI , kalau aku tak timbang , aku tak kan sedar .. Jenis aku pula kalau dah dapat figure macam gini , memang akan pulun betul-betul . Untuk yang tengah nak turunkan berat badan , aku nak advice yang ni . Jangan ikut orang ! Tengok diri sendiri .. rasa selesa kalau kita rasa macam dah longgar la baju kita pakai . Hakikatnya , kita tak betul-betul measure badan kita . Aku ni dah dua tiga hari carik tali pengukur kat rumah , eh tak jumpa pula. Hahhaha . Memang tak nak bagi ukur ke ape ?!.

Teringat dulu macam mana aku gila-gila turunkan berat aku memang measure weh . Aaaaa , memang nak comeback gila-gila semangat nak kurus tu . Semoga aku kuat .. Kalau kira-kira balik ..untuk capai berat yang ideal dengan ketinggian aku ni.. Aku kena buang lemak sebanyak 30 KG . 

30 KG untuk dihilangkan pada tahun 2021 . 

Nombor 30 kg ni harus disingkirkan .. Aku dah start sukat nasi yang aku ambil . Hanya sebesar penumbuk sahaja setiap hidangan . Mostly aku ambil nasi 2 kali je sehari . Lepastu aku nak kurangkan makan benda-benda jajan . AAAAAA , banyak yang kena kurangkan . 

Jujurnya , masa nampak angka 7 tu .. aku sedih . Timbang pulak dekat Tesco , takkan lah nak menangis kat situ. Hahahah . Eeee , aku tak sabar nak pecahkan angka 7 tu . 

Aku ni pendek , ketot. Tinggi 153 cm . What do you expect to carry berat macam gitu ? Aaaaa SEDIH WEH . Tapi , sedih pun kena ada effort kan . 

Doakan semoga Nur Farahain berjaya memecahkan angka 7 sebulan lepas ni . Insyallah , nanti aku update lagi eh Ain Kurus journey ni . Insyallah .

Kisah lama : Aku join jom kurus