Assalamualaikum . Memandangkan kelonggaran merentas negeri telah di war-warkan , ramai mengambil kesempatan untuk bertemu dengan kawan - kawan serta keluarga tersayang . Bukan itu sahaja , selepas berkurung terperap di rumah hampir dua tahun , kebenaran merentas negeri ini pasti membuka dan merancakkan kembali aktiviti perlancongan . Jadi nya , ain tak lepaskan peluang untuk melancong di dalam negeri Johor . Nak tahu kemana ain ? Jawapannya ialah ke Desaru . Apa yang pasti , orang selalu la sibuk bercakap tentang tempat menarik di Desaru kan . Jom tengok kemana ain pergi sepanjang percutian dua hari satu malam di Desaru Kota Tinggi Johor .
Desaru ialah sebuah kawasan pelancongan pantai di Daerah Kota Tinggi, Johor, Malaysia. Ia terletak lebih kurang 88 kilometer timur dari Johor Bahru, berhadapan dengan Laut China Selatan. Jadi nya , tidak hairan la kenapa Desaru menjadi tempat kegemaran rakyat Malaysia untuk melancong dan bercuti . Ain memulakan perjalanan dari Johor Bahru ke Desaru dengan melalui Jambatan Sungai Johor . Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih bergantung kepada kesesakan lalu lintas .
Sampai sahaja keluar dari tol memang akan senang nampak hotel yang ain pilih untuk menginap . Apa dia hotel itu ? Hotel Amansari Desaru . Senang dan mudah untuk mencari hotel ini . Walaupun hotel ini tidak menghadap sea view , namun Hotel Amansari Desaru ini punya kelebihan yang tersendiri . Antaranya ialah berdekatan dengan stesen minyak Petronas , kedai - kedai makan serta sangat dengan SKS City Mall .
SKS City Mall merupakan antara pusat membeli belah yang terbesar di Bandar Penawar . Jadinya , bila anda menginap di Hotel Amansari Desaru ini , nak jalan kaki pun dah boleh sampai ke SKS City Mall ni . Mana la tahu kan ada tertinggal barang keperluan kan jadinya boleh masuk ke sini .
Untuk anda yang mencari hotel pada harga murah dan bajet , jadikan Hotel Amansari Desaru ini sebagai pilihan . Kenapa ? Boleh dikatakan banyak hotel hotel dan tempat penginapan di Desaru ini menawarkan harga yang tinggi dan mahal kerana berdekatan dengan laut dan pantai . Walaupun begitu , ianya agak ke dalam dan jauh dari bandar penawar manakala di Hotel Amansari Desaru ini memang sangat dekat dengan lebuh raya serta kemudahan kemudahan yang lain .
Selain daripada ke Pantai Desaru untuk bermandi manda , bbq , berkelah terdapat juga satu tempat menarik yang ada di Desaru ini iaitu Desaru Coast Adventure Waterpark . Jadinya , pelancong yang datang ke Desaru selain dari menikmati pemandangan laut dan pantai , mereka juga akan bermandi - manda di Desaru Coast Adventure Waterpark ini . Tambahan pula , Hotel Amansari telah mengadakan pakej percutian dua hari satu malam berserta tiket masuk ke waterpark ini . Wah ! Seronok nya kan !
Pakej bermula dengan harga RM 230 . Pakej ini beserta dengan 1 Superior Room untuk dua orang , buffet breakfast untuk dua orang , dua keping tiket masuk ke Desaru Coast Adventure Waterpark . Promosi ini sehingga 5 Disember 2021 . *Tertakluk kepada terma dan syarat .
Bilik yang ain menginap pula nama nya Family Suite . Family Suite ini sesuai untuk yang bercuti bersama keluarga . Luas , selesa dan mempunyai ruang tamu serta sofa yang disediakan ialah berfungsi sebagai sofa bed . Jadinya , boleh dijadikan sekali ruang untuk tidur . Dalam bilik Family Suite di Hotel Amansari Desaru ni best sebab ada dua aircond tau , satu dibahagian ruang tidur yang mempunyai katil manakala satu lagi di ruang tamu .
Oh lupa ain nak bagitahu , memandangkan ain mengikuti trip ini bersama dengan rakan rakan dari JDT Blogger , jadinya pihak hotel menyediakan makan tengah hari selepas ain check in dan juga semasa makan malam . Jadinya kepada anda semua yang ingin membuat seminar , trip percutian company dan dalam berkumpulan , boleh la terus berhubung dan bertanya kepada pihak Hotel Amansari Desaru ini . *Apa yang ain boleh kata kan , makanan nya sangat sedap bermula dari lunch , dinner dan juga breakfast ! Tidur pun selesa ! Hotel pun dekat je dengan SKS City Mall serta kedai - kedai makan yang berdekatan . Sangat berpuas hati !
Jadi , apa tunggu lagi ? Jika anda memang mencari pakej berbaloi , murah dan bajet untuk melancong di Desaru Kota Tinggi , jadikan Hotel Amansari Desaru sebagai hotel pilihan anda okay !
Hotel Amansari Desaru
No. 127, Jalan Kempas 1, Taman Desaru Utama, 81930 Bandar Penawar, Johor
07-828 0200
untuk tempahan : https://www.amansarihotels.com/