Assalamualaikum dan hello kepada semua . Terima kasih kerana sudi membaca blog ain yang tak seberapa ini . Insyallah , hari demi hari , ain akan lebih berusaha untuk memajukan lagi blog ain ini . Hehehe . Untuk hari kedua belas kita dalam tahun 2016 , ini apa yang ain nak kongsi pada uolls semua :
- Pizza Comel RM 5 Giant
Hari ini aku dengan family shopping barang dapur dan selalunya kitorang akan shopping dekat Giant sebab dekat dengan kawasan rumah . Lepas dah nak ke kaunter bayar , tetiba nampak pekerja Giant itu macam open table lah . Rupanya jual pizza comel ini sekotak RM5 . Peh , murah kot dan padai gila strategi marketing dia . Dengan menggunakan tagline "Fresh From Oven" , ianya dapat meyakinkan orang untuk singgah sekejap sebelum pergi ke kaunter bayaran .
ini kotak pizza nya. comelkan ?
Yang bagusnya , kita hanya perlu tunggu lebih kurang 5 minit untuk dapatkan pizza yang kita order itu . Sebabnya , crust pizza tuh dah half cook , tinggal bakar dalam oven je . Sempat lah tadi aku berbual dengan pekerja yang jaga tempat jual pizza tu . Pada aku , strategi ini sangat bagus untuk meningkatkan hasil jualan Giant . Sebab majoriti aku nengok termasuk aku dan keluarga mesti order 2 kotak .Hahaha . Dia ada 4 perisa iaitu Chicken frost , original ,rendang , satay . Aku tak tahu la dekat Giant korang ade ke tak .hehehe.
ini pizza chicken frost
ini pizza perisa original
- Teringin nak kenal dengan BLOGGER JOHOR
Sebenarnya dah lama hasrat ini ain nak suarakan yang ain teringin nak berkenalan dengan blogger blogger dari johor .Terutamanya dari Johor Bahru . Sebab ain asal dari JB . Mana lah tahu kalau kita boleh buat perjumpaan sesama blogger dan lakukan aktiviti . Dari situ , bukan sahaja kita kenal di dalam dunia blog tetapi juga secara secara face to face . Kalau anda blogger johor atau anda kenal blogger dari johor ajak masuk blog ain dan komen dekat sini ye .hehehe.
Erm , itu sahaja lah entri untuk hari ini . Jumpa lagi esok yer ! :)
Assalamualaikum tak jawab dosa , kalau jawab sayang ! HAHAHA.