Rindunya nak naik kapal terbang

kapal terbang air asia


Assalamualaikum . Tetiba pula terasa rindu nak naik kapal terbang . Ni sebab banyak sangat tengok tiktok travel la ni kan . HEHEHEHE. Last ain naik kapal terbang bulan januari ke Sabah . Cerita ain ke sabah pun tak tulis lagi di blog ini . Nanti nanti la yer .

Kenapa ain tetiba rindu nak naik kapal terbang ? Sebab bila nak naik kapal terbang kan semuanya kena awal . Datang awal ke airport . Kena tunggu waktu untuk terbang dan di airport la boleh juga nampak pelbagai macam manusia .

Oh iya , masa ain pergi ke Sabah tu masa dari Johor Bahru tepi tingkap seat kosong memang happy sangat tengok awan dan duduk pula betul betul dekat kepak kapal terbang tu . Masa balik je seat full memang full agak nya waktu tu . Actually , flight ain kena reschedule maybe sebab nak kasi penuh flight kot . HAHAHA .
sheisfarahain di dalam kapal terbang

air asia di airport kota kinabalu


Dekat airport Senai Johor tak berapa banyak sangat kapal terbang tapi di Kota Kinabalu Sabah memang rasa puas hati sangat tengok kapal terbang .

Hampir setiap hari juga ain mendongak ke langit kalau berada di bandar Kota Kinabalu dan terdengar bunyi kapal terbang . Doakan la ain dapat suami yang kaki travel , nanti mesti selalu travel and fly together kan ~~ Amin.