7 Keutamaan Bulan Ramadan

7 Keutamaan Bulan Ramadan


 7 Keutamaan Bulan Ramadan


1. Al-Quran yang mulia telah diturunkan kpd manusia yg paling mulia iaitu Nabi Muhammad SAW, kepada umat yg paling mulia, iaitu umat Baginda SAW dan di bulan yg paling mulia, iaitu bulan Ramadhan dan orang yang membacanya adalah orang yang mulia.


2. Bulan yang dikabulkan doa. Bulan Ramadan adalah bulan yang sangat dimuliakan umat Islam, kerana pada bulan ini semua doa yang kita panjatkan akan dikabulkan. Segala jenis kebaikan akan diberikan pahala yang berlimpah pada bulan ini.


3. Bulan yang penuh keampunan.

Keutamaan bulan Ramadan adalah dimana pada bulan ini dilakukan pengampunan dosa-dosa. Bulan Ramadan menjadi waktu yang baik untuk melakukan taubat.


4. Bulan penuh dengan keberkatan.

Keutamaan bulan Ramadan lainnya adalah Syahrun Mubarak atau bulan penuh keberkahltan. Pada bulan ini semua jenis amalan baik akan dilipat gandakan pahalanya.


5. Dibukakan pintu syurga dan ditutup pintu neraka. Allah memberi kesempatan kepada hambaNya untuk melakukan sebanyak mana amal ibadah  pada bulan Ramadhan.


6. Syaitan dibelenggu pada bulan ini. Keutamaan bulan Ramadan yang lain adalah syaitan diikat erat. Bulan Ramadan menjadi bulan paling suci kerana dipenuhi oleh segala kebaikan dan pahala.


7. Malam seribu bulan atau Lailatul Qadar adalah satu malam yg hanya terjadi di bulan Ramadan. Malam ini adalah malam yang paling baik diantara 1000 bulan. 


Semoga kita mendapat keberkatan menjalani ibadat sepanjang bulan Ramadan ini. 

Resepi Mangga Asam Boi *Macam abang mangga tepi jalan jual*

Kes nya terjadi ni sebab jiran punya pokok mangga tengah berbuah . Kalau korang pernah baca Kak Tini Petik Buah Mangga , haa ni lah cerita nya bersambung . Hehehe . Dah penat -penat petik mesti la nak makan kan .. 

Sebenarnya ni batch kedua ain buat. Yang pertama tu ain lupa nak ambil gambar . Hahaha . Penat woi nak potong kulit mangga tu pastu nak kena potong kecil -kecil . Aaaa , bangun duduk bangun duduk juga banyak kali ain masa tu .
Resepi nya ni paling simple sangat ! 
✅ Mangga
✅Garam 
✅Gula 
✅Asam Boi

Cara -cara : 
✅ Mangga dibersihkan dan di potong kecil-kecil .
✅Masukkan asam boi , garam dan gula (ikut masing-masing nak banyak mana) *macam ain tak suka banyak gula .. bahaya ! hahaha .
✅Simpan dalam peti sejuk ! 
✅Nak rasa sebati , kacau rata atau simpan dalam bekas lepastu goncang -goncang sekuat hati nanti rasanya akan blend .
*semenjak kejadian dah pandai buat mangga asam boi ni sendiri , dah tak ada dah beli dekat abang traffic light . hehehe . Buat sendiri lagi puas hati . 

Pahala Berpuasa di Bulan Ramadhan

 Pahala Berpuasa di Bulan Ramadhan

Pahala Berpuasa di Bulan Ramadhan

  • Pintu syurga dibuka , pintu neraka di tutup
  • Diampuni segala dosa yang lalu
  • Pahala berlipat ganda
  • Jauh dari api neraka
  • Beroleh dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan berpuasa
  • Perisai dari siksaan
  • Doa yang sangat mustajab
  • Masuk dalam syurga
Semoga kita sentiasa menjaga tingkahlaku , percakapan , perbuatan dan menjadi hambaNya yang sentiasa ingin memperbaiki diri ke arah yang lebih baik . Insyallah !