JOM MAKAN BESAR DI SDS CAFE


Bila bercakap tentang makan, paling nikmat pada aku ialah bila dapat makan beramai-ramai secara santai dan yang selalu menjadi pilihan aku semestinya yang ada set. Kenapa?


Sebab kebanyakkannya yang ber set ini selalunya akan lebih jimat dan senang kata “kira sekaligus lah senang”. Mana-mana je restoran atau kedai makan yang aku pergi pasti aku akan tengok menu yang ber set atau hidangan untuk ramai orang.


Antara sebabnya ialah majoriti yang ada didalam set itu ialah hasil campur hidangan satu satu menu. Ingat formula kita tadi “kira sekaligus”. hahahhaa. Bila kita order set, kita dapat rasa hampir semua yg ada di menu. Jadi tak payah la nak order satu-satu.



Bukan itu sahaja, aku paling suka bila makan ber set ini kita akan “makan rebut-rebut”. hahahhaa. Itu lah yang lagi bertambah meriah. Kita nak itu kena rebut dengan partner kita, kita tak makan ini tapi partner kita makan. That the beauty of makanan yang ber set ini.


Sesuai dengan bulan Ramadhan kita sangat digalakkan untuk berkongsi rezeki. Jadi, kongsi kan rezeki anda bersama yang tersayang dengan menikmati set ramadhan dari SDS ini .

Peminat seafood jangan risau allergik sebab set dari SDS ini sangatlah kena dengan tekak kita yang tengah lapar. Ditambah pula dengan air minuman dia. Peh, memang sedap yang teramat. Untuk set ini, akan ada di SDS pada 1 May sehingga 17 June 2018. Hidangan ini juga sesuai dimakan untuk dua orang , empat orang , dan enam orang.

Bersempena dengan Parent's Day iaitu sambutan hari ibu pada 13 Mei dan 17 Jun sambutan hari bapa , maka SDS la pilihan yang tepat untuk meraikan mereka. Makan besar la terus kan. Harga pun tak ada la mahal sangat.