Nasi Goreng Seafood Tepayaki PEDAS |
Hari ni kepenatan sedikit sebenarnya cadang nak masak nasi lemak ayam , dah siap-siap keluarkan ayam dah dari peti ais. Tetapi, dihimpit perasaan yang malas katanya! Hahaha. Lalu, selepas magrib apa lagi bergerak la keluar mencari makanan.
Ingatkan nak makan nasi ayam penyet tempat biasa, tapi tak bukak pulak. Malas nak pergi cari makan jauh-jauh , pergi jelah yang dekat dengan rumah. Haa, order lah Nasi Goreng Seafood Tepayaki ni. Semestinya , pedas untuk aku.
Aku ni gila pedas sedikit. Habis cili padi tu aku tabur semua atas nasi. Sepinggan berharga RM 7. Sambil melayan whatsapp di telefon, mata aku terpandang cara dia masak. Oohh , baru aku tahu kenapa berharga sampai RM7. Tukang masaknya masak dua kali untuk satu hidangan ni.
Pertama dia siapkan nasi dan kedua dia masak pula segala seafoodnya. Oh, memang berbaloi lah dengan harga gitu. Kenyang Alhamdulilah. Aku minum air suam je. Aku makan ni dekat Bandar Baru Uda ,Johor Bahru je. Sederet dengan Pasar Mini Q&Q.
Sekian laporan berita untuk #ainkunyahtelan