24/366 : DIARY OF THE DAY -24 JAN 2016



Assalamualaikum dan hello kepada semua . Hari ini mesti ramai yang duduk bersantai di rumah sempena cuti thaipusam kan . Bukan itu sahaja , mesti ramai yang tengah melayan Anugerah Juara Lagu 30 ( #AJL30 )  . Ain doakan semoga kita semua mendapat keberkatan dan dipermudahkan oleh Dia Yang Maha Esa . Insyallah . Okay , untuk diary of the day ain pada hari ini ialah tentang :


  • Workout High Intensity 
Mungkin pada orang yang biasa bersenam , biasa pergi gym akan lebih tahu membezakan apa itu workout high intensity serta low intensity . Alhamdulilah , seawal jam 7;30 pagi lagi tadi dah bergegas ke Taman Merdeka , Johor Bahru untuk melakukan aktiviti high intensity workout selama 20 minit . Mujurlah datang awal  sebab hari ini kan thaipusam .Kebetulan taman itu berdekatan dengan kuil . Makanya dapat la juga parking dan settle 20 minit workout . Abang ain jogging berapa round entah . Sebenarnya , untuk kita kosisten dalam proses menguruskan berat badan tidak perlu kan berapa banyak kita bersenam , tetapi kualiti kita bersenam itu . Tak perlu lah kita habiskan banyak masa dekat gym kalau workout kita itu langsung tak berkualiti . Ingat itu ye ! . Hahaha . Ain pun baru baru terdedah dengan info info begini . Apa apa pun , pengalaman yang memberanikan kita untuk mencuba benda yang kita tak pernah rasai .


  • Ber rock climbing lagi !
Last week ialah pertama kali ain berjinak jinak dengan memanjat manjat ini . Selalunya aku hanya mampu tengok dekat instagram sahaja iaitu @matredho . Ala yang juara fear factor partner dengan Erin Malek tu . Weyh , tengok dia panjat pergh , laju gila kot . Jadinya , untuk minggu lepas aku hanya mampu separuh je , tak boleh sampai atas sebab first time belajar kan . Hahaha . Tapi , Alhamdulilah , dah makin bagus skill panjat memanjat aku itu . Untuk kali ini aku dah mampu sampai atas sekali sebanyak 2 kali . Insyallah , next week aku nak on target sekurang nya 5-6 kali boleh sampai atas . Neves kot masa tengah ikat tali dekat bawah , bila dah naik dengan tangan sakit , kaki dah tak larat nak angkat badan naik ke atas lagi . Hahaha , Tapi best weyh ! Satu pengalaman yang baru untuk aku yang bukannya kurus , tapi nak mencuba benda macam gini . Kadang kita rasa , weyh , aku boleh ke panjat sampai atas itu ? Jawapannya boleh kalau kita confident . Lagipun ada tali dan belay(yang jaga kita dekat bawah) . Jadi , jangan risau . Teringat masa nak sampai atas itu , aku memang dah tak larat , lepastu abang yang belay aku tu dia cakap ,"awak jangan risau , saya jaga awak dekat bawah , lagi satu langkah je , awak naikkan kaki awak lepastu tangan sentuh atas dan awak berjaya dah" . Terus aku teringat macam mana gambaran kepada kehidupan aku . Yela , ibu aku kan dah 2 tahun lebih meninggal , macam mana sakit nya aku nak terima kenyataan itu , aku kena laluinya juga . Itu semua ialah pengalaman yang kita tak boleh beli dekat mana mana . Ramai antara kita sebenarnya penakut untuk merasai pengalaman itu . Sebab kita takut kan kesedihan , kesakitan . Tapi , Itu lah kehidupan yang kita kena kuat untuk laluinya .



Cehwah , banyak pula aku bebel . Aku nak tau , apa pengalaman korang boleh dikongsi ? Seronok sebenarnya bila belajar dari pengalaman seseorang sebab sekurang kurangnya kalau pengalaman kegagalan itu , kita boleh perbaiki untuk mencapai kejayaan dengan cepat . Oh , aku minta maaf aku tak ada letak gambar aku panjat  memanjat , bersenam . Nanti kalau aku dah bersedia untuk kongsi , aku kongsikannya ya . ! Hahaha .

Assalamualaikum :)