Move On Bukan Bererti Melupakan
Move on bukan bererti melupakan akan tetapi ianya bermaksud mengikhlaskan , tidak perlu melupakan segala kebaikan atau mengingat segala keburukan seseorang .
Bila mana hati ikhlas dengan takdir yang Allah tentukan , itulah yang dipanggil move on . Hati yang menerima ketentuan Allah dan menerima takdir tanpa mempersoalkan segalanya .
Seseorang itu menyerahkan hatinya kepada pemilik hati iaitu Allah , dan dia percaya setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya dan dia juga yakin kebahagiaan akan tiba suatu hari nanti seperti mana yang telah Allah tetapkan untuk hamba-Nya .
Pengalaman Aku Ke Stadium JDT
Pengalaman Aku Ke Stadium JDT | Assalamualaikum . Pada 26 Februari 2022 merupakan kemenangan kali ke 7 buat pasukan bola sepak JDT . Tak ketinggalan ain pun turut serta menonton tapi di rumah sahaja la bukan di stadium . Tapi , uolls ! Ain pernah juga yer menjejakkan kaki ke stadium bertaraf dunia itu sekitar tahun 2020 . Ain pergi semasa pembukaan stadium jdt , masa tu memang dah bermula wabak covid 19 tetapi masih belum di peringkat PKP .
Aku Delete Semua Spam Komen Di Blog !
Aku Delete Semua Spam Komen Di Blog ! | Assalamualaikum . Salam hari ahad . Wah , hari ahad pun ada salam jugak ehk selalu salam jumaat je kan . Kisahnya , pagi ni lepas ain dah joging dan sarapan pagi , terasa nak buka laptop sekejap . Konon sekejap je know know dah sejam lebih , ain delete semua spam komen di blog .
- Kenapa kena delete spam komen ?
- Cara nak delete spam komen ?
9 Langkah Mengenali Diri Sendiri
9 LANGKAH MENGENALI DIRI SENDIRI (self awareness) | Penting ke untuk kita betul betul mengenali diri sendiri ? Kenapa kita kena kenal diri sendiri ? Ikuti 9 langkah yang mudah untuk anda mengenali diri sendiri .
10 Catatan Untuk Diri Sendiri
10 Catatan Untuk Diri Sendiri
- Jadi orang yang sopan
- Jangan suka marah-marah
- Jangan malu untuk minta maaf
- Jangan lupa ucap terima kasih
- Jangan berpikiran negatif
- Jangan jadi penakut
- Jangan lupa untuk sentiasa bersyukur
- Jangan kasar
- Solat tepat waktu
- Tetap tersenyum dan tertawa
4 Perkara Yang Tak Boleh Share Dengan Rakan Sekerja
4 Perkara Yang Tak Boleh Share Dengan Rakan Sekerja | Walaupun rakan sekerja ni individu yang korang jumpa setiap hari, tak semestinya korang boleh share semua benda dengan mereka. Jom ain kongsikan 4 perkara yang korang kena elak dan tak boleh share dengan rakan sekerja atau rakan pejabat anda :
- Gaji
- Kesihatan
- Hal dalam ‘kain’
- Perubahan gaya hidup
Orang Yang Kuat
Macam mana nak cakap 'NO' kalau orang minta tolong
Macam mana nak cakap 'NO' politely bila orang mintak tolong time kita busy?
Boleh try ayat ni.
- I’m honoured but I can’t
- Sorry, I'm booked into something else right now
- Sadly I have something else
- I’m sorry but I'm not taking anything else right now
Berharap Pada Tuhan
22/2/22 Tarikh Ini Memang Cantik ...
22/2/22 Tarikh Ini Memang Cantik ... Tarikh yang cantik untuk orang yang berkahwin , bertunang malah ada juga yang melahirkan anak . Tarikh 22 Februari 2022 ini antara tarikh yang paling dinantikan untuk tahun 2022 .
Tapi , kena sedar yer .... kau tu single !
"kau' = diri sendiri .
Jadinya sekadar mampu berhuhuhu sahaja la . Untung la siapa kahwin hari ini kan . Hmm .
Manusia Datang Dan Pergi
Ayam Goreng Tanpa Minyak
Ayam Goreng Tanpa Minyak | Ayam goreng merupakan makanan yang paling popular dan menjadi kegemaran rakyat Malaysia . Ayam goreng adalah hidangan yang memang digemari ramai. Cara masakannya juga ada pelbagai, antaranya ada yang menggunakan rempah , ada juga yang digoreng begitu sahaja. Tidak hairanlah ianya mencuri hati ramai.
Ain ternampak perkongsian dari Twitter coachismailayu yang berkongsikan tentang resepi mudah ayam goreng tanpa minyak :
- menggunakan tepung whole grain
- dimasak menggunakan air fryer
Kongsi Rezeki Di Hari Jumaat
Kongsi Rezeki Di Hari Jumaat | Assalamualaikum , hari ini rasa gembira kerana jiran sebelah telah berkongsi rezeki di hari jumaat yang mulia ini . Selalunya , hari jumaat pagi ain akan morning walk atau bermain badminton dengan teman kecilku si Farisya . Tapi , Ain tak larat disebabkan period pain . Ubat untuk period pain ni memang rehat dan tidur je la . Ain siap off internet memang tak terganggu dengan sebarang bunyi notification dari telefon . Jadinya , bila dah tersedar pada jam 11 pagi tu terus berdesup mesej yang masuk .
Salam Jumaat Penghulu Segala Hari. Ya Allah, lancarkanlah urusan aku hari ini. Indahkanlah dengan silaturahim yang baik dan limpahkanlah dengan rezeki yang berkat.
Kisahnya , Farisya dah mesej ain seawal jam 8 pagi lebih tapi apakan daya , kak Ain dia ni terlelap memang tak sedar apa . Tak lama lepas tu , mama nya pun turut mesej mengatakan nak menghantar makanan . Alhamdulilah terasa bersyukur sangat hati ini . Selepas ain dah membasuh muka , buka la pintu dan mengambil makanan yang diberikan . Jiran ain yang baik hati ni berkongsi rezeki antaranya ialah roti jala , kuih coklat comel (sedap sangat) dan nasi kerabu . Jadinya untuk sarapan pagi yang membawa ke makan tengah hari tu ain tambah kan dengan nasi goreng dan telur mata (untuk abang ain) sebabnya dia tak makan nasi kerabu . Lepastu abang ain ni dia power buat air tau , selalu kalau tetamu yang datang ke rumah atau minum petang ke memang dia yang selalu buat air . Dulunya abang ain pernah meniaga air masa waktu belajar diploma dulu . Nasi goreng pun nasi yang berlebih semalam dan ada sambal belacan sikit dijadikan perencah untuk menumis . Siap la hidangan untuk sarapan pagi tengah hari . HAHAHA .
Kadang -kadang rasa malu pula pada jiran sebelah ni , yela ada je nanti makanan yang diberikan pada ain . Macam tahu tahu je kadang tu tengah tak rajin nak memasak . HAHAHAH .
Ya Allah rahmatilah kehidupan kami, berkatilah umur kami, sihatkanlah badan kami, terangkanlah hati kami, tetapkanlah iman kami, perbaikkanlah amal kami, luaskanlah rezeki kami, dekatkanlah kami kepada kebaikan dan jauhkanlah kami dari kejahatan, tunaikanlah hajat kami, baik dalam hajat agama, dunia atau akhirat.
OOTD Aku Berwarna Hijau
OOTD Aku Berwarna Hijau | Seringkali kita melihat orang berkata tentang ootd , meletakkan hashtag #ootd dan ramai yang sanggup mengambil gambar sehingga beratus take hanya untuk sekeping ootd yang mahu diupload di Instagram .
Kenapa ain berani mencuba ootd berwarna hijau ?
- sebab ain dah mula rasa bosan dengan warna kegemaran kebanyakkan wanita iaitu warna pink . hehehe
- mahu mencuba mix and match koleksi pakaian yang ada di dalam almari.
- tudung dan baju itu merupakan pemberian kawan ain jadinya ain cuba suai padankan.
- tudung : warna hijau terang dan plain
- baju : warna tak berapa nak terang dan ada corak , jadinya kalau boleh jangan pakai tudung yang ada corak lagi (akan nampak serabut)
- seluar : warna putih (menaikkan lagi seri warna hijau tu )
Aku Kemas Baju Yang Banyak
Assalamualaikum . Beberapa hari lepas aku kemas baju yang banyak di almari tu . Almari ain ni jenis slider yang slide ke kiri kanan gitu untuk buka. Tapi , ain rasa annoying sangat nak slide slide jadinya ain buka slider tu dan letak belakang almari tu . Jadi la almari ain berbogel macam dalam gambar tu tak bertutup .
Ain dah mula rasa bersepah dah ni baju dah tak teratur . Maksudnya , baju dah terlampau banyak dan tak terurus dengan baik . Its time to declutter ! Apa maksud declutter itu ?
Declutter mean : remove unnecessary items from (an untidy or overcrowded place)
Bahasa mudah nya , hang pi asingkan je la mana barang yang nak simpan atau pakai lagi dan asingkan mana barang yang dah tak nak .
Susah atau tidak nak declutter ni ?
Susah kepada mereka yang ada masalah hoarding disorder . Okay itu apa pula ni ? Ini sejenis penyakit yer . HAHAHHAA .
Hoarding Disorder : a persistent difficulty discarding or parting with possessions because of a perceived need to save them.
Bahasa mudahnya penyakit suka simpan barang , terlampau sayang barang , dia punya simpan barang tu sampai penuh satu ruang rumah dan tak nak buang dan bersihkan langsung kerana pada nya barang tersebut punya kenangan yang tersendiri . I use to be that person sebelum sebelum ini . PEH ! SERABUT TAU ADA PERANGAI MACAM GINI I TELL YOU~~
Kini tak lagi . Hehehe .
Ain kongsikan beberapa tips macam mana ain kemas baju yang banyak tu :
- Jangan letak semua baju , seluar , tudung di ruangan gantung . Bila kita biarkan dia dekat hanger tu memang jawabnya kita akan malas dah nak melipat .
- Lipat ikut kategori dan asingkan mana baju , seluar dan sebagainya . Kalau boleh asing lagi details . Macam ain , ruang tshirt siap asing ikut kategori ( selalu guna , jarang guna dan lengan pendek serta lengan panjang ) .
- Sebelum nak shopping baju ke seluar ke atau tudung dan segala outfit lah kan , make sure jadi kan habit untuk buat clearance dulu di almari . Fikir yang mana aku nak campak baju seluar dan segala mak nenek pakaian yang dulu ni . JANGAN HANG DOK TAMBAH ALMARI LAH KOTAK LAH KAN .. MEMANG MAKIN BERTIMBUN LA NANTI (SENGAJA BESARKAN FONT) HAHAHA.
- Belajar move on ! Ain sekarang anggap segala pakaian ini pun sebagai rezeki . Percaya atau tidak bila kita start asingkan barang yang kita sayang dan belajar memberikan kepada yang lain , akan ada lagi rezeki lain yang akan datang kepada kita . Macam ain kan memang minat bundle tau , kadang nanti ada je yang nak bagi koleksi bundle diorang dekat ain . So , untuk menerima rezeki Tuhan yang lagi baik , belajar memberi kan apa yang terbaik dari kita kepada yang memerlukan.
Kak Ain Tak Nak Hantar Saya Pergi Sekolah Ke ?
Rindunya nak naik kapal terbang
First Time Masak Ikan Siakap Asam Pedas
Assalamualaikum . Semenjak ain makan ikan siakap masak asam pedas tempoh hari di kedai makan peh dia punya sedap terangkat siot . Terus la terasa nak masak sendiri . Kebetulan tengok ikan siakap di Giant tengah offer 2 ekor RM 14 dan tengok kualitinya masih elok lalu ain pun rembat lah . Cumanya tak larat nak siang ikan tu la dia punya sisik tu boleh terbang satu rumah . HAHAHAHA.
Selama ni ain masak asam pedas pun ayam je la , tu pun tak la sesedap macam makan di kedai . Mungkin diri ini memang tak pandai masak asam pedas , tapi dengan menggunakan perencah asam pedas ni , peh lagi super duper sedap .
Ain hanya blend bawang merah , bawang putih dan lada merah . Panaskan minyak dan tumis sehingga garing lepastu baru letak perencah asam pedas tu . Bubuh asam jawa dan perasa kan garam dan gula . ITU JE ! ABANG AIN KATA SEDAP . Kita yang tukang masak ni apa lagi , bila kena puji . HAHAHAHAHAHHAA.
Dengan ini , ain isytiharkan ini la kali pertama ain masak ikan siakap asam pedas .HAHAHA . Dulu nya ingatkan ikan siakap ni sedap masak stim limau dan tiga rasa je kan . Tapi , dah boleh tambah menu baru dah ni ~ Macam biasa , kepala ikan ialah kegemaran ain jadinya dah asing kan siap siap untuk ain makan . HAHAHHAA.
*Kadang kadang bahan nya tak perlu banyak pun , janji kita pandai balance kan rasa masakan tu kan ~~
BACA JUGA : ayah aku masak asam pedas ..sedap woi ~
Sejuk Sangat Sampai Tidur Pakai Stokin Dan Tak Buka Kipas
Assalamualaikum . Semenjak dua menjak cuaca di Johor Bahru ni bukan main sejuk yer . Disebabkan terlampau rasa sejuk menyebabakan ain terpaksa tidur pakai stokin . Bukan itu sahaja , siap tutup kipas lagi . Lagi pula bilik ain ni memang jenis sejuk kemain kalau tengah malam tapi kalau tengah hari memang panas .
Ain pula jenis kalau tidur buka aircond sekejap je dalam 30 minit untuk bagi sejuk bilik dan lepastu memang buka kipas . Tapi , cuaca nya begitu sejuk sebab asyik hujan juga kan . Mungkin sebab tu rasa sejuk sangat .
Ain ni boleh dikategorikan jenis kuat aircond juga . HAHAHAHA . Tapi , kalau dah cuaca begitu sejuk , memang totally give up ! HAHAHHAA. TUTUP KIPAS TERUS KAU !
BACA JUGA : Duduk di rumah ...nak buat apa yer ?