Syurga Fashion OOTD Wanita Di Jalan Jalan Japan

jalan jalan japan kipmall masai

 Assalamualaikum and hello people ! Untuk pengetahuan semua , ain ni memang merupakan peminat bundle atau preloved . Ianya bermula semenjak belajar di UiTM Kedah . Waktu tu la baru kenal dunia sebenar bundle tu macam mana . Housemate ain semua jenis layan bundle pada ketika itu dan semua nya bermula sewaktu nak mencari pakaian untuk dinner . Bayang kan la , dinner nya hanya semalam dan mesti la nak cari pakaian yang vogue dan nampak menyerlah . Tapi tu la , sayang nya duit nak berbelanja mahal mahal kan untuk satu malam je jadi nya itu lah permulaan kisah ain yang mula jatuh cinta kepada dunia bundle dan preloved ni .

Bila dah jumpa geng sekepala yang kuat "menyelam" , apa lagi kitorang pasti akan berkongsi port port selam yang best . Untuk pengetahuan , menyelam itu ibarat mencari lah apa yang boleh dijumpai . Kebiasaanya , macam ain sendiri sebelum pergi "menyelam" ni , ain akan buat target . Target la datang selam ni nak cari apa supaya bila dah sampai ke tempat tersebut tak ada la rambang mata nak pilih . Bila letak target apa yang nak dibeli secara tak langsung kita akan lebih fokus , masa mencari juga semakin cepat dan mudah serta mengelakkan dari penyakit terbeli tanpa sengaja . Hihihi .

Memandangkan ain memang dah ada geng geng yang sekepala , apa lagi kami semua akan berkongsi port port yang best . Antaranya yang disebut ialah Jalan Jalan Japan . Ain pun apa lagi , cuba lah cari di google dekat mana yer lokasi Jalan Jalan Japan yang ada . Sedih pula terasa bila search semua dekat sekitar kawasan Kuala Lumpur . Jadinya ain beritahu pada kawan ain , kalau datang ke Kuala Lumpur , salah satu lokasi wajib yang ain akan kunjungi tak lain tak bukan ialah Jalan Jalan Japan .

long sleeve jalan jalan japan

shawl jalan jalan japan

size hanger jalan jalan japan

sling beg jalan jalan japan

pakaian yang ada di jalan jalan japan

pakaian jalan jalan japan


Tapi , berita baik kepada ain yang berada di Johor Bahru apabila Jalan Jalan Japan selamat mendarat di Johor ! Iya , berita baik juga kepada semua penggemar bundle , preloved  , vintage serta thrift sekalian . Jalan Jalan Japan kini berada di Johor . Ianya terletak di Kipmall Masai . Kalau yang berada di sekitar Masai , Pasir Gudang tu memang wajib singgah ke sini tau . Macam ain yang berada di bandar raya Johor Bahru pun boleh sampai inikan pula yang berdekatan kan . 

Macam biasa , sebelum masuk menyelam ain terlebih dahulu akan fikir apa yang ingin ain cari . Ain nak cari banyak koleksi baju berwarna pastel , lace , more to gegurl yang nampak perempuan sikit tu . Kemudian nya ain nak cari juga banyak inner neck sebab baju banyak lengan pendek kadang- kadang malas nak pakai cardigan .

beg travel jalan jalan japan

cardigan inner jalan jalan japan

seluar jalan jalan japan

seluar jeans jalan jalan japan

selfie di jalan jalan japan


Taraa , bila dah sampai ke sini dan masuk ya ampun ! Kemain besar yer ! Mohon kuatkan iman . Hehehe . Macam yang ain katakan sebelum ni , ain terus mencari ruang wanita . Pertama nya ain terjah ke ruang seluar . Wow , banyak jeans yer . Ain try grab 3 jeans dan hanya 1 sahaja yang ain berkenan dan selesa dipakai . Selepas itu , ain berjalan lagi teruskan menyelam orang cakap . Hehehe .

Bila berada di Jalan Jalan Japan ni , yang best nya apa tau ? Disini memang letak ikut kategori sebagai contoh bahagian seluar , skirt , serta baju pun memang mengikut kategori . Jadinya , lebih mudah nak pilih kalau kita tak nak pergi ke bahagian tersebut kita boleh la skip dan ke bahagian yang lain pula . Bukan itu sahaja , dekat hanger memang terterta sekali size baju dan seluar tersebut . Macam ain cakap , memang akan lebih senang , mudah dan cepat untuk membuat pemilihan yang kita suka . Nampak je hanger size yang kita muat , pasti akan lebih mudah sewaktu sesi fitting nanti . Tak ada lah dah penat pilih tak muat pulak nanti . Hehehe . 

ted jalan jalan japan

cardigan jalan jalan japan sheisfarahain

jacket jalan jalan japan

sheisfarahain jalan jalan japan

cardigan soft pastel sheisfarahain

lace cardigan jalan jalan japan

ootd di jalan jalan japan

jalan jalan japan sheisfarahain

bakul mini troli disediakan di jalan jalan japan


Apa yang ain berjaya pilih disini ? Untuk sesi selam kali ini ain berjaya mendapatkan simple cardigan dan inner . Ya ampun , murah sangat . Ada yang RM 3 ada yang RM 5 sahaja ye ! . Nampak macam dah penuh bakul , apa lagi ain pun pergi la fitting room dan cuba . Boleh tengok macam macam gaya sempat ain posing yer . Fitting roam sini pun selesa dan bersih . 

Selesai je pemilihan ootd (outfit) ain pada kali ini , ain terjah pula di kawasan beg . Ya ampun ! Cantik -cantik yer . Ain memang suka sangat sling beg dan memang siap ada bahagian sling beg ye . Bayangkan bertapa naik hantu nya ain waktu tu . Sling beg yang ain beli tu RM 20 sahaja ya . Lepastu ain masuk pula ke bahagian shawl . RM 1 sahaja ye .Ya Ampun ! Untuk shawl dan lain lain ain nak cari lain hari .

fitting room jalan jalan japan

testing counter jalan jalan japan

kaunter pembayaran jalan jalan japan

Cukup la dah penuh troli tu yer , mohon bertaubat ! Untuk sesi selam pada kali ini , ain sangat berpuas hati ! Banyak fashion fashion ootd ain la yang akan ain gayakan selepas ini hasil pembelian di Jalan Jalan Japan . Jadi nya , kepada peminat tegar koleksi pakaian bundle dan preloved boleh la datang kesini okay . Banyak lagi yang ain tak tunjuk betapa menarik nya apabila anda masuk ke sini . Jumpa di next sesi menyelam yang lain ! Slurppp~~

KIP Mall Masai

A011, Kipmall Masai,

2, Persiaran Dahlia 2,

Taman Bukit Dahlia,

81700 Masai, Johor Bahru


website rasmi : jalan jalan japan



cawangan yang ada di seluruh Malaysia :

  • JJJ One City, Subang USJ 10am-10pm
  • JJJ 1 Shamelin, Cheras 10am-10pm
  • JJJ CennterPoint, Seremban 10am-10pm
  • JJJ M3 Mall, Gombak 10am-10pm
  • JJJ KIP Mall, Bangi,Selangor 10am-10pm
  • JJJ Lotus Rawang, Selangor 10am-10pm
  • JJJ Lotus Seberang Jaya, Penang 10am-9pm
  • JJJ KIP Mall Masai, Johor Bahru 10am-10pm


Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Dah tak payah pergi jauh2, Johor pun dah ada.

    BalasPadam
  2. baru tau kat JJJ ni jual baju bundle. kat seremban ada ammi nampak tapi nak masuk mall tu pun malas.

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.