Beli Kepak Ayam Tepi Jalan ! Sedapnya !

kepak ayam madu


Assalamualaikum , dah lama tak makan kepak ayam macam dalam gambar tu . Sebab selalunya kepak ayam dekat kawasan rumah Ain ni banyak jual masa pasar malam je . Semenjak musim covid , pasar malam pun dah tak ada . Entah bila nak wujud kembali kan . 

Siapa geng pasar malam ?

Meh kita high five ! Hehehe . Ain memang suka ke pasar malam , maklumlah kita ni rakyat marhaen biasa je . Dapat ke pasar malam pun dah rasa bahagia sangat ! 

Nak dijadikan cerita , ternampak pula kepak ayam on the way nak balik ke rumah . Apa lagi , singgah la sekejap . Tuptup , harga satu kepak tu RM 2 ! Wow , murah nya pakcik ni jual . Selalu dekat tempat ain ni mesti RM 2.50 dan ke atas gitu ! Apa lagi , tapau la 5 kepak terus genapkan jadi RM 10 .

bontot ayam madu

kepak ayam madu


Ain makan dua je , lagi tiga abang ain yang bedal . Teringat pula sayap ayam di Sabah ! Itu yang paling ori kan .. Ni kita makan sayap ayam Johor Bahru . Hehehe .

Post a Comment

1 Comments

  1. gang pasar malam juga..
    dulu sebelum covid ni mai nyibuk..asal Rabu je gumbira sangat hati sbb boleh gi pasar malam. Ni last gi pasar malam bulan 2 haritulah kot

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.