SEHARIAN RONDA RONDA DI JOHOR BAHRU
Aku ni nama je orang JB , tapi kalau diberi peluang memang lah rasa seronok kalau dapat ronda -ronda. Feel dia langsung tak sama dengan kita sendiri yang memandu untuk ke satu tempat tersebut. Jadinya , pada 23 September aku rasa puas gila meronda-ronda. Terima kasih team Tourism Malaysia kerana memberi peluang ini kepada saya! Happy sangat. Padahal pusing dalam JB je pun!
Kami berkumpul di Holiday Villa Hotel pada pagi tersebut dan terus ke Kompleks Kraf Johor. Kompleks Kraf Johor alahai dekat betul dengan rumah aku. Tapi malang sekali tak pernah langsung masuk. Hahaha. Baru lah aku tahu yang dekat sini rupanya boleh cari souvenir Johor. Selalu juga kawan-kawan aku yang turun ke JB tanya dekat mana nak cari souvenir Johor , rupa-rupanya ada dekat sini. Bukan itu sahaja , mereka yang berkunjung ke sini berpeluang untuk mengetahui secara lebih mendalam tentang alat muzik traditional yang selalu digunakan oleh anak seni Johor. Apa yang pasti , aku sebagai anak Johor ni pasti mahu ingin datang ke sini lagi. Hehehehe. Sebab aku memang suka kan kebudayaan dan kesenian.
Aktiviti ronda-ronda kami dteruskan ke Medini ala yang ade Legoland tuhhh.. Tapi kali ini aku ke Sealife dan Vrinity. Sealife tu masuk kali ni dah ketiga aku melawat ikan ikan kat situ. Boleh refer dekat video igtv tu okay. Vrinity pula dekat je dalam medini mall tu. Haa , yang ni entertainment terbaru di sini. Apa yang best? Dapat main games secara VR. Sempat aku berlawan badminton secara vr. Kita ni kalau main badminton acah-acah semua nak bergerak dan kalau nak smash tuh paling bersungguh , tapi dengan VR ni tak payah nak beria sangat. HAHAHA. game tembak-tembak pun best jugak! Fuh seronok gila rasa bila dapat tembak orang tapi paling geram kalau kena tembak. HAHAHA. Kalau yang memang minat vr boleh lah datang ke sini. Vrinity yang terletak di Medini.
Dah penat-penat ber vr , seterusnya kami ke emperor cinemas yang terletak di rnf mall. Aku pun pernah share tentang panggung wayang ni di sini. Mohon tengok hari kelam kabut aku pada waktu tu. Hahaha. Tapi , kali ini aku berpeluang menyaksikan filem Rambo. Mak oi , violent giler movie nie. Selepas itu , kami ke sales gallery rnf mall kerana ada event disitu. Habis je event , kami pun balik dan check in di hotel Holiday Villa Johor Bahru.
Terima kasih Tourism Malaysia kerana memberi aku staycation di hotel ni. Kita ni walaupun duduk je di JB , tapi mesti juga nak merasa check in hotel yang dekat dekat kan. Keesokkannya , kami menghadiri program Travel Mart. Boleh rujuk disini untuk maklumat lanjut tentang program travel mart yang dianjurkan oleh Tourism Malaysia. All above all , aku memang sangat suka fam media trip macam gini. Walaupun penat tapi tetap rasa puas hati.
wow... bestnya dapat ronda2 di JB. Saya belum pernah sampai sana lagi :D
BalasPadamselalu mmg mcm tu. feel kalau pegi sndiri dgn join geng2 lain rasanya. hehe
BalasPadambestnyer
BalasPadamLain kali bawalah sy meronda bersama awak
BalasPadamSamaaa. Saya orang Melaka pun ada je tempat yang saya tak pergi lagi hehe
BalasPadamWah.. bestnya dapat meronda JB..
BalasPadam