SEMALAM ITU...HARI YANG KELAM KABUT!! - Aku Ain Kau Siapa

Wednesday, August 21, 2019

SEMALAM ITU...HARI YANG KELAM KABUT!!

akuainkausiapa

SEMALAM ITU HARI YANG KELAM KABUT!!

Semalam aku dan faradidi berpeluang untuk menjadi yang terawal berkunjung ke Emperor Cinema , wayang luxury katanya yang terletak di R&F Mall Johor Bahru. Tepat jam 6:50 petang gitu kot kami bertolak dari rumah aku. Okay dalam pukul 7:10 gitu kot aku pun sampai ke destinasi. Kononnya nak park luar je , kononnya abang polis dah tak ada lah SEKALI ADA HERLOK JE..Terus aku masuk tempat parking. Hahaha. Nak tak nak kenalah parking dalam berbayar.

Pusing punya pusing masuk parking dan lantas masuk terlupa nak tengok parking dekat mana. Terus cari mana lah cinemas nye ni. Niatnya nak register dulu then terus solat magrib. Pusing kona tang sana , kona tang sini baaru ler jumpa mana lokasinya. Masuk lah register ,lepastu kitorang pun keluar lah balik nak solatkan tadi.

Gais , jadi peramah tak bertempat pun kadang-kadang tak boleh pakai jugak. Kononnya niat nak tanya pak guard jadi lagi mudah rupanya makin kelaut. Entah ape benda dia explain terus dia cakap macam takde surau lah dekat sini. Aku macam WHAT? Masuk lah balik semula ambil video dan gambar dekat sekitar wayang tuh.
akuainkausiapa
muka ceria sebelum wayang bermula
Tuhan tu sangat baik! Uyul pun sampai , dia cakap "kitorang cari surau tadi". Aku terus macam ,"kat mana weh?".SIOT BETUL GUARD TUHHHHHHH.. Itu lah sebab utama bila hire guard yang bukan orang Malaysia. Ramai pun tak de fungsi. Sorry! isu guard ni aku memang sumpah geram.

Dahla , masa aku tengah buat video , dia suruh aku que balik sedangkan aku dah pun register. OMG! Acah-acah sangat. Sumpah annoying giler weh aku rasa. Aku emo betul dengan guard-guard kat situ. HAHAHA.

Terima kasih uyul dan cami cayang dia tu sebab bagi direction dekat kitorang tentang surau tu. Sungguh Allah kirimkan hambanya untuk saling ingatkan aku. So , aku dengan faradidi pun terus lah ke surau. Alhamdulilah , sempat kami magrib.

Settle magrib kami datang semula ke wayang tu , tunggu punya tunggu jam menghampiri ke pukul 9 malam. Jom masuk tengok wayang! Sekali lagi gais isu kelam kabut ni berlaku. Hahaha. Kitorang punya confident dah duduk herlok sekali salah tempat duduk. HAHAHA. Kelakar giler.

Dah salah tempat duduk , apalagi bangun lah pergi cari tempat duduk sebenar. Hahahaha. Dan wayang pun bermula. TAK BOLEH NAK CERITA LEBIH SEBAB MOVIE TU BARU NAK TAYANG HARI NI KOT TAK SILAP.

Wayang pun settle dan tibanya waktu untuk pulang DAN!!!!!!!!!!!!!!!!
akuainkausiapa
muka selepas salah tempat duduk
Turun jelah guna lift yang dekat dengan wayang ni, akibatnya TERLUPA PARK DEKAT MANA. PUSING PUNYA PUSING..Rupanya kereta aku dekat je dengan tempat yang aku turun lift tuh. Ya ampun. Aku masuk dekat tempat yang jauh gais sebenarnya. Masa tak jumpa kereta tu aku macam dah nak nanges jugak , hahaha. Gembeng jugak kan kau ain! Tapi thanks jugak lah dekat faradidi sebab dia cool je pada waktu tu.

That the reason mungkin tuhan hantarkan dia untuk partner dengan aku malam tu. Aku rasa aku jadi kelam kabut tuh sebab aku kena drive kot . HAHAHA. Sebab selalunya , bukan aku yang drive , abang aku yang drive ataupun Kak Sunah yang drive. Aku tak payah fikir kunci kereta mana , parking tiket mana . Selalu jadi co-driver je. Padahal selalu aku yang akan ingatkan parking dekat mana.

TAPI TULAH...UJIAN TUHAN BUKAN BIASA BIASA BOSSKU!! Alhamdulilah , walaupun ujian tuh datang bertalu-talu...It just a bad day! Not a bad life!

Jom lah tengok acah-acah vlog aku tuh.Hehehe.


10 comments:

  1. takpe..janji dah selamat tengok wayang tu..hehe dah selamat balik dah pn,nasib baik jumpa parking..

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahhaha..kalau tak selamat balik , memang nanges semalaman dekat parking tuh..hahahhhaha

      Delete
  2. Haaa tu la...nak derhaka lagi dekat aku ehhhh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. gahahahahah..eeee lepas ni xberani nak derhaka hahahaha

      Delete
  3. Replies
    1. pengalaman manis dan kelat kelat payau. hahaahhh

      Delete
  4. agen365 agen jud! online terpecaya dan teraman di indonesia :)
    WA : +85587781483

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.