Assalamualaikum . Salam jumaat ! Kebiasaannya hari jumaat dan sabtu ialah hari ain dengan anak jiran bermorning walk. Kebetulan si kecil tu tak ada kelas online jumaat dan sabtu . Jadinya kita morning walk la dengan dia .
Alhamdulilah , rezeki hari jumaat bonda (makcik jiran depan jalan tu bagi makanan) . Bonda bagi lauk nangka dan acar nenas yer nama nya . Ya Ampun sedap sangat .
I start my day dengan makan roti dua keping di spread bersama peanut butter lepastu melantak pula buah pear . Eh makan lagi pula roti dengan sosej bersalut dengan cheese 2 set . Untuk lunch ain hanya masak nasi , goreng ayam dan buat sambal belimbing buluh . Eh tambah lagi petik ulam raja depan rumah .
Macam biasa lunch gambar atas sekali dipadankan dengan segelas air sunquick asam boi lemon hasil air tangan abang ain . Untuk dinner gambar bawah sekali . Cukup kenyang ! Alhamdulilah ! Bersyukur sangat 😋