Memaparkan catatan dengan label kenapa perempuan ?. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kenapa perempuan ?. Papar semua catatan

WANITA YANG KAU PILIH

 

wanita yang kau pilih

WANITA YANG KAU PILIH | Wahai LELAKI...


Kalau kamu memilih bersama wanita bekerjaya, kamu perlu menerima dia tidak boleh mengurus rumah sepenuh masa.


Kalau kamu memilih bersama wanita suri rumah yang boleh menjaga dan mengurus rumah tangga sepenuhnya, kamu perlu menerima yang dia tidak menghasilkan duit.


Kalau kamu memilih bersama wanita penurut , kamu harus menerima yang kalau dia bergantung kepada mu.


Kalau kamu memilih bersama wanita yang berani , kamu harus menerima kalau dia keras kepala dan punya pikiran sendiri.


Kalau kamu memilih bersama wanita cantik kamu harus menerima perbelanjaannya juga banyak.


Kalau kamu memilih bersama wanita hebat, kamu juga harus menerima kalau dia keras dan berpendirian.


TIADA WANITA SEMPURNA semua hanya dalam mimpi dan angan-angan sahaja. Kehadiran mereka lebih menyempurnakan.


Baca kisah lain mengenai perihal wanita :


Kredit sepenuhnya dari sumber:

Facebook  Weds Paper , Kad Kahwin Online

Kenapa Perempuan Suka Merajuk ?


Google search "kenapa perempuan .... " dan carian ku membawa kepada topik Kenapa Perempuan Suka Merajuk . Wow . Kita sebagai perempuan pun terfikir juga kenapa yer ! Oleh kerana topik ni hangat di carian google , marila Ain ulas kan tentang topik ini . 

By the way , my point is basically dari pandangan peribadi okay . Sebab Ain kan perempuan . Jadi nya ulaskan dari my point of view . So , ain tanya diri Ain .Kenapa Ain suka merajuk ?.

Sebelum tu , ain kuat merajuk ke tak ?. Jawapannya YA ! Dulu dulu masa ada arwah ibu , memang lagi sangat kuat merajuk . Tapi lepas ibu meninggal dunia , jadi nya yang tukang pujuk dah tak ada . Kita automatik dah jadi lagi kental . 

Merajuk ni satu tabiat apa ?. Mungkin ada orang sendiri tak boleh sedar yang merajuk ni macam mana . Jawapan peribadi ku , merajuk ni dia macam buat perangai mengada -ngada , bila hati touching kena marah ke , tak di layan ke , tengah sedih ke dan pelbagai perasaan selepas itu , seseorang itu cenderung untuk buat perangai " tak nak layan" atau bahasa orang sekarang "palau" . Perangai merajuk ni nanti boleh dilihat yang orang yang sedang merajuk ni akan ignore orang yang kena pujuk dia tu . 

Soalan seterusnya kenapa perempuan suka merajuk ?

Rasanya dah sedia maklum hati perempuan ni lembut , sensitif dan mudah terasa (triggered) pada satu satu keadaan atau situasi . Mood perempuan paling cepat berubah , kadang kadang swing sebelum period , tengah period . Jadinya suka atau tidak , kena terima yang hati perempuan memang begitu . Sebab itu la seorang wanita sangat memerlukan lelaki untuk membimbing nya .

Kedua , perempuan nakkan perhatian .(attention) . Kenapa ?. Tengok balik yang first point , hati perempuan ni dia punya "sensor" paling cepat . Perempuan boleh sedar yang orang di sekeliling dia betul betul fokus kepada dia atau tak . Normal okay bila perempuan suka kan perhatian dari kau wahai lelaki. Kalau dia dah tak buat perangai mengada -ngada dia tu , maknanya dia dah ada lelaki lain la tu 🤭🤣

Tanpa "perasaan" merajuk ni rasanya relationship tak kan ada naik turun . Kalau perasaan stagnant (tegak je) , no hard feelings at all . Macam mana nak enhance perasaan dalam satu perhubungan tu .Jadinya , ada bagus dan ada tak bagus nya perasaan merajuk tu . Wahai perempuan , jangan la sikit sikit nak merajuk . Lelaki pun boleh cepat bosan kalau 24 jam nak melayan perangai merajuk tu . 

Merajuk sikit sikit je dah la . Macam perangai ain pula sekarang , kalau merajuk . Banyak diam banyak senyap je tak bercakap langsung , tak nak tegur . Hahaha . Sign of merajuk! Tapi lama lama nanti , mood merajuk tu akan hilang. 

Korang rasa kenapa perempuan suka merajuk?. 🤭