PENGHIJRAHAN



Penghijrahan 

Assalamualaikum. Lamanya ain tidak menulis di blog akuainkausiapa ini. Entah. Jangan ditanya mana menghilang. Ada je. Banyak update di Instagram mungkin. Untuk entry kali ini , cuma mahu berkongsi kisah kehidupan.

Dulu , Ain takut untuk berhijrah. Rasa macam boleh ke aku hadap semua ni nanti ?. Banyak sangat ketakutan sehingga tidak yakin kepada diri sendiri. Namun , 2023 pada tahun ini mengubah semua persepsi yang ada dikepala otak.

Terus lah kepala ini teringat pada tahun 2010 . Waktu itu aku berhijrah ke Sungai Petani kerana belajar di UITM. Waktu tu seorang manusia pun disana aku tak kenal. Kalau diingat kembali , rasanya tahun itu lagi menakutkan jika dibanding kan pada tahun sekarang.

Sejujurnya , belum ada lagi kata putus untuk berhijrah tapi rezeki seakan-akan memberi jawapan yang "Ain..this is the right time for you...untuk berhijrah". It's not easy untuk aku pujuk diri aku sendiri . Sehingga la di hati ini terdetik "aku ada apa je dekat JB tu ?" . Dah tak ada apa -apa untuk aku perjuangkan. Cuma hanya ada kubur arwah ibu disana . 

Aku terfikir , ini yang ibu mahukan . Ibu tahu anak perempuan nya sangat kuat . Sangat berani untuk terus kehadapan . Semangat ibu yang aku pegang selama ini. Siapa cakap aku tak sayang kisah suka duka , kenangan serta memori terindah di Johor Bahru ? Tempat aku dibesarkan tempat aku dilahirkan. 

Tapi , kali ini.. hati ini seakan-akan memberi kata putus yang terbaik. Jawapan dari Allah buat diri ini. Mungkin dengan berhijrah , rezeki aku semakin luas. Mungkin dengan berhijrah aku berjumpa jodoh. Mungkin dengan berhijrah aku belajar lebih banyak tentang kehidupan. Walaupun is not confirmed yet , tapi tanda-tanda tu seakan-akan memberi petunjuk.

Insyallah . Sekarang ini lebih banyak menyerahkan semuanya kepada Allah. Dulu-dulu semua nak di plan kan nya . Lama-lama rasa sakit kepala dan pelbagai ketakutan yang datang. 

Hijrah itu perjuangan. Perjuangan diri kita untuk berani menerima inilah kenyataan hidup yang sebenar. 

xoxo ,
Ain ❤️