60/366 : DIARY OF THE DAY - 29 FEB 2016

Assalamualaikum untuk semua yang sudi membaca blog akuainkausiapa ini . I is so terharu . Mintak maaf kepada semua blogger sebab ain dah beberapa kali tak dapat nak blogwalking laptop ain masih tak elok . Ain update diary of the day ini pun pakai ipad . Sebab ain kalau blogwalking lebih selesa guna laptop . Senang sekali jalan 100++ blog . Hehehe . Jadi , untuk hari , sempena entri yang ke 60 malah bukan itu sahaja , hari ini juga hari yang ganjil berlaku 4 tahun sekali iaitu 29 Februari. Masaklah siapa yang lahir tarikh ni . Hahaha . Nak kena tunggu 4 tahun baru boleh celebrate . Nasib aku tak lahir 29 Februari tapi 8 Februari. Nak jugak main ayat punchline . Hahaha. Makanya , untuk hari yang ke doplosembilan bulan dua ini , aku nak share cerita tentang ;


  • Singgah ke Mr.DIY 
Aku mula mula mengenali tentang DIY ini sewaktu belajar dekat uitm merbok , sungai petani kedah itu . Nampak lah masa sem 1 dulu kan duduk asrama siap sewa kereta lagi semata mata nak pi Central Square itu . Hahaha . Banyak jugak lah jasa mr Diy masa aku belajar dulu . Bukan itu sahaja , bila dia start bukak dekat Galleria @ Kotaraya , Johor Bahru which is tempat prektikal aku tuh , terbawak bawak lah perangai singgah menyinggah . Aku akan tawaf satu DIY tu sampai aku rasa puas hati . Sebab nak tengok je barang barang yang ada . Hahaha . Dan sekarang dekat Giant yang dekat dengan kawasan rumah aku ini baru bukak . Haa , tadi kemain lah aku meyinggah . Tapi tak sempat nak bertawaf . Sebab dah magrib tadi . Siap la nanti aku bertawaf bila ada kelapangan . Belinya tak ada sangat sebab aku bukan jenis kaki membeli. Hahaha . 



  • Pergi pasar restock barang dapur 
Sebelum singgah ke Mr.DIY tadi , aku pergi ke pasar dulu . Restock barang dapur . Cuma yang tak bestnya , adoiyai . Geram pulak rasa bila pekerja yang jual ayam , ikan itu jenis rokok dok ada dekat tangan . Aku ini allergik bau rokok . Sabar je la tadi . Cecepat aku pilih dan gerak sebab memang busuk okay . Selalunya , aku restock barang dapur macam beli ayam dada , ikan , sayur dan buah buahan . Sayur pulak aku lebih suka restock yang makan mentah tak payah nak masak. Hahaha . Ayam pulak aku perap lah dengan bahan marinate dan masukkan dalam mikrowave . Settle .lagipun sekarang kan tengah proses kurus mengurus . Makanya , kurangkan garam , minyak ,lemak dan gula dalam setiap pemakanan kita . Dulu , aku lah manusia yang paling tak suka makan ayam dada. Muak kot . Tapi , sebab nak kurus dan bila masak sendiri ini boleh nampak lambakan minyak antara bahagian ayam dada atau tight atau peha . Ayam dada tu pun ada minyak jugak tapi yang paling banyak minyak yang bahagian pebret orang kitalah iaitu peh dengan tight . Haa , makanya , terpulanglah kepada kita nak ubaha gaya pemakanan atau biarkan lelemak minyak itu terlekat dibadan kita . Kalau 10 tahun hari hari makan ayam tight, jawab sendiri apa keputusan ya pada badan kita . Hehehe .



Cukup ini sahaja bebelan aku sempen 29 Februari . Assalamualaikum :) 

59/366 : DIARY OF THE DAY - 28 FEB 2016

Assalamualaikum dan hello kepada semua. Alhamdulilah, hari ini dah masuk hari ke -59 secara kosisten nya ain dapat update blog akuainkausiapa ini. Best best best . Insyallah , semoga makin kosisten . Jadi hari ini , aku nak update tentang ;


  • Perut meletop ! 
Hahaha , tajuk cerita tak boleh blah . Akibat hari makan sedunia semalam , mak oi perut aku meletop letop haaa . Aku dah lama tak makan sebanyak semalam . Haa , sakit perut hari ini the whole day . Hahaha . Nasiblah hari ini banyak berehat je dekat rumah . Aku nak makan minyak minyak pun tak berani . Nak bagi heal perut aku dari meletop. Hahaha . Boleh baca entri aku semalam . Ini entrinya . Diary of the day 58/366


  • Small success lead to big success !
Kata orang untuk capai sesuatu perkara itu , kita kena jugak lihat pencapaian yang kita telah berjaya maksudnya pencapaian yang kecil kecil . Contohnya , macam diri aku ni haa . Aku kan nak kurus kan . Bukannya ambil masa sehari boleh terbuang semua lemak . It's takes a few times to achieved the result . Jadi , sepanjang perjalanan kita nak capai apa yang kita nak itu , kita kena letak jugak small success yang kita harus capai . Aku letak yang aku nak pakai cincin yang arwah ibu aku bagi ini dengan selesa. Sebab lepas bambam sangat ini , cinci itu rasa ketat gila. Dan aku bukak lah , dan aku letak datelin yang aku akan pakai nya semula dengan selesa. Alhamdulilah , aku dah dapat pakai dengan selesanya . Seterusnya , kita kena ada jugak baju yang kita nak pakai . Ada satu cardingan aku ini , dulu tak muat nak butang , hahaha. Alhamdulilah dah muat nak butang kan dah. Seronok sangat bila small success kita dah banyak tercapai , dan seterusnya kita akan jadi lebih bersemangat untuk mengejar impian itu . Insyallah . 



58/366 : DIARY OF THE DAY - 27 FEB 2016

Assalamualaikum dan hello kepada semua . Huwaa , hari ini sangat pack yang teramat. Tak sempat nak update blog . Tapi , dengan ruang dan masa yang ada ini , ku gagahkan jua. Hari ini sumpah hari makan sedunia . Dimulakan dengan :


  • Wedding !
Yang bestnya sebab ayam bakar dia sedap gila ! Lepastu kugiran dia perghhhh otai otai tapi sedap gila . Feel gila aku makan sambil dengar lagu best gila dia nyanyi . Terbaik gila , serta untuk pengetahuan , aku kan dah lama tak minum air manis . Jadi , tekak aku jadi macam semacam minum air jambu batu tadi . Memang kena banyak minum air masak untuk hilangkan rasa manis . 

  • Birthday party anak jiran.
Kebetulan lepas aku pergi wedding terus pergi birthday party itu . Adoyai makan lagi . Kali ini makan soto nasi . Lepastu , jiran sebelah amanahkan ajak anak anak dia yang  tiga ketul itu pergi sekali dengan aku . Sebab dia ada urusan hantar anak yang no dua ke asrama .  Dekat party itu , biasalah bebudak bila dah jumpa geng , tak nak balik rumah terus . Nasiblah yang orang gaji dia ikut sekali . Terpaksa aku tinggalkan diorang sebab aku nak bersiap siap untuk ke bbq party malamnya. Kan dah cakap jadual penuh gila. Hahaha . 


  • Bbq party!
Well , bbq party sound so great. Memang hari ini hari cheat sedunia aku . Hahahaha . Makan tanpa henti . Pergh dengan dessert dia mak oi! Memang cheat habis . Apa apa pun , esok back on track misi kurus aku itu . 


Cukuplah untuk hari ini . Seriously penat gila . Assalamualaikum :)

57/366 : DIARY OF THE DAY - 26 FEB 2016

Assalamualaikum dan hello kepada semua. Alhamdulilah hari ini masih sempat update diary of the day untuk hari ini. Bestnya dah update keypad iPad ini , dia suggested words yang selalu kita tulis. Makanya tak payah dah lenguh lenguh jari menaip. Heheheh . Jadi , untuk hari ini , ain nak share pasal :



  • Sport Planet buat Sales!
Bayangkan nak meredah almost 30 KM jugak dari rumah ke ulu tiram tadi semata mata nak tengok apekebenda yang sales nya. Jadi petang tadi ajak la abang aku pergi . Sampai je , boleh pulak escalator semua dekat mall tu rosak . Woi! Memang sengaja nak bagi aku exercise je kan . Masuk masuk je , mak oi ramai nya manusia . Aku dah macam pening . Sebaba aku ini bukan sejenis manusia yang suka tempat sesak macam gitu . Hahaha . Tapi , tipsnya senang je . You know what you should buy! Aku pergi ke sana sebab nak cari seluar untuk workout . Baju , kasut semua aku tak nak . So , i will strictly to say no at that sections . Makanya dapatlah aku satu seluar dengan sport bra . Terus pi bayar . Pada aku kalau jualan gudang ini , aku tak akan ambil barang yang harga sampai beratus . Sebab tak worth it lah. Dah la dia punya ramai berebut tak lah sangat tapi disebabkan oleh brand brand yang kuat seperti adidas , puma dan sebagainya , ada yang sanggup beli ehk . Memang lah 70% discount , daripada 300+ jadi sampai 100+ , ada yang 89 ringgit . Fuh , kalau tak kuat iman , memang melingkup semua pakat nak beli . Hahaha .




  • Berat turun 1.7 KG !
Yeah , yang ni memang best. Alhamdulilah , semenjak dalam proses kurus mengurus ini , nampak gila penimbang makin berkurang nombornya . Bersyukur sangat! . Yelah , bila dah tau cara yang sesuai macam mana ianya buat kita makin bersemangat tambah tambah dapat result yang bagus! Doakan semoga aku terus kosisten ye! Insyallah . Mana tau raya nanti pakai size S! Fuhh! Pengsan makcik makcik dekat kampung nengok. Hahaha . sebelum sebelum ini asyik nak kurus , berdiet bagai tapi tak dapat result yang best. Insyallah , untuk misi kali ini semoga ianya berjalan sampai lancar. Hehehe.


Cukuplah untuk dua cerita ini . Assalamualaikum :)

56/366 : DIARY OF THE DAY - 25 FEB 2016

Assalamualaikum dan hello kepada semua . Hari ini rasa macam agak keletihan sedikit . Terasa macam nak tidur dah ini . Tapi teringat yang belum update diary of the day iolls . Makanya kenalah buka blog sekejap dan update . Its a must thing that I should doing it everyday! Hehhe . So far , Alhamdulilah rasa seronok dan sangat enjoy bila dah kosisten menaip diary of the day ini . Jadi untuk hari ini , aku nak share tentang:


  • Pergi ke poslaju 
Petang tadi ain ada nak buat posting sedikit , makanya singgah lah ke pejabat pos laju . Dulu post office yang dekat dengan rumah ini terima untuk guna sistem poslaju . Tapi , sekarang semua dah kena refer ke pusat pos laju . Makanya , memang setiap kali kesana mesti penuh . Alhamdulilah , petang tadi tak berapa nak ramai orang . Lepas dah settle itu , ternampak lah ada seorang chinese ini , mak oi rasanya 5 beg besar jugak dia hantar untuk buat posting . 5 beg besar yang boleh isi banyak parcel . Entah entah 100 lebih parcel dia posting . Akak yang jaga kaunter  itu siap dah kenal dia dah "boy , hari ini banyak tak?" . Fuhh , respect lah dekat chinese itu . Simple je pakaian dia . Hehehe. 


  • Cipta resepi sendiri !
Semenjak aku tengah dalam proses kurus mengurus ini , aku banyak cipta resepi sendiri . Hahaha . Yelah , setiap bahan bahan yang diletak kena lah tahu kan sesuai ke tidak . Aku ada satu resepi ini , simple dan healthy okay ! Tak payah nak tergedik gedik pergi goreng sampai nak kena minyak panas bagai . Hahaha . Aku bagi nama Resepi Pemalas Tapi Sihat . Hahahha . Bahan bahan dia simple je , ayam , kicap , serbuk cili , seasoning . Settle ! Gaul gaulkannya dengan ayam itu . Masuk dalam mikrowave about 7 minutes settle ! Sumpah sedap . Macam ayam tandoori pun ye jugak . Normally aku akan makan dengan sayur yang raw sebab malas lah nak tumis bagai . Lagipun , mission aku ialah untuk kurangkan garam , gula , minyak , lemak . Alhamdulilah , gula dan lemak aku dah banyak kurangkan sebab aku dah membiasakan diri makan ayam dada serta i have strictly to say no pada kulit ayam.  Untuk kurangkan gula pula , untuk sekarang ini aku banyak minum air masak . So , dua dah settle tinggal lagi garam dan minyak . Macam mana nak selesaikan masalah ini ? Masak guna mikrowave . Secara tak langsung penggunaan minyak dapat dikurangkan . Bukan itu sahaja , resepi ayam pemalas aku ini siap masak , aku boleh nampak kot dalam ayam itu sendiri dah ada minyak . Jadinya , always love your body! Takkan lah hari hari nak belasah nasi lemak ayam tight kan! Hahaha .


Cukuplah cerita aku untuk hari ini . Assalamualaikum :)



55/366 : DIARY OF THE DAY - 24 FEB 2016

Assalamualaikum dan hello kepada semua . Hari ini sudah masuk hari ke lima lima dah macam buku hutang 555 dah ni . Hahaha . Wah, tak sangka dah 55 entri diary of the day yang aku tulis . Rasa macam baru je aku start menulis 1 januari hari tu bulan itu . Hahaha . Aku rasa sangat bangga dengan pencapaian aku ini . Kira boleh dah la ini jadi penulis . Hahaha . Jadi , untuk hari ini , apa aku nak tulis seyh . Hurm , tengok lah apa yang terasa nak tulis ini :


  • Jemputan untuk join giveaway!
Kepada semua blogger yang awesome , anda dijemput untuk memeriahkan lagi giveaway ini . Alhamdulilah , ain menjadi sponsor kepada giveaway ini . Tinggal beberapa hari sahaja lagi . Mana tau rezeki menang hadiah . Tarikh last join giveaway ini ialah pada 28 februari . Makanya , siapa yang belum join anda wajib join . 



  • Facebook memories
Kekadang Facebook keluar kan lah memories gambar lama . Adoiyai , teringat kenangan lama . Sebenarnya , in a positive way kita dapatlah jugak ingat kembali pada gambar yang terpampang itu . Cuma , rindulah kan kalau kenangan yang best itu . Sebenarnya , Facebook ini bagus sebab dia tukang ingatkan tarikh lahir , wedding invitation . Manusia ini kekadang bila banyak komitmen mula lah terlupa itu ini . Thanks facebook sebab sudi ingatkan manusia macam kitorang . Hahahha . 


  • Membeli belah di Daiso
Please korang jangan judge aku duduk hutan . Aku first time pergi singgah ke Daiso di Jusco Bukit Indah , Johor Bahru . Hahaha. Yela , malu aku tau tadi masuk pasaipa takdak harga . Rupanya dia kira semua barang RM 5.30 termasuk GST . Ala ala kedai dua hinggit lah . Paling buat aku rasa malu nya ialah , geng bangla pun shopping dekat Daiso , teruk betul aku first time masuk . Hahaha . That was so shame ain ! Aku beli peralatab dapur yang cute cute weyh. Sebab abang aku mintak aku carikan hadiah kahwin untuk kawan dia dekat IG . Aku tak jumpa apa yang sesuai . Jadi , aku pun ajak lah pi Daiso . Kebetulan aku dah lama nak cari yang sesudu , dan secawan yang boleh sukat tuh . Senang aku nak follow resepi contohnya dia cakap kena letak 1/4 table spoon . Haaa , set sukat itu comel kot . Jadi , aku beli lah . Hehehe 


Cukuplah untuk hari . Assalamualaikum :) 



54/366 : DIARY OF THE DAY - 23 FEB 2016

Assalamualaikum dan hello kepada semua . Alhamdulilah dah hari ke 54 ain kosisten update blog . Itu satu penghargaan yang besar untuk diri ain . Betul lah orang kata , kalau rancang untuk mencapai sesuatu kena start doing it . Yang paling susah ialah part nak kosistenkan apa yang patut kita buat . Jadinya , aku dah macam jadikan kebiasaan hari hari update diary of the day ini . Jujurnya , aku sendiri rasa bangga kepada diri sendiri sebabnya aku dah melangkah kepada 50 entri . Fuhh , aku tak pernah buat kosisten update blog sepanjang aku menjadi blogger . Tapi , untuk tahun 2016 ini aku nak sendiri menyaksikan perubahan yang besar kepada diri aku yang lebih positif. Insyallah . Jadi untuk hari , aku nak update tentang ;



  • Bestnya ada fitness buddy !
Jujurnya kalau kau tengah dalam proses kurus mengurus ni , kita mesti kena ada orang disekeliling yang support kau .Bukannya suara suara biawak yang akan bring you down . "Ala , takyah lah nak makan jaga jaga sangat". "Kau ni kata selalu pergi gym tapi tak kurus pun" . Rasa nak mencarut je orang cakap macam gitu . Kau ingat lemak dekat badan ini boleh terbuang sehari dua? Kau menternak lemak pun ambil masa setahun dua . Apatah lagi kau nak buang nya . Memang la take time. Yang penting aku buat something . Aku kosisten kannya . Jadi , untuk kata kata macam gini kan boleh buat kita down kan . Haa , ini lah tujuannya ada fitnesss buddy . Fitness buddy aku ialah bff aku sendiri . Walaupun kitorang jauh , aku dekat jb dia dekat putrajaya tapi itu tidak mematah kan semangat aku . Nowadays , whatsapp kan ada . Apa apa exercise , makanan share lah dengan fitness buddy kau . Cari orang yang boleh positifkan kau disaat orang semua berkata negatif . It will make you back on track where should you doing it! 


  • Tak kuat lari !
Ahaks! Kalau dekat sekolah dulu aku paling benci bila kena lumba lari . Sebab aku start gemuk dari sekolah . Dari umur darjah 4 . Masa tu kan baru nak start perubahan hormon kepada akil baligh . Badan aku memang naik mendadak sangat . Seperti biasa , aku paling nak elak lumba lari . Sebab aku selalu menjadi orang yang paling last last . Sedihkan . Insyallah , untuk proses kurus mengurus ini , aku nak take the challenge . Apa yang aku benci itu aku nak buat. Tadi exercise , aku berlari sekuat hati . Ada orang cakap laju seyh ain lari tadi . Pergh , kau rasa ? Rasa nak nangis bila kita dapat mencapai sesuatu perkara yang baru . Insyallah , lepas ini aku cuba nak build up stamina dengan berlari . Doakan aku yer! 


Cukuplah untuk short entry diary of the day aku ini ! Assalamualaikum :)

53/366 : DIARY OF THE DAY - 22 FEB 2016

Assalamualaikum dan hello kepada semua ye ! Phew hari ini sangat pack jadual . Walaupun masih single , tapi ain kan anak seorang perempuan . Memang semua pasal rumah kena lah amek tau . Penatnya . Termengah mengah rasa . Hahaha . Walaupun begitu , itu amanah yang ALLAH berikan kepada ain . Mesti arwah ibu rasa happy anak dara yang seketul ini dah boleh gagah dan boleh lah sesikit jaga rumah . Hahaha . Jadi , untuk diary of the day chapter yang ke 53 ,ain nak share tentang :



  • Pergi shopping barang dapur
Petang tadi ain pergi ke pasar dan macam biasa kedai RM2. Eh , RM 2.12 sebab masuk GST . Kalau pergi pasar mesti akan singgah kedai dua hinggit itu . Sebabnya kedai itu dekat je dengan pasar yang ain selalu pergi itu . Dah alang alang singgah je lah kan . Yang mula mula buat ain terjebak ke kedai dua hinggit ini ialah ayah ain . Dia yang selalu jadi customer tetap dekat situ beli kismis dengan jajan . Haahahaha . Murah lah kata kau ! Pastu tadi masa dekat kaunter bayaran itu , nampak seorang cina ni dia borong mainan budak banyak gila . Aku rasa dekat ratus jugak dia beli . Adik cashier itu cakap "dia memang selalu datang sini beli banyak" . Mungkin dia nak buat charity ke , nak jual online ke , ada tadika ke . Mana kita tau kan . Kadang kadang bebudak ini bukannya semua minat gula gula , tapi bagi mainan kebiasaannya mesti dia akan main jugak kan . Terus aku dapat idea macam kalau nak bagi hadiah ke untuk bebudak datang je sini . Hahaha . Yang pasti kalau ada party ke , aku mesti akan borong gula gula dekat sini. OMG! Banyak pilihan kot . 


  • Karoks guna youtube pun okay lah !
Untuk pengetahuan aku ini sejenis manusia yang suka karoks , ya ALLAH memang  muka aku kalau orang ajak karoks mesti paling bersemangat lah sebab aku memang suka gila! Hahaha . Padahal suara tak ada lah sedap mana . Hahaha . Tapi , jujur aku cakap dekat johor bahru ini banyak tempat aku pergi , karoks dekat sini tak best . So ,kalau aku naik ke kl memang normally akan cari karoks lah lepaskan gian . Hahaha . Sebab dekat sini normally sound system dia sangat tak best langsung . Dengan mikrofon adoi , buat sakit tekak je nyanyi . Pergh gaya aku cakap  penyanyi profesional kau jah woi! Hahaha . Jadi untuk melepaskan kegilaan dan kesukaan aku itu , bukak youtube haa cari je yang versi karoke . Pastu nyanyi lah sampai rasa puas . Hahaha . Free je kan ! . 



Cukup lah untuk hari ini . Assalamualaikum :) 
Kejap! Lupa nak pesan dekat uolls ; 
Anda semua dijemput join giveaway ini sebab ain merupakan salah seorang sponsornya .

52/366 : DIARY OF THE DAY - 21 FEB 2016

Assalamualaikum dan hello kepada semua . Alhamdulilah , sekali lagi berkesempatan untuk mengupdate blog akuainkausiapa ini . Aku nak minta maaf sangat sangat laptop tak okey lagi . Makanya aku tak boleh nak blogwalking  ke blog blog blogger lain . Maaf ye ! Jadi untuk entri ke 52 ini , aku nak cerita pasal :


  • Wedding invitation dekat Facebook
Aku dah jarang bukak facebook as aku macam tak ada perasaan sangat nak scroll facebook. Hahaha . Tapi bila aku log in je , adoyai , notification mesti ada wedding invitation .OMG ! Tak stress pun 
 Cuma rasa zaman zaman berumur doplolima ni memang kena kerap kali dapat wedding invitation ke? Rasanya dedulu banyak dapat notification candy crush dan segala jenis game je . Hahahha . Time change so fast . Sedar tak sedar kawan kawan dah kahwin . Tak stress pun tak kahwin lagi . Sebab memang tak bersedia ke arah itu pun . Cuma dulu dulu semuanya jemput pakai kad kahwin. Sekarang semuanya pakai facebook je . Kadang aku saja je minta kad lagipun kenangan kan . Yela , kau nak orang datang wedding kau tapi jemput macam kurang beradab. Opps ! Dari sudut positif nya , jimat kos invite guna facebook cuma kena lah beradab nak orang datang majlis kita , jemput pun janganlah last minit. Lepastu sentap tak dapat datang . Opps! . 


  • Demi kek coklat sanggup workout
Haa , semalam aku dapat kek coklat cenonit (kecik) je . Jiran bagi sebab ada majlis aqiqah anak dia . Demi aku nak merasa sebab tak nak cheat , hari ini aku workout jugak . Ala dapat buat 20-30 minit high intensity pun kira sangat bagus . Balik dari workout tadi terus makan kek coklat itu . Sumpah , tak rugi woi! Sedappp gilaaaaaaa . Pastu nengok dekat bekas kek itu dari singapore . Mungkin di tempah dekat singapore kot . Ala , jb singapore kan sebelah je. Hehehhe . At this time , aku seboleh mungkin untuk tidak cheat . Sebab penat woi exercise , lepastu kau nak cheat bagai padahal dah doplolima tahun hang jadi penipuuu jee bercheat cheat bagai . Puih! 


Cukuplah untuk dua cerita pada hari ini . Assalamualaikum :)

51/366 : DIARY OF THE DAY - 20FEB 2016

Assalamualaikum dan hello kepada semua . Hmm , hari ini aku jadi macam blur tak tahu apa yang nak di update kan nya sempena Diary of the day aku . Hahaha . Oh , aku nak cakap berbanyak terima kasih sebab sudi baca dan komen dekat blog akuainkausiapa ini . Ya ALLAH tak tahu nak balas macam mana . Hehehe . Jadi entri untuk kali ini ialah ;


  • Buat DIY random qoutes
Tadi petang aku tak ada nak buat apa , so aku pun buatlah DIY random qoutes sebab ada papan putih dekat bilik aku ini macam dah buruk . Sebab dah lama kan . Untuk pengetahuan semua , aku ini bukan sejenis gegirl yang kreatif untuk buat benda benda yang comel . Tapi , lepas dah tengok beberapa idea dekat youtube , makanya tidak salah aku mencuba kan . Hahaha . Oh aku tak habis buat lagi itu . Aku kumpul kan semula keychain yang orang bagi dan ingat nak buat DIY kan lah so that tak adalah biar terperap je dalam kotak bawah katil . Hahaha . Nanti dah siap aku tunjuk . Belum siap segan haih nak nunjuk kat orang . Hahaha .



  • Koleksi teddy bear yang banyak
Okay , yang ini kelakar. Aku ini bukannya jenis perempuan yang very the gegurl . Aku ini sejenis perempuan bergaya boyish . Kasaq tudia! Hahaha . Tapi , aku pelik koleksi teddy bear aku boleh tahan banyak woi . Hahaha . Terima kasih pada yang sudi bagi . Tapi , yang selalu banyak bagi itu arwah ibu aku . Ingat lagi , masa aku sekolah dulu , aku selalu teman ibu aku pergi kedai cenderahati . . Lepastu ada banyak jual teddy bear yang untuk convocation tu kan . Aku cakaplah aku nak . Ibu aku cakap , "ibu akan bagi hadiah teddy bear convo ni nanti masa ain dapat degree" . Tapi , ibu aku meninggal betul betul sehari sebelum hari convocation aku . Dan aku tak pergi pun convo aku itu . Aku pergi next punya sesi . Pada waktu itu , abang dengan ayah aku yang ajak aku pergi dekat orang yang jual jual bunga ada teddy bear itu , paksa aku pilih mana yang aku suka . Actually , aku tak nak langsung sebab orang yang nak berikan pada aku itu dah meninggal . Tapi , abang aku lah ingat , itu kan ibu aku punya janji , walaupun ibu dah meninggal , hero hero aku tetap akan buat aku gembira . 


Aiseyh , teremosi pulak kan cerita tedy bear convo aku ini . Ibu , what ever it is.  Your only princess ibu ini akan selalu dan sentiasa kuat . Insyallah . Assalamualaikum :)



50/366 : DIARY OF THE DAY - 19 FEB 2016

Assalamualaikum dan hello kepada semua . Alhamdulilah , hari ini dah hari ke-50 weyh! Dah hari ke 50 kita berada dalam tahun 2016 . Cepatnya masa berlalu kan . Alhamdulilah juga , dekat jb ini hujan jugak . ALLAH turunkan rahmat hujan supaya bumi ini sejuk dan tak panas . Sejuk sejuk ini best tidur . Hahaha . Jadi untuk hari ke 50 Diary of the day aku ini , aku nak share pasal :


  • Tema majlis hari jadi
Sekarang ini boleh dikatakan semua nak sambut hari jadi bertema kan . Masa aku kecil kecil dahulu , asal ada kek , belon , gula gula dah cukup dah sebagai hari jadi . Tapi , zaman sekarang dah berubah . Alhamdulilah , berkesempatan dijemput ke hari jadi anak kawan . Tema minion kau . Hahaha . Sanggup mama dia nak mintak pinjam alas meja biru dan kuning . Dari alas meja , kek , kuih apom pun minion jugak . Sedap. Yang best ada salad dan ayam bakar . Ya ALLAH sedap hingga menjilat jari . 



  • Kenduri sana sini 
Jujurnya , bila tengh dalam proses kurus mengurus ini , memang ianya sangat satu cabaran . Cabarannya bukan kena buat exercise sampai berpeluh peluh , tapi semuanya tentang makanan . Yela , dalam hidup ini makanan memang satu cabaran yang hebat . Makanan la penyebab aku bambam . Tapi tetap diri sendiri juga yang salah . Alhamdulilah , setiap kali bila aku pergi ke mana mana majlis , aku akan cakap pada diri aku to say no pada makanan yang ada carb dan manisa manisan . Lagipun untuk sementara je kan . Penat woi berusaha bagai nak rak bila dapat cabaran macam gini je terus lupa mission yang kita nak capai . Hehehe . So , tolong jangan goda aku sangat sangat dengan makanan ye! Kesian aku tau . Hahahaha .


Sebelum aku tutup entri ke 50 ini , aku nak jemput uolls untuk join giveaway yang aku sponsor ini .

Klik di sini. Awesome Birthday Giveaway 

Assalamualaikum :)

49/366 : DIARY OF THE DAY - 18 FEB 2016

Assalamualaikum dan hello kepada semua . Diam tak diam sebenarnya dah masuk hari ke 49 kita berada dalam tahun 2016 . Ya ALLAH kejap nya masa berlalu kan . Aku pun dah selamat menyambut hari jadi yang ke doplolima tahun . Masuk hari ini , dah sepuluh hari aku berusia 25 itu ! Ya masih muda ! Hahaha . Dah tu kau nak cakap dah tua . Choy ! Tak best kot rasanya nak declare diri ini sudah menjangkau penuaan . Hahahaha .  Rilex lah , kita enjoy ! Okay ain tolong serius , orang tengah khusyuk baca apa yang kau tengah tulis ini . Hahaha . Terima kasih ye sebab sudi baca blog akuainkausiapa ini . I is terharu ! Makanya untuk diary of the day pada hari ini aku nak share tentang ;



  • Berhati hati dalam bersosial media
Ini cerita benar berlaku kepada kawan aku yang terlampau open memaki hamun di facebook dan mengakibatkan diri dia ditahan . Ini pengajaran kepada kita , walaupun kita ini setiap hari setiap saat bermain dengan emosi , tapi kita perlu jugak berhati hati dengan setiap butir patah perkataan yang kita tulis dan lontarkan . Itu sebab aku semakin kurang aktif di Facebook dan twitter pun sekarang lebih cenderung untuk retweet tak pun scroll je . Aku lebih prefer scroll di Instagram sebab ianya gambar . Lagipun , aku lebih suka pada Instagram sekarang berbanding di Facebook . Kadang kita tak sedar apa yang kita buat itu sebenarnya satu kesalahan sebab itu kita perlulah berwaspada dan berhati hati dengan setiap tindakan . Orang sekarang semua benda nak bagi tahu dekat social media . Semua benda main slumber je meluahkan perasaan . Dari sudut positif nya , apa apa yang kita update ini sebnarnya mengajar kita untuk berfikiran matang dalam setiap apa yang kita lakukan . Ingat ! We have a limit in throw it out our emotions . 


  • Sponsor kepada giveaway ini 
Alhamdulilah , untuk kesempatan bulan februari ini , blogger kepada sayasyiera.blogspot buat giveaway sempena hari jadi dia . Disebabkan aku pun lahir bulan februari , makanya aku pun cakap lah , nak tumpang sekali . Hahaha . Korang jangan lupa join ye . Link dia yang dekat bawah ini .



Okay , cukuplah untuk hari ini . Assalamualaikum :) 

48/366 : DIARY OF THE DAY - 17 FEB 2016

Assalamualaikum dan hello kepada semua . Alamak , dah time time gini baru nak update blog akuainkausiapa ini . Wohoo , hakak pack jadual sampai ni baru nak menaip ini . Terfikir jugak untuk buat schedule post , just set time bila nak post entri itu . Tapi itu lah , berblogging ini kena ada mood jugak kan . Makanya , untuk hari ini aku nak cerita pasal :


  • Peng update tegar
Aku kalau dalam group ada sesetengah yang aku suka memekak atau bahasa yang paling aku suka mencapap . Hahaha . Lagi sekali aku ulang , mencapap ialah mencari publisiti tapi aku suka eja begitu sebab its sound soooo betul betul show off . Hahaha . Ada kalanya dalam group whatsapp aku lebih memilih untuk berdiam diri sebab tak tahu nak sembang apa . Bukan itu sahaja , aku realize yang sometime kita kena jugak jaga sensitiviti manusia yang terlibat dalam group itu . Ini kekadang aku nengok slumber je pompang pompang (sembang rancak) sampai beratus beribu notifications kau ! Jenuh iolls nak scroll. Terus delete je kadang kadang . Hahaha . Sebab jujurnya , pada usia yang doplolima tahun ini aku jadi banyak kesedaran yang perlu ke semua benda nak pompang pompang tapi in reality you are nothing! . Instead of sembang je why dont you do something to have a better result in your life . Haaa , aku terus speaking londonnnn ni . Hahaha . Maaf aku perasan yang aku belum kahwin ini pun bukannya jenis berkepit dengan hanset or social media 24/7 . Aku bukan jenis yang kaki ngadap social media setiap masa weyh! Its not a life bebeh . Ada masa aku jenis akan campak tepi henset . Tengok tv especially layan english movie . Hahaha . So , in our life , tak yah lah sibuk nak jadi pengdate tegar sampai kita lupa nak menghargai masa yang kita ada bersama dengan orang yang kita sayang .


  • Generasi Berbeza
Jujurnya , membesar dalam usia doplolima tahun tanpa seorang ibu ini bukannya suatu perkara yang mudah . Bila mana aku kena hadirkan diri ke program program yang melibatkan makcik makcik , faham faham lah situasi dan cara mereka macam mana kan . Ianya suatu yang sangat berbeza dengan gaya hidup remaja macam kita . Cehwah , remaja lagi ke uolls . Hahaha . Walaupun begitu , aku kena lah guna kan cara aku yang berbeza macam mana aku jumpa dengan kengkawan aku . Susah juga tau nak menyesuaikan diri lagi lagi bila mula mula nak memulakan perbualan dengan orang yang tak sebaya dan tak segenerasi dengan kita . Tapi , ALLAH itu nak ajar aku untuk belajar sesuatu perkara yang baru . Lagipun tak ada lah kita berada pada takuk yang sama sahaja kan .


Fuhh , cukuplah untuk hari ini . Assalamualaikum :)

47/366 : DIARY OF THE DAY - 16 FEB 2016

Assalamualaikum dan hello kepada semua . Hari ini aku terus nak update Diary Of The Day aku awal awal . Sebab selalunya aku update malam kan . As malam ini aku ada hal so aku takut aku balik rumah dah penat terus tak ada mood nak menulis blog . Jujurnya , menulis blog ini kena ada mood jugakkan kalau tak aku sendiri pun tak dapat rasa best ke apa yang aku tulis ini . Hahaha . And again , laptop aku kurang sihat lagi sebab aku tak sempat nak pergi hantar . Makanya , tak dapatlah nak blogwalking pada hari ini . Soorrryyy blogger blogger yang lain . Jadi , untuk hari ini aku nak sembang pasal :


  • Aku bukan guna diet atkins
Ramai blogger yang komen dekat blog aku , ceh , ramai dia macam berjuta siot ! . Ada lah aku perasan setiap kali kalau aku post pasal berat dah berkurang , atau tentang pemakanan semua ingat aku buat atkins. The things is that you are so wrong ! Hahaha . Aku mengamalkan diet dengan memahami struktur piramid makanan . Contohnya , nasi duduk dekat piramid yang mana . Siapa cakap aku tak makan nasi ? No no no ! Aku makan nasi okay ! Hang gila apa , Malaysia ini dok ada banyak sawah padi hang dok buat teroq tak nak makan nasi pasaipa? The things is you have to know apa yang kau makan itu duduk dalam piramid mana . Nasi , mee , roti , oat itu ialah carb yang mana ianya memberi tenaga yang tinggi kepada kita . Kalau dah selamat masuk dalam perut , you have to burn it by doing the exercise . Pulun lah hang makan roti nak elak makan nasi is still the same bebeh .  Untuk fat loss kena banyak makan protein dan sayur sayuran serta buah buahan . Protein itu contohnya macam ayam , seafood , keju rendah lemak , susu rendah lemak , kekacang dan telur . Less carb that you eat will giving more result . So, bila masanya aku makan nasi ? Aku akan makan nasi bila aku bersenam yang high intense . High intense itu contohnya kau buat workout yang ade repition , set serta heart rate kau naik mendadak dadak sampai kau tercungap dan rasa nak termuntah . Hello zumba yang kau buat joget joget itu tak berapa intense sangat . Normally , trainer akan panggil itu sebagai active rest activity . So , nak kurus kena tahu apa sebenarnya yang perlu kita makan . Always explore the things macam merajinkan diri google , youtube macam mana cara nak masak makanan yang rendah kalori . Banyak weyh . Sila jangan pemalas . Makin pemalas , makin gemuk nanti !


  • Berat dah turun lagi 1.3 KG
Oh , yang ini aku rasa macam nak melompat dari johor bahru sampai ke singapore . Hahahah . Tadi aku timbang . Sebab last last week , berat aku banyak turun 0.4 , 0.6 KG je . Lepastu aku semak balik apa workout yang aku buat , apa makanan yang aku melantak . Sebenarnya , badan kita kalau dah biasa dengan exercise yang sama dia akan jadi susah nak turun dengan jumlah yang banyak . Sebab ianya dah terbiasa . We call it plaetue .(entah betul ke idok ejaan nya ) .Hahaha . Jadi , kita kena tukar  apa kebiasaan workout yang kita buat kepada yang lebih intense serta pemakanan kita pun kena tukar . Ala , diri kita sendiri pun cepat bosan apatah lagi badan manusia . Ingat ! Apa apa pun yang kita lakukan , we need to love our body , we need to love ourself . Selalu mintak maaf pada diri sendiri sebab jadi gemuk . Itu yang aku selalu cakap pada diri aku . Aku yang bersalah atas kegemukan ini . Bukan orang lain. Sebab diri sendiri yang suap masuk makanan dalam mulut. So , forgive yourself so that you will appreaciate more on what you are doing that .


Cukuplah untuk ini sahaja yang aku nak kongsi . Kalau ramai yang berminat nak tahu pasal weight loss journey ini , nanti aku share lagi ehk . Apa apa pun , kena ingat ada yang kata 70% ada yang kata 80% , dalam pembentukan badan kita ini dari PEMAKANAN ! .Hanya 20 % / 30% sahaja dari exercise. Tak guna hang dok pulun teroq dekat gym tapi makan tak jaga ! You will not get the result . 

46/366 : DIARY OF THE DAY - 15 FEB 2016

Assalamualaikum dan hello kepada semua . Ain rasa terharu sangat sebab walaupun ain jarang blogwalking , tapi semalam punya entri masih ada yang sudi komen . OMG ! I feel so touch bebeh ! . Insyallah , laptop ain okay balik , ain akan struggling blogwalking yer . Nak sangat berkenalan dengan seberapa ramai blogger . Sekarang ini dapat update pun pakai ipad which is sangat tak best. Hahaha . Tak sama feel macam update pakai laptop. Makanya , untuk entri hari ini ain nak cerita pasal :


  • Balas komen dari blogger
Jujurnya , ain tak pernah lagi reply komen yang semua blogger komen di entri blog akuainkausiapa ini . Hahaha . Sebab ingatkan macam tak payah reply .Tapi bila tengok semula blogger blogger yang femes macam kak Mia pun reply , inikan aku yang sendu sendu ni tak nak reply . Makanya , selepas ini , segala komen insyallah , aku reply ye . Ini secara tak langsung dapat meningkatkan engangement  sesama blogger . Tak gitu . Hahaha . Insyallah , ini task to do sebagai blogger yang aku kena buat . Untung ada yang sudi komen dekat blog ini dari tak ada langsung kan . Hehehe .


  • Susun atur semula bilik sendiri
Tadi petang sempat lah jugak aku ubah suai mana yang aku rasa nak ubah dekat bilik aku . Aku jadi gila pada DIY lagi lagi bab hias rumah . Tengok dekat youtube je . Dah dapat lah jugak idea apa yang aku nak meng DIY kannya . Ingat macam nak senang senang sedikit baru aku nak buat. First aku nak DIY segala jenis gambar satu keluarga yang dok tersimpan dalam album itu . Dah duduk dalam album mestilah jarang nengok kan . Why not kita DIY kan dia so that hari hari kita ada rasa semangat nak tengok . Nanti kalau dah siap , aku kongsi dekat uolls semua yer. Apa apa pun , yang penting aku nak sangat kosisten kemas rumah , merajinkan diri vacuum satu rumah mungkin seminggu sekali. Mesti jadi lebih seronok bila duduk dekat rumah kan. Makanya , lebih banyak lah idea yang mencurah dekat dalam blog ini nanti . Bahahaha . Pergh , dia punya imaginasi . Hahaha .


OMG ! Bateri ipad tinggal 5% je ! Aku pun nak undur diri . Insyallah apa yang aku update ini aku akan buat dan laksanakannya ye ! Assalamualaikum :)

45/366 : DIARY OF THE DAY - 14 FEB 2016

  


Assalamualaikum dan hello kepada semua . Hari ini agak kelam kabut gelabah sedikit kerana laptop ain buat hal . Dalam kepala otak dah pikiaq , adoyai , macam mana dengan blog akuainkausiapa ni ? Siapa nak tolong update kan kalau tak diri sendiri . Hahaha . Cer teka kenapa aku gelabah ?  Sebab aku tak ingat password . Hahaha . Siap geledah buku catatan apa semua . Last last aku reset semula . Alhamdulilah , boleh masuk . Yang tak bestnya kena update pakai ipad je ni . Tak syok oh . Lagi best pakai laptop sebab perasaan aku menekan keypad itu ye. Hahaha . Jadi untuk hari ini , aku nak share dengan korang ;

  • Tersedih sebab rindu arwah ibu
Tadi aku sangat tak larat disebabkan period pain. OMG! Tak sensored sangat kan ? Lagipun its a normal kan perempuan bercakap mengenai ini . Yes ! Its freaking damn hurt . Sampai aku menangis menahan sakit . Terus aku teringat arwah ibu aku . Sebab dulu kalau aku merajuk , kalau aku menangis , kalau aku sakit , dialah selalu pujuk aku . Kadang kadang dia buatkan aku milo panas . Lepastu sanggup naik tangga rumah ketuk bilik aku sebab ibu aku tak berapa nak larat naik tangga . Aku jadi tersedih sebab sekarang , aku yang kena pujuk diri aku sendiri . Aku nangis seorang diri . Tapi , we are not alone . ALLAH kan ada . Dia pasti rawat rasa sedih itu . Aku selalu cakap , Dia tahu  apa yang aku rasa . Aku tak perlu nak buktikan pada mata mata manusia yang susahnya nak teruskan hidup tanpa seorang ibu . Tapi , ALLAH itu Maha Mengetahui Segala galanya . Dia sebenarnya sentiasa rindukan doa dan rintihan dari hambanya. Kenapa kita kena cari belas ihsan manusia sedangkan Yang Maha Esa itu sentiasa ada bersama kita . Jadinya , aku terus rasa lega dan tenang lepas mengadu kepada Dia Yang Maha Mendengar itu . Terima kasih ALLAH kerana kau selalu merawat hati aku ini .


  • Kosisten update Diary Of The Day 
Demi aku nak mereward diri aku sendiri , dan janji aku untuk kosisten update diary of the day , aku gagah juga menaip walaupun aku rasa macam tak syokk oh update tanpa guna laptop. Oh , aku nak minta maaf juga , aku memang susah sedikit la nak blogwalking sekarang . Sebab selalu kalau aku blogwalking memang sekali berpuluh beratus . Jadinya , mana yang kalau aku nampak post korang , randomly la aku singgah dan komen ye . Fuhh jadi blogger ini banyak juga dia punya rintangan kan untuk kosisten kan menulis . Tabik la pada yang memang hari hari update dan sempat blogwalking ke blog blog yang lain . Insyallah , aku pun nak tingkatkan lagi prestasi aku dalam dunia blog ini . Sama sama lah kita ye .



Cukup lah untuk ini sahaja apa yang aku dapat update . Jangan lupa terus kosisten ye dalam dunia blog ini ,! Assalamualaikum 😉


44/366 : DIARY OF THE DAY - 13 FEB 2016

 



Assalamualaikum dan hello kepada semua . Alhamdulilah , hari ini jadual aku agak padat . Malam ini baru sempat buka laptop update blog . Walau macam mana sekalipun , that my mission untuk kosisten blog . No matter penat ke ape , update lah jugak kan . Hari ini aku punya aktivi ialah :


  • Pergi pasar restock barang dapur 
Semenjak aku dah mula nak mengamalkan proses kurus mengurus ini , aku banyak ke pasar membeli bahan bahan untuk dimasak sendiri . Keluarga aku secara tak langsung melibatkan diri untuk mengubah gaya hidup ke arah makanan yang lebih sihat  . Alhamdulilah . Sebenarnya bercakap tentang sayur sayuran apa yang kita boleh makan , ianya bergantung kepada individu itu sendiri . Sebabnya aku sendiri try and adjust apa yang ikut selera tekak aku . Biasanya , aku akan beli dalam kuantiti sedikit dulu , kalau kena tekak , kira akan jadi menu harian aku lah . Kadang , orang boleh masuk dengan sayur sawi je , kadang tidak . Apa apa pun , ianya terletak pada selera tekak masing masing . 



  • Kemas semua koleksi tudung dan shawl 
Sebenanrnya , aku tidur pukul 4 pagi kot . Hahaha . Sebab semalam lepas habis tengok maharaja lawak mega , aku buat kerja gila kemas kan tempat shawl dan tudung aku . Setelah aku bagi orang , ada lah dalam 50 helai tudung . Hahaha . Tak banyak sangat kot . Sebab ada yang aku menang giveaway , ada yang orang bagi . So , tak banyak lah kan . Ada sorang kawan aku , fuhh dulu aku siap kira lagi 100 lebih kot koleksi dia . Tak tahu lah sekarang macam mana bertambah koleksi dia . Hahaha. Seronok tengok dah cantik dan tersusun koleksi aku itu . Tak sempat lagi nak amek gambar . Insyallah nanti dah amek gambar , aku share dengan korang . Sebenarnya , aku banyak dapat idea macam mana nak susun dari youtube do it yourself , kena rajin expose kan diri dengan macam itu . So that , kita akan jadi lebih bersemangat nak kemas rumah sebab kita dapat banyak idea .



Cukuplah entri yang sedikit dan simple ini . Aku sangat sangat kepenatan . Hehehe . Assalamualaikum :)


43/366 : DIARY OF THE DAY - 12 FEB 2016

 



Assalamualaikum dan hello kepada semua . Alhamdulilah , hari ini kita masih lagi diberikan ruang dan peluang untuk terus menikmati kehidupan yang ALLAH berikan kepada kita semua . Bersyukur la ke atas nikmat yang diberikan oleh Yang Maha Esa . Hari ini aku rasa nak update entri yang ringkas je :


  • Dapat idea nak decorate bilik sendiri
Tadi sempat tengok youtube macam mana orang boleh design bilik sendiri , design rumah jadi come comel macam dalam Instagram yang so call dream goal lah kan . Banyak jugak aku tengok tadi . Insyallah , pertama aku dah geladah gambar gambar yang dok ada dalam album dan dalam stor yang mana tak tersusun itu . Aku nak buat DIY photo decoration . Tak sabar nak tengok diri aku yang tak berapa nak kreatif ini membuat DIY . Hahaha . Secara tak langsung , aku jadi lebih bersemangat nak mengemas dan menghias rumah . Maklumlah , rumahku syurga ku ! Cehwah .



  • Saiz pinggang dah mengecil !
Yes ! So far untuk beberapa minggu ini , saiz pinggang aku dah berkurang 6 inci . Yeay ! Alhamdulilah . Sebenarnya dalam proses kurus mengurus ini , sekecil kecil result itu lah yang buat kita rasa nak lakukan yang terbaik lagi . Korang jangan lupa ukur size badan tau . Lepastu ada satu seluar aku ini , dulu pakai , mak oi ketat gila . Sekarang , dah rasa selesa.. Gembira sangat . Bersyukur sangat kepada ALLAH . Doakan semoga aku capai berat idaman aku ye . Pasal berat , jangan rajin sangat nak menimbang . Nanti stress . Sebab badan setiap orang berbeza beza metabolisma nya . 


Itu sahaja lah diary untuk hari ini . Assalamualaikum :)

42/366 : DIARY OF THE DAY - 11 FEB 2016

  




Assalamualaikum dan hello kepada semua . Alhamdulilah , hari ini genap umur aku 25 tahun 3 hari . Wah , tak sangka dah doplolima tahun . Dia tak diam . Cepat je masa berlalu . Hari ini aku share tentang  :



  • Dah tak larat makan buffet sangat !
Dulu dulu masa arwah ibu aku ada , dia selalu tegur kitorang adik beradik sebab selalu berlumba makan kalau pergi ke steamboat ke , buffet ke yang mana jenis makan hidang atau makan laut yang banyak . Hahaha . Kitorang akan berlumba siapa makan paling cepat habis . Dan biasanya aku lah yang paling kalah sebab aku je seketul perempuan . Hahaha . Diorang buli habis . Memang laju gila lah kitorang dok pulun makan sampai habis .Hahaha . Tapi , semenjak aku dalam proses nak mengecilkan badan aku yang bambam ini , dan keluarga aku jugak terlibat sama , kitorang jadi dah tak larat nak makan buffet . Hari ini sebenarnya hari jadi abang aku . Aku dengan abang aku selang 3 hari je hari jadi dan masak kitorang kecil kecil dulu memang akan potong kek sama sama . Hehehe . Betul orang kata , sebenarnya bab makan ni pengaruhnya dari persekitaran . Sekarang , bila semua dah sedar yang tangki masing masing dah tak segila dulu , makanya semua dah tak berlumba dah nak makan laju laju dan siapa yang habis dulu . Hahaha . Sebenarnya ia lebih kepada our llifestyle . Kalau kita rasa yang lifestle kita itu tak betul , tak salah kalau kita ubah nya ke arah kebaikan  .



  • Suka tengok Instagram Lara Alana
Jujurnya , aku tak tahu kenapa kenapa kenapa yang ini menjadi kesukaan aku sekarang . Sebab aku rasa macam , alahai nak jadi macam kecil kecil dulu boleh . Hahaha . Kalah mak bapak dia . Instagram Lara Alana itu juga aku suka tengok . Kadang ulang ulang scroll gambar yang sama je . Hahaha . Padahal aku bukannya suka budak budak . Opps ! Hahaha . I mean suka budak budak sikit sikit je . Setakat layan boleh lah . Nampak sangat aku memang tak ready nak menjadi ibu ibu ini . Hahaha .



Cukup lah untuk hari ini sahaja . Assalamualaikum :)

41/366 : DIARY OF THE DAY - 10 FEB 2016

  



Assalamualaikum dan hello kepada semua . Tadi aku sempat lah nengok statistik blog aku . Agak merundum . Jumlah bilangan yang komen pun dah berkurang . Sedih iolls . Tapi , itu tidak mematahkan semangat iolls untuk terus berusaha dalam duni blogging ini . Jadi untuk hari ini aku nak cerita tentang :

  • Settle buat review tempat makan seafood best !
Masa birthday aku 8 februari hari tu , aku makan dekat satu kedai seafood ini . Untuk orang orang johor , atau pun yang nak ke johor bahru , singgah lah makan di Senibong yang mana ianya salah satu tempat makanan seafood terbaik . Boleh baca entri aku yang lepas . KLIK SINI . Ingat tau jangan lupa baca yer ! . Mana lah  tau kot kot nak singgah ke jb ke tak tau mana makanan seafood yang sedap lagi murah .


  • Kenapa followers tak bertambah tambah ini ?
Hahaha , yang ini kelakar. Aku ini sebenarnya dok menghitung bila lah followers aku nak menambah nambah . Yelah , cecepat lah jejak 1500 tuh . Hahaha . Kadang aku singgah ke blog orang yang followersnya dah jejak 3000 ke atas tapi tak update blognya , aku rasa macam .. Kesiannya blog itu terbiar . Macam gitu lah jugak aku cakap pada diri aku . Aku takkan dapat capai followers 1425(current followers) ini kalau aku tak berusaha  dan kalau aku tak kosisten . The thing is people will love what you are doing if you are doing it with humble and politely . Cehwah , speaking! . Orang akan singgah dan baca blog kita jika kita tulis nya dari hati kita kan .Wah ! Kemain ayat aku .


Makanya , cukup lah untuk hari ini . Assalamualaikum

Seafood Buffet Terbaik Di Senibong Johor




Assalamualaikum dan hello kepada semua . Review ini aku buat sebagai tanda superb terbaik secara peribadi dari aku yang merasainya . Cerita dia bermula masa birthday aku iaitu 8 februari hari tu . Boleh baca entri aku pada 8 feb . Sedih kau tahu perasaan bila nak sambut hari jadi tapi tahu nak makan dekat mana . Pada ketika itu , aku tak nak kek sebab aku nak buat kelainan untuk birthday aku yang ke 25 ini . Lagipun , aku tengah dalam journey to lose my weight sebab badan ini bambam sangat . Hahaha . Makanya , aku bertekad yang aku tak nak sentuh kek as we know all the manisang *sound ganu ganu sedikit ini akan buat badan kita lagi bambam serta aku memang banyak avoid segala jenis makanan berbentuk carb . Jadi , apa sebenarnya yang aku nak ? Aku nak KETAMMMMMMMM KETAMMMM and all the seafood lah . Tapi , paling penting is KETAMMM . Kalau encik crab dalam spongebob itu ada depan aku , jangan salahkan aku kalau encik crab selamat masuk perut aku . OMG ! Aku memang sangat obses pada ketam . Mungkin pada orang , dia akan cakap , susah woi nak patah kan ketam , nak kena kepit itu ini , silap silap boleh cedera . Yes! Teringat masa aku makan ketam dekat kota kinabalu , sabah keluarga angkat aku disana siap boleh cakap lagi , "orang yang suka makan ketam ini dia sangat particular. kalau buat kerja ini mesti every details dia nak tahu" . Hahaha . Aku gelak sebab sejibik sejibuk macam aku . 




Chop , hang nak cerita pasal ketam ke pasal hang ain woi ? Okay , let serius on the topic . Ada satu kedai dekat jb ini aku jumpa macam shellout tapi dia tutup on the day birthday aku tu . Nasib aku lah celebrate birthday masa chinese new year . Semua kedai nak close close close . Aku dah macam ,"tak apa lah , pergi Senibong jela" . As itu port memang seafood , jadi pergi situ jela . Pendek cerita last aku pergi sana pun bila entah . Jadinya aku dah lama tak ke situ lah . Tetiba nak masuk ke situ pun , mak oi parking kemain que memanjang . Lagipun cuti kan . Kita harus take it as a consideration lah . Ayah pulak park dekat belakang belakang sekali which kitorang memang masuk dari belakang . 





Tadaaaaa , weh bila masuk je ,lalu depan kedai itu aku macammm "OMG , lawanyaaaa kedai ini .The concept very the simple and different berbanding kedai kedai yang lain nak gah sangat dengan liplap liplap kalau malam bila tangkap gambar sumpah tak cantik sebab tak ada cahaya sangat " . Hahaha . Lepastu ada seorang pekerja dia ini bagi flyers dekat aku , sebab kitorang terus je jalan sebab kedai yang selalu pergi itu dekat depan lagi . Dah lah ramai kedai itu , nak kena tunggu pulak . Adoi , Sambil berjalan itu , aku baca lah flyers itu . Perkataan first yang aku nampak is BUFFET ! OMG ! Harga dia RM 38 untuk dewasa . Kau rasa tak berbaloi ? Hahaha . Terus kitorang berpatah balik dan pergi jumpa kakak yang bagi flyers dekat aku tuh . Kitorang tanya lah dan terus decide nak makan situ . 





Masa itu , aku rasa bersyukur sangat sebab ALLAH dengar doa aku weyh . Doa aku pada hari itu , aku nak sangat pergi ke tempat yang special dan buffet pun sebenarnya aku doa jugak . Sebab beberapa sebelum itu, aku ada juga usha usha buffet dekat hotel hotel dekat jb ini . Masalahnya , timing dorang kan between 7-9pm . Mana nak sempat . Kitorang keluar rumah pun pukul 8 lebih . Hahaha . See , terbuktikan yang ALLAH itu Maha Mendengar . Dia bagi aku bahagia dan gembira pada hari jadi aku . Makanya , sila lah layan beberapa gambar yang aku sempat ambil itu .


  


  




Masa aku ambil gambar ini dah pukul 10 lebih hampir ke pukul 11 malam . Which dah tak berapa ramai lah kan . Sebab aku TERLAMPAU FOKUS MERATAH KETAM SAMPAI TAK PANDANG KIRI KANAN DAH BALIK BARU INGAT NAK TANGKAP GAMBAR . Hahaha . Ya ALLAH , dia punya ketam masak butter dan blackpaper beserta udang sangat lah tersedap ! Lepastu ikan siakap masak stim tuh aku slumber main hirup tak kisah tudung senget ke ape . Lepastu ayah aku siapa boleh belasah ikan siakap tiga rasa seorang seorang . Makanya , gambar ini sahaja yang mampu aku ambil . Hahaha . 


  


  



Satu pinggan ini sampah itu semua aku yang makan . OMG ! Betapa obsesnya aku pada ketam dan seafood . Aku langsung tak rasa all the nasi ke , western ke . Gila kan ? Aku hanya ambil air kosong sebab aku tau nak isi bagi full tank kena jangan minum air ais . Hahaha .





 


Cehwah , disebabkan hari itu hari jadi aku , akak itu cakaplah , okay saya bagi uolls seaview . Sebab kebanyakkannya yang duduk seat ini dah booking awal awal . Tapi , tak ada nya nak seaview bagai sebab aku terlampau fokus pada seafood je . Hahaha . *Punchline aku boleh tahan jugak . Hahaha

   

Haa , nak makan sini kena pakai tag kerlasss kau jaahh macam nak masuk theme park . Hahaha. Tapi , itu yang buat kan tempat ini special jika dibandingkan dengan yang lain . Lagipun , stall diorang kan depan je kedai itu which tempat orang lalu lalang . Makanya dari situ , pekerja dia boleh bandingkan lah siapa yang official customer dan siapa yang belum bayar . Bagus cara macam gini .


 

Secara peribadi , pada aku kalau korang yang gila nak makan sampai kenyang serta kepuasan better pergi ke sini . Sebab harga dia pun berbaloi . Rather than , kau habiskan beratus ratus yang kau boleh rasa ikan seketul je , and all the seafood yang dihidang berbanding dekat sini yang kau sendiri kalau gemar makan ikan siakap nak ulang sampai 5 kali pun boleh . Hahaha . The buffet are so full ! Lengkap dengan nasi ada , western ada , seafood ada , buah buahan pun ada . Complete weh ! . Yang pasti , aku akan kembali lagi ke tempat ini . Jaga jaga ! . Hahaha . Pastikan stok ketam cukup untuk aku . Haha .


Nonie's Restaurant
Facebook : nonies restaurant 
Lokasi : Kampung Senibong , Johor 

Wordless Wednesday

 

Teringat dulu masa prektikal , akak cantik kita tuhh minat sangat dekat ziana zain . Sekarang , aku pulak minat dekat dia. Woi , rasa nak karoke sekarang je semua lagu ziana . Untuk sekarang , karoke bukak youtube je lah . Hahaha. 

40/366 : DIARY OF THE DAY - 9 FEB 2016

  



Assalamualaikum dan hello kepada semua . Alhamdulilah , mengikut diary of the day ain pada hari ini , sudah genap empat puluh hari kita berada dalam tahun 2016 . Bersyukur sangat kita masih diberikan ruang dan peluang dari ALLAH . Hari ini aku nak cerita tentang :


  • Celebrate birthday tanpa kek !
Ya , untuk tahun ini aku sendiri membuat keputusan untuk langsung tidak makan kek sempena birthday aku semalam . Lagipun , semalam aku tak bersenam . Kek punya bahan bahan itu sendiri kita dah tahu kan banyak kalori . Aku dah nekad yang aku tak nak rosakkan proses kurus mengurus aku . Lalu aku gantikan birthday threat aku dengan makan seafood . Aku dah tak toleh lah nasi putih ke apa . Hahaha . Sebab seafood banyak protein kan . Rather than aku makan kek . Ala , dah kurus nanti makan lah kek . Hahaha . Untuk sekarang ini , NO ! . Hehehe . Alamak janji aku pada entri yang semalam DIARY OF THE DAY 8 FEB yang aku nak bagi tahu pasal tempat makan aku itu . Rasanya esok lah kot . Hahaha . Aku sebenarnya macam tak berapa nak sihat sangat . Macam penat semacam . Hahaha.  Soorrryyy ye !


  • Sangat suka pada positive qoutes !
Iya , aku paling suka kalau orang share tentang positive qoutes . In fact that kalau korang scroll twitter aku ni haaaa @farahain8291 aku banyak retweet positive qoutes . Sebab itu akan buat aku jadi lebih bersemangat untuk melangkah ke hadapan . Insyallah . Tapi apa apa pun , kalau kita memang selalu ingat pada ALLAH , tak mustahil yang Dia akan sentiasa ingat untuk pelihara hati kita , memberikan rezeki kepada kita dan kebahagiaan kepada kita .


Nampaknya itu sahaja lah untuk diary of the day aku pada hari ini . Sebab aku nak tengok online movie dengan buat exercise naik turun tangga kejap untuk 20 minit . Hahaha . Assalamualaikum . :)

39/366 : DIARY OF THE DAY - 8 FEB 2016

 




Assalamualaikum dan hello kepada semua . Minta maaf hari ini aku tak update tepat pada duration 8 februari itu . Tapi , kira okay lah aku update jugak walaupun dah tengah malam nak ke pagi buta baru tergedik gedik nak menaip . Meh , aku nak cerita apa yang aku buat untuk hari ini .



Seawal pagi lagi ayah aku dah ajak kitorang pergi bersihkan kubur arwah ibu . Bersih kan macam trim dan potong rumput rumput dan letak baja dekat pokok dan rumput itu supaya makin segar . Lagipun , pakai rumput tanam itu kan kena rajin dan selalu trim supaya ianya kelihatan cantik dan tak rosak . Aku lebih banyak kepada sebagai pemerhati je . Hahaha , Dah manpower dah cukup . Powerpuff girl ini duduk je la nengok apa yang rasa nak tengok . Alhamdulilah , ALLAH itu sememangnya Maha Mengetahui . Dia bagi cuaca yang sangat redup supaya kitorang selesa untuk membuat kerja kerja pembersihan . Kalau tak , memang kena hadap panas terik . Tapi , Dia kan sayang kepada hamba hambanya .



Seterusnya , ayah aku boleh pulak nak breakfast KFC dah alang alang dia ternampak breakfast RM 4 . Power iklan itu sampai terus nak pergi makan . Hahaha . Tapi aku tak makan pun , sebab aku kan tengah proses kurus mengurus ni . Ayam KFC boleh je makan , tapi aku avoid sebab fast food kan banyak kandungan minyak yang banyak lepastu aku tengok majoritinya semuanya ada carb . Jadi , aku decide untuk tak makan langsung ! Rasa bangga disitu . Hahaha . Mesti akak KFC itu ingat aku puasa sebab aku tak order apa apa . Hahaha .



Lepastu , aku cakap dengan ayah aku nak singgah pasar kejap nak beli stok ikan bukannya untuk aku tapi untuk kucing kesayangan aku si Suzie itu . Suzie dah tak berapa nak selera makan makanan kucing macam Friskies , Vitapet itu . Tekak dia boleh terima ikan dan ayam . Itu pun aku memang kena hancurkan , baru dia nak makan . Sebenarnya , that was not me at all yang mana nak melayan kucing sampai macam gitu sekali . Tapi , aku rasa ini amanah ALLAH . Suzie muncul dalam keluarga aku seminggu sebelum arwah ibu meninggal .Dan yang beri nama Suzie itu ialah arwah ibu aku sendiri . Sebab itu aku sangat sanggup habiskan sedikit masa aku untuk melayan Suzie makan . Sebab setiap kali aku teman dia makan , aku seperti teringat pada arwah ibu aku . Ini amanah dari ALLAH . Insyallah , mana yang mampu aku buat lah sedaya mungkin . 




Settle pergi ke pasar , kebetulan pasar memang dekat sangat dengan kedai RM 2 . Actually bukannya RM 2 tapi RM 2.12 termasuk GST . Hahaha . Baru teringat , gunting nak menggunting dan potong ayam dan siang ikan itu dah tak berapa elok . Makanya , singgah lah sekejap . Sempat jugak aku melihat macam mana SOP bila stok sampai di kedai itu . Fuh , no wonder lah sales dia masuk mengalir setiap saat . Settle pergi ke kedai RM 2 itu , aku sebenarnya dah lapar tahap gaban . Hahaha . Nasib lah sebelum singgah ke kubur arwah ibu , aku sempat makan kacang segenggam . Kebetulan dekat dekat situ ada jual lauk pauk . Ya ALLAH , banyak sangat pelbagai menu dan juadah . 




Paling aku geram tengok lauk ikan dan sayur dia . Hahaha . Yang bestnya dekat kedai itu , dia bagi keropok percuma . Amek lah seberapa banyak pun . Its FREE ! . Patutlah ALLAH limpahkan rezeki kepada kedai itu . Makanya , aku pun tapau lah untuk isi perut aku ini . Sebenarnya aku tak cukup tidur . Tidur pun dah dekat pukul 3 pagi . Sampai je rumah , boleh pulak orang TM Unifi datang sebab semalam ayah aku ada buat aduan lah . Unifi rumah kitorang ini kadang kadang dia macam terpadam kejap . Terus loss connection . Kau bayangkan kalau tengah sending dokumen yang penting , haa ,terkezuttt kau ! Macam itu lah kitorang rasa . Dahla aku dengan perut lapar . Melantak lah aku sorang sorang dekat dapur . 




Habis aku makan , aku sangat sangat mengantuk . Aku tertidur sampai lah pukul 2 petang tak silap . Sebab ayah aku dapat dua jemputan kahwin . Aku memang tak larat sangat lagipun nak kempiskan perut untuk makan besaq malam nanti . Kata birthday gegirl . Hahaha . Makanya ayah aku pergi dengan abang aku je . Aku pun bangun lah mandi solat apa semua . Weyh , sampai tahap dah doplolima tahun ini aku macam dah tak kisah sangat free call yang Maxis bagi tu . Sebab aku tak guna langsung pun . Hahaha . Sambil sambil itu aku sempat lah scroll wish wish daripada semua orang . Banyak lagi tak reply . Hahaha .




Sambil itu , aku terfikir nak pergi makan kat mana ehk . Last last aku decide dekat Senibong lah . Sebab banyak kedai yang aku nak pergi itu tutup . Shame on you ain ! CNY masa birthday . Kedai semuanya tergedik nak tutup . Aku punya lah gamble pilih Senibong sebab aku nak seafood . Aku nekad nak bantai cukup cukup ketam . Hahaha . Ternyata ALLAH sangat lah Maha Mendengar doa hambanya . Aku doa aku nak sangat hari ini , aku dapat makan makanan yang sedap dan special . 



Sampai je dekat Senibong , biasa la jem sedikit sebab waktu cuti kan , banyak gile orang parking pun penuh . Lepastu ayah tergerak hati nak parking belakang belakang sekali . Ya ALLAH aku rasa macam ALLAH dengar sangat wish aku pada hari ini . Yang mana aku nak hari ini aku rasa makanan yang special . Sebab aku dah selalu jugak makan dekat Senibong itu macam biasa je pada aku .



Sekali dekat belakang itu rupanya ada kedai baru . Ya ALLAH decoration dia sumpah cantik gile ! Esok aku review ehk . Aku memang macam gembira sangat ALLAH tunaikan impian aku . Weyh , aku sangat sangat recommend kedai itu pada orang yang nak MAKAN SAMPAI KENYANG ! ITS BUFFET RESTAURANT AND ITS SUPER DUPER AFFORDABLE ! ME LIKE A MONSTER EAT THE SEAFOOD . HAHAHA .



Sengaja aku besarkan caption . Hahaha . Insyallah , entri ini akan bersambung . Jangan risau ! Bab makan sedap wajib kena kongsi . Hahaha . Okay ! Assalamualaikum .



SELAMAT HARI JADI KEPADA DIRI SENDIRI NUR FARAHAIN BINTI ZAINAL ABIDDIN YANG KE 25 !

 


38/366 : DIARY OF THE DAY -7 FEB 2016

38/366 : DIARY OF THE DAY -7 FEB 2016


   



Assalamualaikum dan hello kepada semua . Wah , esok semuanya seronok lah kan bercuti sakan . Ni pula dengar fireworks dah macam macam warna dan bunyi pompang pompang dah ini . Selamat tahun baru cina untuk yang menyambut ye ! Nak ang pau boleh ? Hahaha . Okay lah , hari ini aku nak cerita tentang :



  • Sempat blogwalking tadi !
Yeay , bestnya hari ini walaupun dapat blogwalking kejap , tapi rasa dah macam seronok sangat . Dikesempatan yang ada itu lah , aku memang gunakan betul betul singgah dan tinggalkan komen . Siapa yang ada list nama blogger , boleh lah bagitau pada ain . Senang ain nak blogwalking sekali jalan . Hehehe . Setakat ini , ain guna cara cari senarai nama blogger yang join segmen ke , giveaway ke . Sebab biasanya tu sekali jalan boleh dapat jugak lah dalam 50 blog ke . Hahaha .



  • Main pasir tadi !
Petang tadi pergi bersenam dekat pasir  . Ala ,dekat Danga Bay sebab dekat je dengan rumah . Hehehe . Seronok weyh . Perasaan kau kalau buat burpees dekat pasir . Lagipun nak bersenam tak semestinya kena pergi gym kan . Jujurnya , bila kita buat workout outdoor akan menjadikan kita lagi rasa enjoy sebab kita explore dekat tempat yang kita tengah bersenam itu . Instead of dalam gym yang hanya nampak dumbbell dan machine . Sometims we need to change the same thing that we do so that we can really appreciate the life that ALLAH give to us ! Ceh , speaking sederett kau . Hahaha .



Nampaknya , aku agak kepenatan sangat hari ini . Mood menulis pun agak sedikit kelaut . Apa apa pun , esok (8 FEBRUARI ) adalah birthday saya ! . Assalamualaikum :) 

37/366 : DIARY OF THE DAY -6 FEB 2016

  




Assalamualaikum dan hello kepada semua . Alhamdulilah hari ini masih diberikan kesempatan untuk terus hidup . Minta maaf hari ini tak sempat nak blogwalking memandangkan hari ini agak sibuk sedikit  Tapi , update diary of the day tetap akan sentiasa buat hari hari . Insyallah . Hari ini nak update : 



  • Tak boleh nak high expectation sangat !
Dalam setiap benda yang kita buat , kadang kadang kita rasa macam orang anggap high expectation pada kita , tapi bila kita tak achieved apa yang di expect itu , huwaa. Aku jadi macam , betul ke orang expect aku lebih ? Tapi , itu tidak mematahkan semangat aku . Itu tambah buat aku jadi lebih bersemangat .Insyallah akan buat lebih dan lebih lagi supaya capai KPI itu . Wah , KPI bagai ! Ini semua poyo ! . Hahaha .



  • Suka tengok english movie
Jujurnya , sepanjang kebangkitan ain selepas arwah ibu meninggal , ain banyak dedahkan diri ain daripada tengok english movie . Sebabnya banyak kan kita tengok english movie yang menceritakan tentang dari mula sampai mencapai kejayaan . Dari situ , banyak pengajaran yang aku dapat dari tengok english movie . Bukan aku ini tak tengok cerita melayu , tapi terlampau banyak sangat tentang cinta cinta cinta , sampai aku rasa macam , adoyai , it never bring me up lah ! Makanya , tak salah kalau kita pilih apa cerita yang kita nak tengok sebab ianya kan memberi kesan kepada kehidupan harian kita semua . Please dont say aku poyo ke ape , its just that , aku lebih suka melihat cerita yang ada full of  moral story rather give nothing to my personal life . Cehwah ! . Hahaha .



Cukup lah untuk hari ini , aku agak kepenatan menaip . Wahaha . Assalamualaikum :)



36/366 : DIARY OF THE DAY -5 FEB 2016

   




Assalamualaikum dan hai kepada semua . Alhamdulilah , hari ini dah hari kelima kita berada dalam bulan februari . Tiga hari lagi insyallah , hari jadi ain yang ke doplolima tahun . Hehehe . Hari ini aku nak cerita tentang :


  • Ibu kawan meninggal dunia hari ini
Sangat sedih pada hari ini , aku rasakan bila dapat tahu ibu kawan aku meninggal dunia . Padahal bulan 12 hari itu , aku sempat jumpa arwah . Sebab aku tumpang tidur rumah kawan aku tu. Pagi tu sebelum aku gerak balik , sempat ibu dia sediakan breakfast kacang pol . Sebab diorang asal memang johor cuma diorang tinggal dekat kedah. Makanya , dekat kedah pun boleh merasa kacang pol . Hurm , kalau dekat dah lama aku ziarah . Diorang tinggal dekat Alor Setar , Kedah . Aku faham rasanya macam mana . Aku dah pun merasainya . Tapi itu lah lumrah kehidupan . Kuat atau pun tidak , kita kena jugak tetap tabahkan hati dan sentiasa kuat  meneruskan kehidupan . 


  • Aku membebel sama je dengan menaip
Yang ini kawan aku bagi gelaran pada aku . Siot je ! . Cerita dia sebab aku mesej untuk wish birthday dia . Lepastu dia cakap , "aku dah agak dah mesej yang panjang panjang mesti dari kau" . Hahaha . Kiranya , aku kalau membebel sama je dengan bila aku tengah menaip . Sebab bila aku menaip tu , aku nak orang tu feel macam mana aku tengah membebel . Korang boleh imagine tak ? Hahaha . Kira okey lah aku dah kembalikan diri aku yang sebenar . Masa awal awal dulu ibu aku meninggal , aku terus pasif . Kawan kawan mesej aku macam nak tak nak je layan . Tapi , alhamdulilah lah sekarang aku dah kembali kuat membebel setanding dengan aku menaip . Hahaha .



Tapi hari ini aku kurang pula nak menaip . Hahaha . 
Okay , itu sahaja lah untuk hari ini . Assalamualaikum . :)

Segmen Ucing Nak Url 3

http://ucingkadayan.blogspot.com/2016/02/segmen-ucing-nak-url-3.html
Segmen Ucing Nak Url 3

Hi Blogger Segmen Ucing Nak Url kembali Lagi "Ucing Nak Url Bahagian 3" Kepada yang ketinggalan Segmen Ucing Nak Url Bahagian 2 .Bolehlah Menyertai Segmen ini.40 Penyertaan akan Menyaksikan Artis Popular Dari Hollywood Dalam Bulatan Merah.Siapakah Artis Tersebut .?

Syarat-syarat nya Mudah :

1) Follow Blog Ucing Kadayan Dan Google +
2) Buat Tajuk Post " Segmen Ucing Nak Url 3 "
3) Copy Semua Coding yang telah disediakan di box dan Paste ke dalam Ruangan Html dan Publish.
4) Tinggalkan Url Post Anda ke Ruangan Komen Disini.

 Url Post Anda Akan Saya jadikan Home Blog Anda,Tarikh Tutup Segmen 17-2-2016.Jangan lepaskan Peluang Untuk Menyaksikan Artis Terkenal Dan Popular Dari Hollywood..!!

35/366 : DIARY OF THE DAY -4 FEB 2016

  




Assalamualaikum dan hello kepada semua . Hari ini dah 4 februari . Aku rasa berpuas hati dengan prestasi blog aku walaupun belum lah tahap femes hanis zalikha . Hahaha . Sebab aku kosisten update diary of the day setiap hari dan entri tekumpul je dah dekat 80 . Alhamdulilah , itu bermakna banyak rupanya jari jemari aku ber exercise menaip naip . Hahaha . Semoga jari jemari aku semakin runcing dan tidak bambam selamanya . Hahaha . Hari ini aku nak sembang pasal :



  • Jariku terluka terhiris pisau
Yes ! jari aku ni haa ibu jari kiri , mak oi sedap tadi aku dok potong buah oren , sekali , zassss , luka terus ibu jari ni haa . Banyak jugak lah darah keluar . Susah jugak nak menaip nak buat apa apa lah . Hahaha . Insyallah , esok ALLAH bagi lah baik semula tu . Kemain potong buah je sampai jari terluka berdarah , belum suruh potong bawang . Oh , aku ada masalah besar kalau kopek bawang . Sumpah ! aku mesti menangis . Hahaha . Tapi nak tak nak kena jugak kan kopek bawang , tapi kekadang aku beli yang dah siap kopek je . Hahaha . Oh , aku memang sangat alergik tu . Tapi , kalau suruh buat , gila kau anak dara tak reti kopek bawang . Malu kot !




  • Nak edit blog !
Tadi petang , aku sempat lah blogwalking dan tinggalkan komen walaupun tak banyak mana , aku jadi teruja yang amat bila aku singgah dekat satu blog ini . Ala , lupa link dia . Hahaha . Weyh , cantik lah susunanya . Walaupun hitam putih , dia sangat simple . Terus aku jadi macam , nak edit blog sendiri . Tapi , coding html tu memang kena pasrah lah kan . Hahaha . Insyallah , tengoklah mungkin cuti chinese new year ke aku edit lah sikit sikit . Insyallah . Percaya lah  , kalau blog kita kemas dan cantik , kita pun jadi suka nak view hari hari kan . Yelah , kadang kadang kita kena letakkan diri kita sebagai orang yang nak view dan baca blog kita tu . Bukan kita sebagai pemilik blog . Makanya , tak ada lah kita jadi syok sendiri je nanti . Kan ? Hahaha . 




Makanya , cukup lah aku update untuk hari ini . Aku nak layan online movie kejap . Hahaha . Assalamualaikum . :)



34/366 : DIARY OF THE DAY -3 FEB 2016

 



Assalamualaikum dan hai kepada uolls semua . Terima kasih sebab sudi baca apa yang aku bebel ini . Terima kasih juga kepada yang sudi tinggalkan komen . Insyallah , lepas ini ain akan merajinkan diri untuk selalu komen dekat blog blog awak awak semua ye . Muahciked ! :)  Jadi , hari ini aku nak sembang pasal :




  • Blogger lain pun buat diary of the day jugak !
Semalam , aku sempat lah juga usha beberapa blog dari rakan blogger . Lepastu aku ternampak , eh macam style diary of the day yang aku buat lah . Blogger itu aku tak ingat siapa . Hahaha . Its a positive way lah bila aku buat diary of the day ini . Pada aku , ini juga cara untuk aku terus kosisten menulis blog walaupun sumpah nak start tu , aku kadang kadang blur  nak tulis apa . Aku juga nak ajak uolls semua sama sama lah kita update blog kita dengan menggunakan tajuk 'DIARY OF THE DAY" #dotd . Secara tidak langsung , kita jadikan blog kita ini diari harian kita . Janganlah copy paste gosippzzz retis pastu hang declare "diary of the day" . Aku tumbuk satgi .Hahaha .



  • Nak kenal dengan blogger johor !
Ain teringin sangat nak jumpa dan berkenalan dengan blogger blogger johor . Teringin nak jumpa face to face , buat event lah . Haa , cam gitu . Sebab ain kan orang johor . Kalau nak ke keyell tuh , adoyai , jaybee kot dah la kebawah selatan sungguh , kalau nak ke atas tuh , fikir banyak kali . Hahaha . Sebab itu aku nak sangat berjumpa dengan blogger blogger senegeri aku . Sekurang kurangnya dapatlah berkongsi idea , pendapat untuk menaikkan lagi mutu penulisan dekat blog ini . Yelah , aku ni menaip main pakai hembus kot . Asal rasa sedap perkataan itu , aku main pakai guna je lah . Hahaha .


Ah , cukup lah entri diary of the day aku pada hari ini . Walaupun short and simple , sekurang kurangnya aku kosisten menulis. Insyallah . Okay , Assalamalaikum :)


33/366 : DIARY OF THE DAY -2 FEB 2016

 





Assalamualaikum dan hello kepada semua . Hari ini dah 2 februari . Pergh , cepatnya masa berlalu . Aku dok rasa macam baru je sambut new year , sedar sedar dah bulan dua . Hari ini , aku sangat sangat pack , tapi tadi petang sempat lah jugak blogwalking sekejap . Tak dapat nak blogwalking lelama sebab kepadatan jadual aku yang sangat penuh . Hahaha . Poyo sangat ayat kepadatan yang sangat penuh itu . Untuk hari ini aku nak cerita tentang :


  • Pergi pasar restock barang dapur
Tadi petang berkesempatan pergi ke pasar restock barang dapur . Yelah , sayur buah apa semua dah licin . Normally aku memang selalu pergi pasar hari bekerja sebab hari weekend selalunya pack dengan kenduri kahwin dan sebagainya . Alhamdulilah , aku dah terbiasa lah nak tahu apa yang aku nak beli , dulu aku kekok weyh nak beli ape kebenda ehk , kang bahan ini tak guna , membazir pula pi beli . Jawapannya ialah , aku buat senarai . Bila kau buat list nak beli apa , senang sampai pasar je , amek bakul , pergi ke tempat yang hendak dituju . Bukan itu sahaja , ianya secara tidak langsung akan menyebabkan kau beli apa yang patut dan tak akan ambil apa yang kau tak perlu nak ambil . Hahaha .


Tambahan pula , aku dah siap google dan youtube apa yang aku nak masak untuk minggu tersebut . Katakan seminggu punya bahan , so aku mix and match lah apa barang yang nak dibeli . Contohnya , brokoli untuk minggu ini beli masak seminggu sampai habis . So , end of the week , terus licin peti ais aku . Settle , terus restock balik . Repeat the same things . Hahaha. 


  • Healthy food tak semestinya guna bahan yang mahal 

Ya , yang ini aku setuju . Selepas aku explore google dan youtube resepi makanan yang healthy , sebenarnya tak perlukan belanja yang mahal mahal . Contohnya , asal healthy food je , nak salmon with salad sedangkan tekak kita mana boleh nak terima hari hari makanan itu . Untuk hari pertama , boleh lah gagah kau makan siap upload dekat Instagram "My Favourite Meal" . Penipu ! . Harga salmon je dah berapa plus tekak kita semua dah terbiasa dengan Nasi Lemak dan Nasi Ayam Penyet . Pastu mesti terus give up nak kosisten healthy food . Buat kerja separuh jalan . Itu yang aku rasa untuk awal awal dulu .


Tapi , lepas aku dah explore (itulah purpose ada nya internet ) , untuk kita explore and get so many information yang kita tak tahu . Lepas aku dah explore , baru aku tau apa menu menu yang boleh tekak ni terima dan mengikut bajet yang sederhana dan tak terlampau mahal . Insyallah , next next entri , aku nak jugak share resepi (cehwah ! rasa macam poyo sangat bershare resepi bagai ) healthy food apa yang aku masak .




Actually , aku ini lebih suka bercakap dari menaip .Hahaha . Mana lah tahu tetiba aku terbuat vlog ke . Hahahaha . Boleh lah geng dengan Maria Elena . OMG ! I really love and adore her so much ! Can you guys imagine that feelings ? Hahaha . So , see you when i see you ! Assalamualaikum , tak jawab dosa , kalau jawab sayang ! Hahaha .