Assalamualaikum dan hello kepada semua . Review ini aku buat sebagai tanda superb terbaik secara peribadi dari aku yang merasainya . Cerita dia bermula masa birthday aku iaitu 8 februari hari tu . Boleh baca entri aku pada 8 feb . Sedih kau tahu perasaan bila nak sambut hari jadi tapi tahu nak makan dekat mana . Pada ketika itu , aku tak nak kek sebab aku nak buat kelainan untuk birthday aku yang ke 25 ini . Lagipun , aku tengah dalam journey to lose my weight sebab badan ini bambam sangat . Hahaha . Makanya , aku bertekad yang aku tak nak sentuh kek as we know all the manisang *sound ganu ganu sedikit ini akan buat badan kita lagi bambam serta aku memang banyak avoid segala jenis makanan berbentuk carb . Jadi , apa sebenarnya yang aku nak ? Aku nak KETAMMMMMMMM KETAMMMM and all the seafood lah . Tapi , paling penting is KETAMMM . Kalau encik crab dalam spongebob itu ada depan aku , jangan salahkan aku kalau encik crab selamat masuk perut aku . OMG ! Aku memang sangat obses pada ketam . Mungkin pada orang , dia akan cakap , susah woi nak patah kan ketam , nak kena kepit itu ini , silap silap boleh cedera . Yes! Teringat masa aku makan ketam dekat kota kinabalu , sabah keluarga angkat aku disana siap boleh cakap lagi , "orang yang suka makan ketam ini dia sangat particular. kalau buat kerja ini mesti every details dia nak tahu" . Hahaha . Aku gelak sebab sejibik sejibuk macam aku .
Chop , hang nak cerita pasal ketam ke pasal hang ain woi ? Okay , let serius on the topic . Ada satu kedai dekat jb ini aku jumpa macam shellout tapi dia tutup on the day birthday aku tu . Nasib aku lah celebrate birthday masa chinese new year . Semua kedai nak close close close . Aku dah macam ,"tak apa lah , pergi Senibong jela" . As itu port memang seafood , jadi pergi situ jela . Pendek cerita last aku pergi sana pun bila entah . Jadinya aku dah lama tak ke situ lah . Tetiba nak masuk ke situ pun , mak oi parking kemain que memanjang . Lagipun cuti kan . Kita harus take it as a consideration lah . Ayah pulak park dekat belakang belakang sekali which kitorang memang masuk dari belakang .
Tadaaaaa , weh bila masuk je ,lalu depan kedai itu aku macammm "OMG , lawanyaaaa kedai ini .The concept very the simple and different berbanding kedai kedai yang lain nak gah sangat dengan liplap liplap kalau malam bila tangkap gambar sumpah tak cantik sebab tak ada cahaya sangat " . Hahaha . Lepastu ada seorang pekerja dia ini bagi flyers dekat aku , sebab kitorang terus je jalan sebab kedai yang selalu pergi itu dekat depan lagi . Dah lah ramai kedai itu , nak kena tunggu pulak . Adoi , Sambil berjalan itu , aku baca lah flyers itu . Perkataan first yang aku nampak is BUFFET ! OMG ! Harga dia RM 38 untuk dewasa . Kau rasa tak berbaloi ? Hahaha . Terus kitorang berpatah balik dan pergi jumpa kakak yang bagi flyers dekat aku tuh . Kitorang tanya lah dan terus decide nak makan situ .
Masa itu , aku rasa bersyukur sangat sebab ALLAH dengar doa aku weyh . Doa aku pada hari itu , aku nak sangat pergi ke tempat yang special dan buffet pun sebenarnya aku doa jugak . Sebab beberapa sebelum itu, aku ada juga usha usha buffet dekat hotel hotel dekat jb ini . Masalahnya , timing dorang kan between 7-9pm . Mana nak sempat . Kitorang keluar rumah pun pukul 8 lebih . Hahaha . See , terbuktikan yang ALLAH itu Maha Mendengar . Dia bagi aku bahagia dan gembira pada hari jadi aku . Makanya , sila lah layan beberapa gambar yang aku sempat ambil itu .
Masa aku ambil gambar ini dah pukul 10 lebih hampir ke pukul 11 malam . Which dah tak berapa ramai lah kan . Sebab aku TERLAMPAU FOKUS MERATAH KETAM SAMPAI TAK PANDANG KIRI KANAN DAH BALIK BARU INGAT NAK TANGKAP GAMBAR . Hahaha . Ya ALLAH , dia punya ketam masak butter dan blackpaper beserta udang sangat lah tersedap ! Lepastu ikan siakap masak stim tuh aku slumber main hirup tak kisah tudung senget ke ape . Lepastu ayah aku siapa boleh belasah ikan siakap tiga rasa seorang seorang . Makanya , gambar ini sahaja yang mampu aku ambil . Hahaha .
Satu pinggan ini sampah itu semua aku yang makan . OMG ! Betapa obsesnya aku pada ketam dan seafood . Aku langsung tak rasa all the nasi ke , western ke . Gila kan ? Aku hanya ambil air kosong sebab aku tau nak isi bagi full tank kena jangan minum air ais . Hahaha .
Cehwah , disebabkan hari itu hari jadi aku , akak itu cakaplah , okay saya bagi uolls seaview . Sebab kebanyakkannya yang duduk seat ini dah booking awal awal . Tapi , tak ada nya nak seaview bagai sebab aku terlampau fokus pada seafood je . Hahaha . *Punchline aku boleh tahan jugak . Hahaha
Haa , nak makan sini kena pakai tag kerlasss kau jaahh macam nak masuk theme park . Hahaha. Tapi , itu yang buat kan tempat ini special jika dibandingkan dengan yang lain . Lagipun , stall diorang kan depan je kedai itu which tempat orang lalu lalang . Makanya dari situ , pekerja dia boleh bandingkan lah siapa yang official customer dan siapa yang belum bayar . Bagus cara macam gini .
Secara peribadi , pada aku kalau korang yang gila nak makan sampai kenyang serta kepuasan better pergi ke sini . Sebab harga dia pun berbaloi . Rather than , kau habiskan beratus ratus yang kau boleh rasa ikan seketul je , and all the seafood yang dihidang berbanding dekat sini yang kau sendiri kalau gemar makan ikan siakap nak ulang sampai 5 kali pun boleh . Hahaha . The buffet are so full ! Lengkap dengan nasi ada , western ada , seafood ada , buah buahan pun ada . Complete weh ! . Yang pasti , aku akan kembali lagi ke tempat ini . Jaga jaga ! . Hahaha . Pastikan stok ketam cukup untuk aku . Haha .
Nonie's Restaurant
Facebook : nonies restaurant
Lokasi : Kampung Senibong , Johor
ooo..memanh best makan kat sini..banyak pilihan
BalasPadambest gak layan tempat makan macam ni
BalasPadamjemput singgah di Blog kita tau, kita ada buat GA...
jangan lupe join, support & tolong sebarkan (^_^)
SIS SY XDPT TGOK PIC YG SIS SHAREEE :(
BalasPadam