Assalamualaikum . ni dah raya hari keberapa baru nak update kisah malam raya . Selalu nya last day berpuasa , boleh dikatakan ramai yang akan masak masak lauk raya . Tapi Ain pula jenis tak suka masak time tu sebab takut lauk cepat basi . Bukan itu sahaja , kitorang adik beradik ni jenis allergik sikit kalau makan makanan berminyak , berlemak dan pedas . Habis sakit perut je nanti . Sebab tu decide untuk masak simple je .
Tapi , alhamdulilah rezeki lauk berbuka last day puasa jiran jiran bagi . Mula mula Puan Pengerusi Jiranwanita KRT ain yang bagi . Lepastu jiran sebelah sampai dua kali bagi salam kasi rendang dan lemang serta salam yang kedua kasi lauk daging gulai . Hahaha . Alhamdulilah , syukur sangat ! Tak payah beria masak .
Sebabtu ain jenis malas masak lauk raya di hari raya . Satu sebab perut cepat kalah dengan lauk berminyak , berlemak , pedas kedua nya nanti tak de siapa nak makan . Membazir dah buang terus ! .
Malam tu kitorang main bunga api dengan anak jiran . Itu lah kisah malam raya kitorang disambut sendiri sendiri dan sederhana je !