Lauk Malam Raya PKP

Assalamualaikum . ni dah raya hari keberapa baru nak update kisah malam raya . Selalu nya last day berpuasa , boleh dikatakan ramai yang akan masak masak  lauk raya . Tapi Ain pula jenis tak suka masak time tu sebab takut lauk cepat basi . Bukan itu sahaja , kitorang adik beradik ni jenis allergik sikit kalau makan makanan berminyak , berlemak dan pedas . Habis sakit perut je nanti . Sebab tu decide untuk masak simple je . 

Tapi , alhamdulilah rezeki lauk berbuka last day puasa jiran jiran bagi . Mula mula Puan Pengerusi Jiranwanita KRT ain yang bagi . Lepastu jiran sebelah sampai dua kali bagi salam kasi rendang dan lemang serta salam yang kedua kasi lauk daging gulai . Hahaha . Alhamdulilah , syukur sangat ! Tak payah beria masak . 
Sebabtu ain jenis malas masak lauk raya di hari raya . Satu sebab perut cepat kalah dengan lauk berminyak , berlemak , pedas kedua nya nanti tak de siapa nak makan . Membazir dah buang terus ! .

Malam tu kitorang main bunga api dengan anak jiran . Itu lah kisah malam raya kitorang disambut sendiri sendiri dan sederhana je ! 

6 ulasan:

  1. PC biasa awal pagi raya bangun baharu masak lauk pauk. Hehehe.

    BalasPadam
  2. Suka tengok tekstur kari tu. Memang favourite macam tu.

    BalasPadam
  3. Meriahnya juadah malam raya.
    Salam Syawal ke-7 😊

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.