CARA SOLAT TERAWIH DI RUMAH PALING RINGKAS | Kepada umat Islam yang tidak berkesempatan melakukan ibadah solat terawih secara berjemaah di masjid atau di surau , solat terawih boleh juga dilakukan di rumah . Solat Sunat Tarawih (juga dieja sebagai Terawih) ialah satu jenis solat sunat yang dikerjakan semasa bulan Ramadan.
Tarawih menurut asal katanya ialah duduk untuk istirehat setelah mengerjakan sembahyang empat rakaat. Setiap empat rakaat dinamakan Tarawih adalah sebagai majaz, kerana adabnya istirehat sesudahnya. Erti Tarawih ialah duduk bersenang-senang atau beristirahat. Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isyak. Biasanya jemaah duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat Tarawih dan membaca zikir ataupun doa sebelum disambung semula dengan empat rakaat lagi, sehingga cukup 8 ataupun dua puluh rakaat.
Khas untuk kaum wanita yang ada kekangan untuk ke masjid. Mudahnya nak beribadah. jangan sedih kalau tak dapat ikut buat terawih di masjid.
● Mungkin kita ada anak yang masih kecil, jadi agak sukar nak bawak si kecil bersama ke masjid.
● Mungkin kita ibu bekerja yang sudah seharian bekerja di pejabat dan pulang menyambung tanggungjawab di rumah pula.
●Solat Tarawih dikerjakan setelah mengerjakan sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam. Jadi bolehlah ibu berehat atau menunggu si kecil tidur dahulu... sangat bersesuaian dengan diri mereka yang sudah keletihan menguruskan rumah dan keluarga.
sumber : Wikipedia
Dibawah ini akan menerangkan tentang panduan serta cara mudah dan paling ringkas untuk melakukan solat terawih di rumah . Panduan dalam bentuk infografik .
Sumber : Cik Atenn Azlan
CARA SOLAT TARAWIH DI RUMAH
SOLAT SUNAT TERAWIH
- Niat (Rujuk gambar)
- Lakukan solat 2 rakaat 1 salam, dan diakhiri dengan solat sunat witir.
- Baca Surah Al- Fatihah dan ayat pilihan
- Segala bacaan di luar solat, seperti salawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat. Tidak ada larangan untuk bersalawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Dan ia tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.
SOLAT SUNAT WITIR
Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan.
Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.
Jika berniat hendak melakukan qiyamullail, boleh tangguhkan solat witir selepas selesai qiyamullail tersebut kerana solat witir adalah penutup kepada solat2 sunat yang lain.
Cara Solat Sunat Witir
- Niat (Rujuk gambar)
- Lakukan 3 rakaat 2 salam,
- Iaitu 2 rakaat 1 salam dan 1 rakaat 1 salam.
Doa Solat Witir
"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu, dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu, dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu.
Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai..
Sangat lah mudah.. tiada alasan untuk tidak dapat buat solat tarawih kerana tidak dapat ke masjid. Selepas anak-anak dah tidur dan selepas berehat, bolehlah kita mulakan. Jom sama-sama berubah kearah yang lebih baik..kalau tahun lepas langsung tak dapat buat solat tarawih, tahun ni kita usaha buat. Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada umat Islam. Insyallah .
Baca artikel lain berkaitan dengan bulan Ramadhan :