“EAT ALL YOU CAN” , MAKAN BESAR DI PULAI SPRINGS RESORT JOHOR BAHRU


Image may contain: 9 people, including Iman Fatiha Mohd Rizar, Nur Farahain, Nona Qiyah En Sani, Afzani Tual and Nur Decamellia, people smiling, people eating, people sitting and food

“EAT ALL YOU CAN” , MAKAN BESAR DI PULAI SPRINGS RESORT JOHOR BAHRU


Eat All You Can , pada aku ini lah konsep makan besar harga mampu yang boleh dinikmati di Qing Palace Pulai Springs Resort. Ini merupakan kali kedua aku makan disini. Bahasa kasarnya ‘melantak’ ler kan , dah kata tadi makan besar. Hahaha.  Menyediakan hampir 80 menu tapi ini bukan konsep buffet yer. Ini konsep per table.

Cepat-cepat jom penuhkan 4-10 orang geng dan datang makan disini. Nak tahu apa menu pilihan aku? Okay , selamat menjamu mata. *Nak kongsi tips , kalau datang ke sini dan tak pandai pakai chopstick macam aku ni , mintak je sudu dan garfu. HAHAHA.  Nanti kanga da udang terpelanting dekat meja sebelah.
eat all you can pulai springs resort
Braised Shark’s Fin Soup with Dried Seafood & Crab Meat

eat all you can pulai springs resort
Szechuan Hot&Sour Soup

eat all you can pulai springs resort
Wasabi Prawn

eat all you can pulai springs resort

eat all you can pulai springs resort
Oatmeal Prawn
Apakah menu kegemaran aku ? Kita mulakan dengan Braised Shark’s Fin Soup with Dried Seafood & Crab Meat. Ya ampun , yang ni memang lah pembuka selera dan aku je siap tambah dua mangkuk. Hahaha. Seterusnya yang menjadi kegemaran aku ialah wasabi prawn. Nama je wasabi tapi tak pedas mana pun.  Paling kelakar aku siap ingatkan itu mayonis , masa nak mintak orang ambilkan  aku selamba badak cakap “nak udang yang ada mayonis tuh”. Itu bukan mayonis ye kawan-kawan itu wasabi. Hahaha.

Kalau dah nama pun makan di restoran cina , aku memang nak mencari menu itik. Ternyata menu itik disini sangatlah memenuhi selera tekak aku. Peking Duck menjadi pujaan hati siap mintak tambah dua kali. Hehehe.  Itu orang cakap makanan yang ringan ringan je kan haa meh sini aku nak cadangkan lagi satu menu iaiatu Seabass Steamed in Asam Sauce. Peh , puas hati gila aku ratah ikan nya yang sangat segar. Its highly recommended.

Takkan ikan je kan yang sedap dan menu last yang aku nak recommend ialah Ostrich Meat with Spring Onion. Masa makan tu tak sedar pun tu rupanya daging ostrich , bila dah sedap makan baru Tanya itu apa. Hahahahhahaa. Kelakar kan kau Farahain!
eat all you can pulai springs resort
Seabass Steamed in Asam Sauce

eat all you can pulai springs resort
Peking Duck

eat all you can pulai springs resort
Ostrich Meat with Spring Onion

eat all you can pulai springs resort

Haa, apa tunggu lagi. Jom kongsikan dengan geng makan makan korang semua!
eat all you can pulai springs resort

TUKANG SORAK PERTANDINGAN BOWLING

Image may contain: 4 people, including Nur Farahain, people smiling, people sitting

TUKANG SORAK PERTANDINGAN BOWLING

Sedang aku berwhatsapp dengan cik Asiah , Setiausaha kejiranan wanita krt tempat aku bertanya kan tentang program maulidur rasul nanti. Makcik-makcik disini minta aku uruskan bahagian pertandingan untuk budak-budak , lepastu dia whatsapp "Ain malam ni free? jom pergi bowling....kol 8:30 akak amek". Wow, aku pun okay je kebetulan memang tengah free. Lagipun dah lama tak ke sana. Aku ni pulak bukannya jenis peminat untuk bermain bowling.

Jadinya , pada malam tersebut jadi lah aku sebagai tukang sorak. HAHAHA. Eh , pasukan sorak pun penting tau! By the way , dahulunya aku lah yang merupakan setiausaha kejiranan wanita ini tetapi aku melepaskan jawatan tersebut atas faktor peribadi. Biarlah aku pendam sebabnya pada ketika itu. HAHAHAHA. Bukan itu sahaja , aku rasa kalau pertubuhan ini biarlah aku cuma menguruskan perihal anak muda , sebabnya aku jadi lagi selesa dan AKU NI BUKANNYA GILA KUASA. Hahhaa. Tapi , bila jawatan ini di ambil alih oleh Cik Asiah ni nampak lah lagi berkembang sebabnya aku ni memang tak sesuai jadi setiausaha. HAHAHHAHA.. Kelautttt habis.

Berbalik kepada tajuk , sampai je kami di Plaza Angsana Johor Bahru , kaki ini pun teruslah ke tempat bowling yang terletak di level paling atas. WOW! MERIAHH.. Mana tak meriahnya , ini pertandingan bowling KRT seluruh zon Johor Bahru. 
Image may contain: 2 people, including Nur Farahain, people smiling, selfie, child and closeup
Abang baby , Zikry ..pun nama panjang..kitorang panggil Achik je..

Image may contain: 2 people, including Nur Farahain, people smiling, closeup
Dengan Baby! nama panjang sangat Wan Rose ape tah..hahhaa.

Image may contain: indoor
Ni markah second game...boleh tahan..

Image may contain: 7 people, people smiling, people standing and indoor
Yahooo...kita bawak hadiah jugekk..
Maka bermula lah aku sebagai tukang sorak. Lagi seronok pulak ada dua budak ketul anak jiran menyokong ibu nya yang masuk bertanding. Bila strike je , kitorang kemain kuat berbunyi! Bila ke longkang , kitorang bagi semangat yang lebih jitu. Hahaha. Yelah yang main pun ramai yang makcik pakcik. Kena kasi semangat lebih! Hahaha.

Ternyata pasukan sorak ini bukan kaleng kaleng okay. KRT aku menang tempat kedua. Yahoooo! Salah seorang dari team menang Top 5 pemain lelaki paling banyak markahnya. Masa nak otw pulang ke rumah , kami pula terus merancang untuk mengadakan pertandingan bowling sesama jiran wanita je."Alaaaa...main suka suka je.." Hahahahhaa..

Segmen Blogwalking 2019 MiaLiana.com


Segmen Blogwalking 2019 MiaLiana.com bermula pada hari ini, 20 November 2019, iaitu tepat jam 10.00 pagi sehingga 11.59 malam 20 November 2019. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog MiaLiana.com dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen Blogwalking 2019 MiaLiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI


5 blog yang bertuah akan dipilih secara manual dan akan dimasukkan ke bloglist Mia selama setahun pada tahun 2020. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 15 Disember 2019.

BARU TERASA 'SAKITNYA' BILA INTERNET SENDU...

Image may contain: Nur Farahain, sitting, tree and outdoor

BARU TERASA 'SAKITNYA' BILA INTERNET SENDU...

Assalamualaikum dan hai kepada semua. Ya ampun , hampir 5hari juga hidup ku terasa sendu yang amat dasyat. Nak tahu apa dia? Bila internet sendu. Boleh dikatakan aku ni bersyukur lah sebab jarang nak merasa internet kena sekat. Yelah dekat rumah ada Unifi , lepastu aku jarang pakai mobile data , aku terus pakai broadband yang internet dia lagi laju lah kalau nak dibandingkan dengan mobile data.

Sepanjang 5 hari tu juga lah aku jadi sangat pelokek dan berkira gila dalam menggunakan internet. Hahaha. Sepanjang tu juga lah aku merasa tengok dinding lama-lama , berangan itu ini , berfikir tanpa menggunakan kemudahan google dan waktu tu jugak lah aku baru merasa satu perasaan tu. Perasaan bersyukur! Sebelum ni aku tak pernah rasa sakitnya tiada internet. Haaa , kali ini aku merasa.

Sendu betul rasa hidup woi. Bayangkan aku ni kaki youtube. Hahaha. Jenis memang suka tengok video. Haaaaaa Tergendala semuanya! Uish.kadang-kadang kita perlu jugak kan merasa tiada internet connection.

Okay , ini dah dapat balik semula nikmat tuh.....SILA LAH HARGAI NYA YER FARAHAIN! Hahaha. By the way , sepanjang 5 hari ni lah aku baru faham bila kawan aku cakap "Kau bagi video ape yer , aku tak boleh bukak..internet tak kuat" .

Jadinya, insyallah selepas ini aku akan update blog ini slow-slow okay. Banyak juga story yang ada tapi tidak di tulis disini.

SEDAPNYA ! STRAWBERRY CHEESE CAKE DI WACHA TEA

wacha tea johor bahru

SEDAPNYA ! STRAWBERRY CHEESE CAKE DI WACHA TEA

Assalamualaikum dan hai kepada semua.  Pada 16 November , aku dan beberapa geng JDT Blogger berkesempatan menghadirkan diri ke Grand Opening Wacha Tea di Taman Sutera Utama. Sebenarnya , itu merupakan penyertaan ‘last minit’ aku. Hehehe. Alhamdulilah ,ada rezeki terselit pada hari tersebut. Nak tahu ape dia? Tunggu…

Untuk pengetahuan korang , sebenarnya Wacha Tea ni dah pernah buka di Holiday Villa Johor Bahru , tetapi kawasan situ terlalu kecil dan pada aku tempat yang baru ni lagi best.  Sewaktu pelancaran sebelum ini , aku tak sempat nak merasa Strawberry Cheese Cake ni memandangkan terlalu ramai crowd yang hadir , jadinya semua Cheese Series tidak dapat dihidangkan.
wacha tea johor bahru

Image may contain: 3 people, people smiling, people standing
Memandangkan aku ni memangla hantu strawberry , aku paling tertunggu nak merasa this flavor. Hehehe.  Benar , tepat sekali pilihan aku! Ya ampun , sedap sangat bila dapat teguk . Hahahha.  Tak tahu nak describe rasa yang sedap tu macam mana tapi memang terbaik lah bila disedut. Hahaha.  Rasa cheese tu langsung tidak muak dan kombinasi bersama dengan strawberry sangat lah padu! Kalau datang ke sini , jangan lupa order menu yang ini tau.

By the way , sewaktu grand opening tersebut , terdapat beberapa aktiviti yang dijalankan. Haa, dengan aku sekali terjoin sama. Ternyata ianya membawa rezeki kepada aku dan abang aku. Hahaha. Nak tahu game apa yang disediakan?  Mula-mula game minum boba sebotol besar. Haaa, aku yang tengok ni pun memang rasa tak selera terus. Hahaha.  Berdesup weh yang juara tu minum , rahsia dia ialah dia tak minum apa-apa langsung sebelum pertandingan bermula.

Seterusnya ialah acara ‘sumpit boba’ . Okay , aku sendiri yang bagi nama ni. Game ni kena berpasangan aku pun ajak la abang aku sekali. Aku dah Nampak dah ada rain coat dan dekat rain coat tu siap ada markah. Maksudnya semakin banyak kena dekat tempat tu , makin banyak dapat markah dan yang paling banyak markah ialah dekat kawasan mulut. HAHAHA.  Aku lah yang pakai rain coat nya ,menjadi mangsa disumpit boba manakala abang aku jadi tukang sumpit.
wacha tea johor bahru

wacha tea johor bahru
Aku dah siap pesan dekat abang aku , kau shoot je dekat mulut aku sebab kawasan tu yang dapat banyak markah. Aku memang dah rela gila hahaha. Selama 90 saat aku pasrah je kena shoot dengan boba.  Aku memang rasa geli sangat dengan boba melekat atas tudung pun ada dan ternyata membawa kepada kemenangan kami. Hahaha. Juara beb!

Nak tahu kami menang ape? Dapat staycation dekat hotel yang berdekatan dengan Wacha Tea beserta tajaan selama SETAHUN MINUM BOBA DI WACHA TEA. Kau rasa? Lepas ni memang muka aku lah yang selalu check in dekat sini. Hahaha.  By the way, kalau tak tahu nak minum boba best dekat mana , jom lah datang ke sini. Waze je komfom jumpa!

Wacha Tea 
No. 41 , Jalan Sutera Tanjung 8/3 , 
Taman Sutera Utama 
81300 , Skudai 
Johor



A post shared by akuainkausiapa 🦋 (@sheisfarahain) on

Pembukaan Pusat Beli-Belah Toppen Berlangsung selama 12 Hari dengan Festival #JelesEk


toppen malaysia

Pembukaan Pusat Beli-Belah Toppen Berlangsung selama 12 Hari dengan Festival #JelesEk

Pembukaan pusat beli-belah tersebut dilancarkan dengan pelbagai aktiviti menyeronokkan termasuklah konsert bersama Joe Flizzow dan Joyce Chu


Johor Bahru – IKEA Southeast Asia melancarkan pembukaan besar-besaran Pusat Beli-belah Toppen dengan pertunjukan pratonton yang menarik untuk warga Johor dan kawasan sekelilingnya, di mana ia menyasarkan untuk menjadi hab komuniti terbaharu di Tebrau.
           
Dari 13 November hingga 24 November 2019, Pusat Beli-belah Toppen menjemput para pengunjung bersama keluarga dan rakan-rakan untuk menyertai pelbagai aktiviti menyeronokkan seperti bengkel seni, yoga untuk kanak-kanak, melukis wajah dan ber’zumba’ beramai-ramai. Peluncur papan selaju, parkour serta tarian berkumpulan tempatant akan turut menganjurkan pertunjukan dan pertandingan. Orang ramai juga dijemput berkunjung ke kedai- kedai permainan, makanan, sudut fesyen untuk melihat banyak lagi acara menarik yang bakal dinikmati di Toppen kelak.

toppen malaysia

Festival #JelesEk
Diinspirasikan daripada kempen #JelesEk yang meraikan sifat keperibadian warga Johor yang ikonik, Toppen akan mempersembahkan secara langsung lagu tema #JelesEk pada 16 November 2019, sebagai acara kemuncak festival tersebut. Ia akan menampilkan bintang kelahiran Johor, Joe Flizzow dan Joyce Chu yang telah bekerjasama mencipta video muzik khas untuk Toppen. Lagu tersebut juga digunakan untuk cabaran TikTok #JelesEk. Buat julung kalinya, Toppen serta peneraju utama video pendek mobile ini, mengajak orang ramai untuk menari dan menyanyi (lip-sync) lagu tema tersebut mengikut kreativiti masing-masing. Peserta berpeluang memenangi hadiah-hadiah bernilai RM10,000. Untuk menpergiatkan lagi pertandingan tersebut, Toppen juga telah menyediakan beberapa tempat untuk ber-TikTok untuk para pengunjung. Tambahan lagi, Toppen juga turut dipilih menjadi tuan rumah bagi sambutan tahunan Hari TikTok pada 17 November 2019, yang akan mengumpulkan lebih 80 ‘influencer’ dari serata Malaysia dan Singapura untuk menghasilkan cerita (content) yang kreatif dan menyeronokkan di Toppen. Juga pada 13, 16, 17, 23, dan 24 November 2019, pengunjung diajak untuk menyertai pertandingan mencari harta karun yang dianjurkan oleh TikTok.

toppen malaysia





The Topp
Tarikan utama di Toppen iaitu The Topp memegang peranan penting di festival ini. Dicipta khas untuk selaras dengan kelompok komuniti yang berbeza-beza, The Topp menjanjikan activiti menarik untuk setiap pelawat. Kepada mereka yang sukakan aksi lasak, pergilah ke zon aktif belia di mana terdapat taman luncur, zon parkour dan tembok untuk aktiviti mendaki manakala mereka yang ingin menjamu selera, terdapat banyak pilihan hidangan tempatan atau antarabangsa di sekitar ruangan al fresco. Di laman luar The Topp juga dibina ruang-ruang interaktif termasuklah gelanggang serbaguna, dewan acara, taman atas bumbung, taman rekreasi air kanak-kanak, panggung wayang dengan konsep terbuka yang pertama dan juga arena e-sports untuk anda meluangkan hari bersama teman dan keluarga tersayang.

“Apabila kami mula membayangkan kewujudan Toppen, kami sedar yang ianya tidak boleh menjadi sekadar pusat beli-belah yang sebanding dengan yang lain. Kami mahu mencipta sebuah tempat pertemuan yang memberi impak positif kepada masyarakat setempat”, kata Christian Roejkjaer, Pengarah Urusan IKEA Southeast Asia.

Tambah beliau lagi, “Kami membina Toppen dengan objektif untuk memenuhi keinginan penduduk di sini. Dengan kerjasama pihak berkuasa dan kumpulan komuniti tempatan, kami berusaha sedaya upaya untuk menyerlahkan lagi keunikan Johor. Di Toppen, kami berbangga mempunyai jenama tempatan dan antarabangsa di samping mencipta sebuah hab di mana bakat-bakat dan komuniti kelahiran Johor boleh berkumpul bersama untuk berkongsi minat dan kreativiti masing-masing.”

toppen malaysia

Kemudahan yang Mesra Komuniti
Diterajui oleh IKEA Tebrau, pusat beli-belah berkeluasan 1.25 juta kaki persegi ini menawarkan empat aras untuk anda ‘singgah & riadah’ (retailtainment). Dengan 300 buah premis yang menawarkan dari barangan keperluan rumah seperti Ben’s Independent Grocer (B.I.G.) sehinggalah panggung wayang TGV. Toppen juga telah memperkanalkan lebih 80% jenama baru di Johor seperti The Pantheon, 9 to 9, dan Concept Haus. Pusat membeli-belah terbaru ini juga akan memulakan operasinya di samping 90% penyewanya pada hari yang sama.

Hab terbaharu untuk gaya hidup masa kini ini juga senang dikunjungi melalui kemudahan jalan raya utama, pengangkutan awam dan dilengkapi dengan ruang parkir dua tingkat yang boleh memuatkan lebih 4,600 kenderaan. Toppen diinspirasikan daripada asal usul Scandinavian, yang memaparkan rekaan yang luas dan kemas dengan limpahan cahaya semula jadi dan kehijauan alam, menjadikannya destinasi pilihan untuk dikunjungi.

Joakim Hogsander, Pengurus Besar Pusat Beli-belah Toppen menjelaskan, “Dengan nama seperti Toppen yang bermaksud ‘hebat’ dalam bahasa Sweden ini, membuat kami berazam untuk berusaha sedaya upaya merentasi sempadan dan cabaran. Di samping memahami keinginan masyarakat, kami meraikan setiap pelanggan kami yang unik dengan cara mereka tersendiri. Atas sebab itu juga kami menawarkan perkhidmatan di luar dan dalam talian yang bersesuaian, ringkas dan menepati kehendak setiap pelanggan agar mereka merasai pengalaman membeli-belah yang membuat mereka berasa istimewa dan positif.

toppen malaysia

Pusat Beli-belah Toppen merupakan yang ketiga di Malaysia dan keempat di Asia Tenggara dengan teraju utamanya, IKEA. Mengikuti jejak langkah IKEA dan pusat beli-belah yang lain di rantau ini, Toppen kini bersedia untuk menjadi tempat pertemuan utama bagi mencipta pengalaman yang hebat untuk mereka yang datang berkunjung. Ia menyasarkan untuk menarik lebih 15 juta penduduk tempatan dan pelancong menjelang tahun 2020.

Sentiasa Berada dalam Penampilan Terbaik dengan TOP Liquid Odour Buster

top detergent malaysia

Sentiasa Berada dalam Penampilan Terbaik dengan 

TOP Liquid Odour Buster

Penyelesaian Bau Busuk Anti-Peluh yang Pertama di Malaysia untuk Gaya Hidup Aktif


Kuala Lumpur, 18 November 2019 – Jika anda antara rakyat Malaysia yang kerap bersenam, bau peluh dan hapak yang keluar sebaik sahaja beg gimnasium dibuka, selain bau yang melekat pada kelengkapan senaman walaupun sudah dibasuh berulang kali dengan sabun biasa sudah menjadi masalah lazim dan memalukan.

Dalam satu kaji selidik yang dijalankan oleh TOP, penerima Putra Brand Award 2019 Platinum untuk kategori produk isi rumah  itu mendapati hampir 80% orang responden yang bersenam lebih empat jam seminggu berhadapan dengan masalah bau busuk yang masih melekat pada pakaian senaman mereka, walaupun sudah dibasuh berulang kali .

Bau busuk ini melekat kerana pakaian tidak dibersihkan sepenuhnya. Ini kerana pakaian senaman diperbuat daripada fabrik sintetik teknikal senang memerangkap peluh dan minyak badan (sebum) jauh ke dalam gentian fabrik, membuatkan iainya sukar ditanggalkan sepenuhnya dengan sabun pencuci biasa.


Bagi kebanyakan daripada kita, pakaian yang bersih bermakna tiada kesan kotoran dan berbau segar. Tetapi peluh, bakteria dan kesan makanan yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar terus bertambah apabila ia tidak dibersihkan dengan betul. Hasilnya, ia menyebabkan fabrik tersebut sentiasa berbau hapak, lembap  dan busuk sepenuhnya.

Kebanyakan sabun pencuci biasa hanya menanggalkan kesan kotoran pada permukaan, bukannya sebum dan peluh yang terperangkap. Sebaliknya ia menggunakan wangian yang kuat untuk mengaburi bau busuk, membuatkan punca masalah pakaian berbau tidak dapat diselesaikan. 

Dengan TOP Liquid Odour Buster, satu penyelesaian bau busuk anti-peluh berprestasi tinggi yang direka khas untuk mereka yang mempunyai gaya hidup aktif. Ia membantu menghilangkan bau dan menghalangnya daripada kembali.

Dibangunkan oleh Lion Corporation, Japan, TOP Liquid Odour Buster menembus ke dalam gentian teknikal untuk menanggalkan peluh yang terperangkap dan menyah bau molekul bau busuk, demi memberikan fabrik yang benar-benar bersih dari gentian teras.


Rangkaian produk TOP Liquid Odour Buster berfungsi dalam tiga cara untuk merawat pakaian senaman. Pertama, ia menghilangkan sebum yang terperangkap dan bakteria punca bau busuk yang terkumpul. Kemudian, teknologi Bau Anti-Peluh Berprestasi Tinggi itu meneutral, menyah bau, menghilangkan bau hapak dan peluh, memberikannya 2 kali ganda lebih kesegaran . Hasilnya ialah pakaian yang bersih dan segar walaupun pada pakaian senaman yang dibasahi peluh.

Formulasi baharu yang dipertingkatkan itu berasaskan daripada teknologi bahan pencuci Micro-Clean Tech (MCT) TOP yang memenangi anugerah. Ia ditambah dengan bahan Antibakteria untuk menghalang 99.9% bakteria penyebab bau busuk  serta teknologi wangian Odour Buster baharu yang terdiri daripada Teknologi Penghapus Bau Busuk, Teknologi Meneutralkan Bau Busuk dan Teknologi Penyahbau Busuk. 

Formulasi TOP Liquid Odour Buster yang telah dipertingkatkan itu boleh membuatkan pengguna melupakan basuhan pakaian yang hapak dan busuk. Jadi anda fokus kepada aktiviti lasak dan biar TOP yang menjalankan tugasnya. 

Kaji selidik pengguna produk yang dijalankan oleh TOP ke atas 150 pengguna yang kuat berpeluh dan menggunakan TOP Liquid Odour Buster baharu mendedahkan dapatan yang sangat positif dengan 92% menyukai produk itu. Sementara 91% menyukai bau wangiannya dan 92% bersetuju bahawa ia mampu menghilangkan bau peluh yang kuat. Keupayaan TOP Liquid Odour Buster untuk menghilangkan bau busuk menerima kadar kelulusan sebanyak 91%. Manakala 93% responden mendapati ia berupaya menghilangkan bau peluh daripada pakaian senaman .

“Memandangkan gaya hidup sihat semakin popular di Malaysia, pakaian yang digunakan untuk bersenam kian diterima ramai sebagai pakaian kasual atau bekerja. Jadi, penting bagi pengguna mempunyai penyelesaian untuk menjaga pakaian yang versatile seperti ini,” kata Pengurus Pemasaran (Divisyen Penjagaan Fabrik) Southern Lion Sdn. Bhd., Cik Ling Ai Li.

TOP Detergent merupakan rakan kongsi rasmi penjagaan fabrik perlumbaan Spartan Race Malaysia. Dekatilah rangkaian detergen TOP termasuk TOP Liquid Odour Buster berprestasi tinggi di perlumbaan Spartan Race Malaysia di Iskandar Puteri, Johor. Antara perlumbaan Spartan yang akan dijalankan pada 16 November 2019 kelak ialah perlumbaan Ultra 50km dengan 60 halangan (obstacles), perlumbaan  Beast 21km dengan 30 halangan, perlumbaan Super 13km dengan 25 halangan dan satu perlumbaan 5km eksklusif untuk pekerja Southern Lion.

“TOP adalah penaja rasmi penjagaan fabrik pakaian untuk Spartan Race Malaysia. Selepas menyelesaikan pelbagai halangan, peserta pasti memerlukan detergen yang mampu menghilangkan lumpur, kotoran dan peluh dari pakaian sukan mereka. Kami yakin ia dapat diselesaikan dengan TOP Liquid Odour Buster Berprestasi Tinggi yang diperbaharui. Perlumbaan khas untuk pekerja Southern Lion ini memberi mereka peluang untuk merasa sendiri pengalaman Spartan yang mencabar kemampuan ketahanan, semangat berpasukan dan yang paling penting menguji keberkesanan produk kami. Mereka semua ialah pengguna detergen TOP dan perlumbaan ini akan memberi mereka peluang untuk buktikan yang TOP dapat mengatasi sebarang cabaran yang diberikan,” kata Pengarah Urusan Southern Lion, Encik Tatsuya Horiuchi selepas mengibarkan bendera permulaan untuk peserta perlumbaan Spartan.

TOP Liquid Odour Buster didatangkan dalam pek isian semula 1.8L, botol 2.7kg dan 4.0kg. Ia ditawarkan pada harga RM10.40, RM17.55 dan RM24.05, serta boleh didapati di kedai seluruh negara.

Maklumat lanjut, sila layari laman web http://www.southernlion.com.my, Facebook http://www.facebook.com/TOPdetergentMY atau hubungi talian khidmat pelanggan di 1800-88-0133. 

ENTAH APA YANG MERASUKIKU

Image may contain: one or more people, people standing, ocean, sky, outdoor and water

ENTAH APA YANG MERASUKIKU


Haa... cukup 5 hari lagi genap sebulan aku tinggalkan blog akuainkausiapa ni😂 Entah apa yang merasukiku. Aku sendiri tak ada jawapan kepada persoalan tersebut.

Okay, baru beberapa hari ni laptop aku memang dah bermasalah dari segi keyboard yer. Ini pun aku taip dekat tepon pastu copy paste masuk dalam blog. Nasib lah laptop aku tu touchscreen,  jadinya kalau nak menaip kena tekan screen keyboard. Pelik giler woi😂

Hmmmmmmmm... banyak nya cerita tidak ditulis disini. Kenapa Farahain? kenapa Farahain? Sibuk sangat buat video nyanyi nyanyi letew😜 Yesss, kalau yang tengok instagram aku tu harap telinga tak pekak lagi lah ehk. Hahahaha.

Insyallah, slow slow aku update okay blog ni. Mintak maaf kepada semua kawan kawan blogger aku dah lama tak blogwalking. Terutamanya kepada kawan kawan Jdt Blogger. Berdosa nya rasa ya Tuhan! Hahaha. Ampunin nabila yaaa bondaa arini! 😂

Okay, semoga rasukan ini ditepis . Shhhhhhuhhh.. keluarkan kau dari badan Ain! Hahahhah. Chow.. I nak update selow selow okay.