118/366 : Bila Perempuan India Suka Novel Dan Drama Melayu



Assalamualaikum dan hello kepada semua . Tadi petang masa workout sempat lah berborak borak dengan seorang fitness buddies aku juga . She is indian . Cuma yang menarik perhatian aku ialah dia suka gila novel dan drama melayu . OMG ! Kalah aku yang melayu ini . Aku memang jenis perempuan yang tak suka membaca novel melayu . Drama melayu pun aku pilih pilih tengok . Bukan choosy cuma I'm not a big fan of that kind of thing!.

Paling latest dia tengok drama melayu ialah "Tundukkan Playboy Itu" . Korang imagine macam mana perempuan indian punya cara bercakap . Aku gelak kemain kuat tadi . Its funny ! . Dia cakaplah , dia tak suka tengok drama tamil hindustan tuh sebab asyik menangis je . Lepastu mak mak mentua bergaduh dengan menantu lah . Sampai benda ni effect kepada mak dia juga . Hahahha . Memandangkan dia dan suami dia satu kampung , bila balik rumah suami dia , mak dia mesti buat drama hindustan . Hahahaha .

First time aku jumpa indian suka drama dan baca novel melayu . Habis je workout tadi dah nak magrib , cepat cepat nak balik sebab nak tengok drama . Hahaha . Kemain dia kalut semacam tadi . Aku rasa macam "Dia ni kahwin dengan orang melayu ke?" . Hahaha .

Bukan itu sahaja , dia siap update lagi pameran buku yang terkini dan dekat mana untuk dia grab banyak banyak novel melayu . Kau rasa ? Hahahaha . Kalau dia dapat geng yang suka layan novel melayu ini komfom tukar tukar novel setiap minggu . Hahaha .