Teman Kecilku Dapat Anugerah Di Sekolah

Teman Kecilku Dapat Anugerah Di Sekolah | Assalamualaikum . Kepada yang selalu membaca online diary akuainkausiapa ni pasti sudah tahu dan kenal siapakah teman kecilku ini . Dialah anak jiran yang selalu menjadi kisah sensasi dalam blog ini . HAHAHA . My little best friend . Untuk tahun 2022 ini , teman kecilku akan masuk sekolah menengah pula . Pejam celik pejam celik dah masuk tingkatan satu . Sekejap je masa berlalu kan . Dengan belajar masa zaman pandemik covid ni memang sangat berbeza dengan cara belajar kita dahulu . 

teman kecil


Namun demikian , dengan berlaku kejadian UPSR dimansuhkan , mesti menjadi satu keseronokan kepada budak sekolah seperti Farisya . Iya , Farisya la nama teman kecilku itu . Dalam pada asyik kelas online je , sekejap sekolah sekejap pdpr tak mematahkan semangat nya untuk terus belajar walaupun penyakit M (MALAS) membelenggu diri . 

Alhamdulilah , teman kecilku mendapat anugerah pelajar aktif semasa pdpr . Dapat dia seketul trofi . Trofi ini diterima tahun 2021 tapi biasa la kak ain dia ni peram story sampai tahun 2022 baru nak tulis . KIHKIHKIH . Jadinya , baru baru ini teman kecilku terima lagi anugerah . WOW! 

anugerah pdpr



Bukan satu tapi dua anugerah yang diterima . Dasyat yer bukan biashe biashe . Farisya dapat anugerah untuk kategori Sains dan Pendidikan Islam . Comel je dia bergambar di sekolah tu . 

Dalam pada masa yang sama , sekolah juga telah mengadakan satu majlis untuk murid tahun enam pro max . HAHAHAHA . Iya la , budak sekolah zaman covid ni semuanya digelar pro max . HAHAHA . Majlis itu macam majlis perpisahan la gitu . Kak Ain dia ni pula kepoh , whatsapp la dia , nak tengok gambar comel dia tu . 

majlis darjah 6 skbu2

murid skbu2



Lalu disent nya seketul je gambar dengan kawan - kawan . HAHAHA . Astagfirullah . Kasi la dua ke tiga keping gambar ni seketul je . Kemain dia tau , sebelum nak ke majlis tu siap ajak baba dan mama nya pergi cari ootd untuk digayakan bertema pastel pink gituw .

Bila tengok kejayaan yang dicipta oleh teman kecilku ini rasa macam tumpang bahagia . Iyalah , di blog ini juga bukti rekod kejayaan yang dicapai oleh Farisya . Semoga dia terus bersemangat mencapai cita citanya . 

Baca kisah Farisya Teman Kecilku :

*Dia dah apply masuk asrama . Kak Ain is sad right now ~ Hmm ..Siapa nak teman kak ain dah lepas ni  😭 Masa menaip ni pun dah rasa sedih sedih tauu ...

Move On Bukan Bererti Melupakan

Move On Bukan Bererti Melupakan


Move on bukan bererti melupakan akan tetapi ianya bermaksud mengikhlaskan , tidak perlu melupakan segala kebaikan atau mengingat segala keburukan seseorang . 

Bila mana hati ikhlas dengan takdir yang Allah tentukan , itulah yang dipanggil move on . Hati yang menerima ketentuan Allah dan menerima takdir tanpa mempersoalkan segalanya . 

Seseorang itu menyerahkan hatinya kepada pemilik hati iaitu Allah  , dan dia percaya setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya dan dia juga yakin kebahagiaan akan tiba suatu hari nanti seperti mana yang telah Allah tetapkan untuk hamba-Nya .


Baca juga :