KAWAN YANG KITA PERLUKAN

KAWAN YANG KITA PERLUKAN


Aku saja saja tulis tentang ini. Ceh tak ada lah saja-saja sangat. Ianya lebih kepada appreciation post. Gituww. Lately ni bila dah umur doploh tujuh kan , kita dah tak ada perasaan berkawan macam masa budak-budak dulu. Dulu-dulu , kalau orang tu tak nak berkawan dengan kita, peh kita punya menyirap habis satu sekolah nak canang. Sekarang? Mampu gelak ha ha ha  , aku ketawaaaa, terasa aku tak tentu arah.. Eh ternyanyi pulak!

kualiti in being friendship!

Okay,please be more serius Ain! Aku perasan sekarang aku lagi suka kekalkan pada kualiti in being friendship. Dulu-dulu masa zaman-zaman belajar, aku ni boleh dikategorikan ramai kawan la. Sebab aku memang suka berkawan. Aku suka make alot of friends. Kalau boleh lagi ramai, lagi ramailah aku nak berkawan. Sampai kadang-kadang aku terlupa untuk menjaga sensitiviti sesama mereka. Yelah , kadang tu kawan A tak boleh masuk dengan kawan B. Aku ni pulak boleh gabungkan semua. Habis ler spoil mood.

Tapi sekarang aku lebih kepada mengekalkan kualiti lah berbanding kuantiti. Pada aku, siapa yang sudi menerima buruk dan baiknya aku, okay aku terima. Haa,camtu sekali. Aku tak suka nak berkawan dengan people yang high maintainance. Meaning to say, nak kena ikut standard have-have dia. No no no. Dont simply close to a friends macam gitu. Aku tahu ada jer orang yang suka macam gitu. Kawan dengan orang tu sebab nak jaga standard, oh dia anak orang kaya. Oh, that was not me at all.

But,lately ni. Aku boleh kategorikan tahun 2018 ialah tahun aku Move On. Move on dari segi banyak perkara. Hahaha. Bukan move on dari segi perasaan je yer. Like literally banyak benda yang aku move on in a positive way. Termasuklah dalam friendship. Dalam pada ketika ini lah, aku tersedar yang siapa la yang sudi menerima aku ni. Menerima lemahnya aku, buruknya perangai aku. Itu yang aku sumpah terharu. Sebenarnya aku rasa itu lah rezeki yang Tuhan berikan kepada aku. Rezeki ni ada banyak sumbernya kan. Ramai orang yang sudi nak berkawan dengan kita pun satu rezeki kan. Sebab aku pernah doa ," Ya Allah , Engkau temukanlah aku dengan hamba-hambamu yang sudi membantu aku , yang memudahkan urusan harianku ya Allah". Nah , Dia temukan aku. Nampak tak jangan main-main dengan doa.

Aku just nak cakap terima kasih terutama kepada kawan-kawan aku yang dari childhood, senang cakap budak-budak Bandar Baru Uda la, (where the place i born and live)😜 opps,kalau terjodoh dekat sini ke opps #mycrush #kantoipulak. Korang yang masih boleh terima ain yang gila-gila, selekeh dan serabai, gelak bersepah dan sewaktu dengannya. Thanks beb! A million thanks jugak kepada sistur kuh iaitu geng JDT Blogger. Gais, sisterhood diorang sangatlah best weh. Lagi-lagi aku yang budak baru nak up #bbnu ni, diorang sangatlah banyak membantu dan memberikan sokongan kepada aku. Semoga Tuhan mengekalkan persahabatan kita ni sampai ke syurga kan.😇

Kawan tak perlu ramai , cukup dia ada waktu kita perlukan dia...dan kita ada waktu dia perlukan kita..

Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Kawan biar seribu, bercinta biar satu..
    Tapi dah tak guna dah ayat tu...

    sekarang..

    Kawan biar beribu..
    Sahabat tu biar satu..

    Beza kawan dan sahabat..tak tau? sila google hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bercinta biar satu.. Kalau lebih itu namanya menggatal.hahahah. Ain seorang pencinta yang setia.🙊

      Padam
  2. alhamdulillah jika ada sahabat yang sentiasa ada bila susah dan senang. sebab susah nak jumpa.

    shu tag ain. jom join :D https://www.shuhaidasaad.com/2018/11/segmen-blog-review-2018.html

    BalasPadam
  3. Yang penting kena sentiasa positif tau ain

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yer betul tuh.. Terima kasih sisturr jdt blogger. Hehehhee ❤️❤️❤️❤️❤️

      Padam
  4. Gituhhhh la falsafah seorang Farahain..bila ko sebut pasal orang tak nak kawan dengan kita tu, aku terus teringatkan seseorang..hahhaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahahhaha.. Siapakah sseorg ituu? Mula lahhhh nak bergosipzzzz.. Oppsss.. Hahahhahaa😜😜😜😜

      Padam
  5. Nanti ada satu masa kita akan kehilangan Ain, masa tu kita akan jumpa siapa kawan kita yang sebenar, semoga Ain akan bertemu dengan kawan yang benar2 kawan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Uishh.. Sedih pulakk bacaa komen kak seri ni..

      Padam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.