TAK PERLU KE THAILAND , ORANG JB HANYA PERLU MAKAN DI SINI - Aku Ain Kau Siapa

Tuesday, December 4, 2018

TAK PERLU KE THAILAND , ORANG JB HANYA PERLU MAKAN DI SINI

TAK PERLU KE THAILAND , ORANG JB HANYA PERLU MAKAN DI SINI

chaba thai food
Geng JDT Blogger

Iya betul. Orang-orang Johor Bahru nikmatilah dan rasailah sendiri keenakan makanan Thailand yang sama dan tak perlu nak ke sana untuk melepaskan perasaan craving korang! . Hahaha. Mula-mula masa kak Sunah cakap tentang restoran ini , Ain memang tak pernah dengar. Lagi pulak nama dia pelik. Chaba Thai Food. Rupanya, ni restoran baru je beberapa bulan beroperasi. Korang jangan risau tuan punya kedai ini Melayu serta bersih dan selamat untuk dimakan bagi kita yang orang Islam. Orang cakap, kalau nak makan makanan sedap-sedap ni lebih afdal makan ramai-ramai. Haaa, marilah kita berjemaah #makanmakankurus bersama dengan geng JDT Blogger. Hahaha. Kita pinjam hashtag Kak Seri kejap yer dengan harapan boleh kurus. 😜
chaba thai food
#makanmakankurus. hahaha
chaba thai food
dengan blogger otai , kak Mialiana


Siakap 2 Musim? 


Macam biasa, sebelum terjah ke restoran ni, Kak Sunah terlebih dahulu memberikan senarai menu yang akan kami rasa. Siakap 2 Musim? Wow, kau rasa? Sis lin dah buat lawak musim tengkujuh lah , apa lah kan. Hahaha. Menu ni yang paling aku rasa tak sabar nak tahu macam mana bentuk musimnya tu. Memang kelako lah kalau musim salji. Malaysia mana ada salji dik woi. Hahaha. Ternyata, 2 musim ni bukan sebarang musim dik non woi. Siakap 2 Musim ni sumpah antara yang sedap dan memang kena cuba lah kalau datang sini. Kami juga dihidangkan dengan Siakap Stim Limau dan Siakap 3 Rasa. Siakap Stim Limau dia memang pehhh, ni bukan pakai air limau dalam botol tu yer, ni kaw punya limau perah sendiri. Memang hirup kuah ler jawabnya. Boleh dikatakan kepala dan ekor ketiga-tiga ikan ni aku yang bedal. Aku memang suka meratah ekor dan kepala. Nasib tak berebut dengan Sis Lin haritu 😜
chaba thai food
Siakap 2 Musim

chaba thai food
Siakap 3 Rasa

chaba thai food
Siakap Stim Limau


Kerabu Chaba


Okay, abang aku yang tak pernah nak makan kerabu tetiba dia boleh makan. Kau rasa? Memang betul-betul dasyat ler kan. Kerabu Chaba dia memang lain dari yang biasa-biasa kita rasa. Peh, mesti terliur letew kan.πŸ˜‹ Tak lupa juga Udang Goreng Tepung dia. Bukan biasa-biasa okay, gebu gebas comel je terbentuk. Aku pun tak sedar berapa banyak aku ngap udang ni. Hahahaha. Apa lagi? Okay tentang Tomyam pula. Kami dihidangkan dengan Tomyam Seafood dan Tomyam Poktek. Mak woi, sesi meratah udang lagi. Kita nampak banyak kulit udang dekat pinggan Sis Lin tu. Dia la yang banyak meratah kannnzzπŸ˜‚
chaba thai food
Kerabu Chaba

chaba thai food
Kangkung Belacan

chaba thai food
Kailan Ikan Masin

chaba thai food
Udang Goreng Tepung

Rumusan daripada hasil #makanmakankurus kami ini ialah , wahai orang-orang Johor Bahru sekalian, ayuhlah ajak keluarga dan kawan-kawan korang datang ke sini. Mengapa perlu bersusah payah ke Thailand sedangkan boleh dapat di depan mata? Hahaha. Kat mana? Kat mana? Eh, kita bukan lokek nak kasi tau kat mana. Kata orang , benda sedap kena kongsi. Hahahha.
chaba thai food
Hoormook Seafood Chaba

chaba thai food
Tomyam Seafood

chaba thai food
Tomyam Poktek


πŸ“ Chaba Thai Food
No 17 ,Jalan Impian Emas 22 , 
Taman Impian Emas 
81300, Skudai Johor

Facebook : Chaba Thai Food
Instagram : @chabathaifood_18
chaba thai food

Jangan lupa untuk like Facebook Awak Makan Ape , dan follow Instagram @awakmakanape. Nak pesan lagi , dah makan sedap tu, jangan lupa gunakan hashtag #awakmakanape untuk kongsikan kepada semua penggemar makanan okay!

16 comments:

  1. uih..tomyam poktek tu nampak mables sesangat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hakak2 jdt blogger yang lain semuaaa suke giler.. Ain pulak paling suka tomyam seafood dia tuu..ermm,,dapnyee πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹

      Delete
  2. wahhhhh sedapnyaaaaaa. nak try jugak lah nantii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Trylahhh.. Kalau sedap jangan lokek kasi tau dekat blog. Kahkahkah.. πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

      Delete
  3. pehhh.. ini macam memang boleh #makanmakankurus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahhaa... Nasi segenggam ...memang boleh kurus. 😜😜segenggam kahh. Hahahha

      Delete
  4. teringat-ingat kesedapan masakannya.. recommended!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betull.. Sedapnyaaa timun itu..hahahahaa.. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

      Delete
  5. amboi..terhibur aku baca entri ko ni..rasa ceria ajeee..hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahhaa... Mestilah kena ceria... Dah pekena siakap 2 musim. Musim bahagia dan musim ceria. πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

      Delete
  6. Ko balas dendam ke apa haaa...kemain tersedak akuuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahhahaa.. Ngumpat terang2 dalam blog.. Tak jadi anak katak yang derhaka kan.. Hahaha.. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

      Delete
  7. Eh lupa nak komen pasal menu..
    Semua sedap-sedap, aku perhati je ko makan..hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahhaa. Kann. Jom repeat sini πŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌ

      Delete
  8. Sedapnya semua. Lagi² tomyam seafood tu. Menggoda betul lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerr memang pun sedap ..sangat berbaloi datang ke sini..

      Delete

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.