Assalamualaikum. Ini kisah tahun lepas , macam biasa baru nak story dalam blog akuainkausiapa ni . HEHEHE . Siapa tak kenal dengan cikgu cikgu viral yang dah terpampang billlboard nya sepanjang highway? Itu lah cikgu cikgu viral yang sering disebut iaitu Sir Fathi , Sir Badang , Sir Uzairi dan pusat tusyen online yang paling popular iaitu mc plus .
Bermula dengan pusat tusyen math clinic yang mengajar secara offline , mengajar face to face dan kini secara online ...Memang superb gempak cara cikgu cikgu viral ni mendekati para pelajar dengan menggunakan social media . Semua sedia maklum yang semua cikgu cikgu yang mengajar di mc plus ini memang dah ada skills dan cara mengajar yang unik dan lain daripada yang lain . Bukan itu sahaja , mereka memang dah ada setiap followers yang tersendiri . Senang cerita , mereka menggunakan social media sebagai salah satu platform bagi mengajar hampir ramai budak budak sekolah .
Tambah lagi sewaktu PKP , memang tak teratur langsung cara pembelajaran budak budak sekolah . Ain yang dah 30 an ni pun tertarik sangat dengan cara mengajar dari cikgu cikgu viral ini . Pernah bercakap dengan anak jiran "kalau lah cikgu cikgu ni dah mengajar zaman kak ain mesti kak ain boleh skor Add Math A sebab kak ain memang minat A , Matematik dah dapat A taoi addmath je yang kelaut sikit " . Hahaha .
Nak dijadikan cerita , cikgu cikgu viral and the team buat tour keliling Malaysia tau . Dengan ain sekali terpaling excited setiap kali tengok story dan update dari mereka . Selalu nya ain akan bercerita tentang kisah cikgu viral ni dengan siapa lagi kalau bukan teman kecil ku si Farisya . Dia la yang akan jadi penyampai story terkini dan latest update mengenai cikgu cikgu viral ni . Lepastu , cikgu cikgu viral ni bagitahu yang mereka akan ke Johor Bahru cumanya diorang dah sampai baru akan beritahu tempat mana sesi meet and greet akan dibuat . Kerlas uolls meet and greet seh ! Dah macam artis tau .. Memang ramai gila . Bergegar yer Persada Convention Centre tu .
Pada hari tersebut ain agak sibuk dengan event dan sebelah petang sampai ke malam ada event Legoland . Ain sempat bermesej - mesej dengan Farisya , ain cakap "kalau kita sempat , jom nak pergi ke Persada tu". Teringat pula zaman ain sekolah dulu masa jom heboh dan road tour artis artis di Johor Bahru ni , memang komfom muka ain akan pergi . Entahla jenis suka pergi event dan berjumpa ramai orang .
Tuptup lambat juga yer ain balik dari Legoland tu dekat jam 9 malam gitu dan dalam hati berkata "kalau ada rezeki nak jumpa , ada lah yang penting pergi tengok dulu ada ke tak lagi cikgu cikgu viral ni dekat Persada tu" . Sampai je kami di Persada memang ramai dah balik tapi "peminat peminat fanatik" (budak budak sekolah) yang memang minat cikgu cikgu ni masih ada .
Sampai je kami di pintu dewan tu , security guard cakap dah tutup dan tak boleh masuk . Allah! Rasa sedih sangat tau , kami intai intai la ke dalam dan nampak dari jauh je muka cikgu cikgu viral ni . Last last security guard tu bagi juga masuk dan terus tutup dan kami merupakan pelawat yang paling akhir sekali . Nak meet and greet tu siap beratur dan jaga jarak yer memandangkan kes covid ketika itu masih lagi tinggi .
Kami pun excited lah beratur dan jadi orang yang terakhir beratur . Niat dihati ain nak sangat bergambar dengan Sir Badang . Sebab ain memang minat dia .Herlok pun herlok . Auwmm. HAHAHA . Tapi , sedihnya...yang ku minat itu lah tidak dapat tangkap gambar sebab security guard dah tarik dia terus keluar . Sedangkan masa tu memang dah turn giliran kitorang .
Fuh , fenomena cikgu cikgu viral ni bukan biashe biashe yer , memang gila ramai budak budak sekolah menjadikan mereka sebagai idola . Boleh nampak betapa powernya kuasa sosial media dan platform online pada zaman sekarang jika digunakan ke arah yang bagus .
*Walaupun tak dapat bergambar dengan Sir Badang , tapi dapat teman kan si Farisya ni pun dah rasa happy sangat , kak ain terus fefeling muda gitu..fefeling budak sekolah kah! Dapat yer si Farisya mintak sign dari cikgu cikgu viral ni. Bukan tu je , nampak la ada mak mak dan bapak bapak yang sanggup teman anak anak ke meet and greet ni .