Assalamualaikum . Semenjak beberapa hari kita bercuti tahun baru cina ni , memang mood bercuti la kan . Tapi kita ni malas nak kemana - mana mereput je la di rumah . Ain ni pula mana la tahan boleh duduk dalam rumah terperap je kan , jadinya nampak la anak jiran sebelah bermain badminton . Kita pun join sekaki la . KIHKIHKIH. Turut serta bersama sudah semestinya teman kecilku si Farisya .
Bagus juga ehk ada aktiviti petang macam gini . Anak jiran sebelah ni kan walaupun masih kecil tapi semangat tau nak main badminton . Jadinya , untuk permulaan ni tak salah kalau kita belajar prektis pukul je dulu .
Nama pun santai santai kan , main untuk keluar peluh dan sambil bermain tu mulut pun bergerak sama . Hahaha . Time tu la kita nak bercerita sesama anak jiran . Ain mencadangkan aktiviti belajar bermain badminton ni perlu diadakan untuk kejiranan rukun tetangga yang lain memandangkan budak budak sekarang asyik dengan gadget je kan . Jadinya , perlu juga setiap anak anak jiran disini berpeluh dan bersukan .
Sambil bersukan , sambil sambil juga mereka saling kenal mengenali antara satu sama lain . Harap la aktiviti ni dapat dilaksanakan ~~
Baca juga kisah : Santai petang di depan rumah ! Girls Only!
Sejak dah remaja purba ni, kan.. akak nak pukul bulu tangkis pun dah tak reti, hihi.
BalasPadamlama tak pekena badminton ni. Risau dah macam orang perkinson je . haha
BalasPadamaktiviti yang bagus ni..jgn asyik main hp jer..huhu
BalasPadam